CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

RODY KRISTAL KE BALAI POLIS, KERANA LALOK, TIPU


Terkini Kontroversi Sensasi Rody Gitaris Kristal Ke Balai Polis Kerana Lalok, Tipu Pelanggan?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan kes kontroversi sensasi gosip artis Rody Kristal serah diri ke balai polis kerana dituduh lalok dan tipu pelanggan kononnya menjual barang panas untuk kerja amal. Setelah diketahui oleh bapa Rody Kristal yang terus mengamuk hampir memberi penampar kepada Rody. Nasib baik Rody Kristal menafikannya dan bukan seperti didakwa oleh polis kerana dipercayai yang membuat aniaya ialah seorang penagih dadah yang lalok cuba menipu pelanggan menggunakan nama kumpulan Kristal untuk melepaskan diri. Kini polis sedang memburu lelaki yang didakwa menyamar sebagai Rody Kristal.

Rody Kristal Serah Diri Di Balai Polis
Rody Kristal Serah Diri Di Balai Polis
Polis Minta Rody Kristal Serah Diri

Gitaris kumpulan Kristal, (Gambar Foto) Rody Kristal terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.

Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal

"Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu 'lalok' pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?", katanya kepada wartawan ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.

Kumpulan Kristal
Gambar Kumpulan Kristal
Bapa Rody Mengamuk Kerana Dakwaan Polis

Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.

"Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert. 

"Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu. 

"Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung", katanya. 

Rody Kristal Didakwa Lalok Tipu Pelanggan
Rody Kristal Didakwa Lalok Tipu Pelanggan
Rody Kristal Buat Laporan Polis Kerana Dianiaya

Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.

" Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.

"Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis", katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin. - Sumber Malaysian Digest.

BIODATA RODY KRISTAL PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA



Rody Kristal Youtube Channel

Rody Kristal Blog Keek Akaun Laman Sosial


VIDEO RODY KRISTAL GITAR SOLO 'IMAGINASI'

+Mohd Rohaizad nasib baik hanya penyamar Rody Kristal yang lalok dan tipu pelanggan, kononnya untuk kerja amal. Tidak pasal-pasal nama dan imej kumpulan Kristal tercalar kerana seorang penagih dadah yang cuba menjual barang panas dengan harga murah. Elok benar Rody Kristal melaporkan hal ini kepada polis untuk membersihkan namanya yang tidak semena-mena dimasukkan ke dalam list pihak polis. Kami berharap kes ini diselesaikan dengan segera untuk mengelakkan ramai lagi tertipu dengan helah yang cuba memperdayakan peminat group Kristal.  #RodyKristal #kristal

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

RODY KRISTAL KE BALAI POLIS, KERANA LALOK, TIPU By Mohd Rohaizad. Published: 23.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...