CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RIZU FORTEEN MENANG PINGAT EMAS HARUMKAN MALAYSIA


Terkini Artis Rizu Kumpulan Forteen Berjaya Menang Pingat dan Mengharumkan Nama Malaysia!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com mengucapkan tahniah buat Rizu ahli kumpulan Forteen anak didik KRU berjaya mengharumkan Malaysia dengan memenangi pingat emas di World of Performing Art Los Angeles! Artis Malaysia memang boleh berjaya di dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Tetapi yang pelik lagi aneh, kenapa kebanyakan artis yang berbakat dan memenangi pingat di luar negara tidak berapa popular dan terkenal? Malah kurang diberi peluang membuat persembahan di dalam majlis anugerah dan majlis rasmi yang grand, kenapa ya? Adakah disebabkan mereka kurang publisiti dan gosip hangat?

Rizu Forteen Bertanding Di World of Performing Art Los Angeles
Rizu Bangga Menang Pingat Emas
Rizu Forteen Bertanding Di World of Performing Art Los Angeles

Menyampaikan tiga buah lagu Inggeris dan sebuah lagu Melayu di Pertandingan World Of Performing Art, Los Angeles baru-baru ini telah memberi tuah kepada salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu (Gambar Foto) Rizu Forteen apabila berjaya meraih dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa seterusnya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Kumpulan Forteen terdiri daripada empat ahli lelaki iaitu One, Rizu, Izzue Islam dan Ameer. Mereka bernaung dibawah syarikat KRU Music.

Rizu Tidak Sangka Menang Harumkan Malaysia
Rizu Forteen Harumkan Nama Malaysia
Rizu Tidak Sangka Menang

Berbekalkan kecekalan dan cintanya terhadap dunia nyanyian, Rizu Forteen mencabar diri untuk menghadiri uji bakat dan sama sekali tidak menyangka mampu menyumbang sesuatu untuk negara.

"Rendah diri dan takut adalah dua rasa yang berkecamuk pada awalnya, namun saya sematkan dalam hati yang saya perlu berjaya" jelas anak muda berbakat besar ini. - MH Online.

ahli kumpulan Forteen KRU
Biodata Ahli Kumpulan Forteen KRU
BIODATA FORTEEN PROFILE ARTIS BERKUMPULAN MALAYSIA




VIDEO MUZIK FORTEEN - 'SEPERTI DULU'

+Mohd Rohaizad mengucapkan tahniah buat Rizu dari kumpulan Forteen yang berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di World of Performing Art di Los Angeles, Amerika Syarikat. Bukan senang hendak memenangi pingat di luar negara, tetapi pelik juga, kenapa kebanyakan artis yang memenangi pingat di luar negara tidak popular dan terkenal? Kecuali Shila Amzah yang menyertai banyak pertandingan di luar negara dan program realiti.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RIZU FORTEEN MENANG PINGAT EMAS HARUMKAN MALAYSIA By Mohd Rohaizad. Published: 2.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...