CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ROZITA CHE WAN, SAMBUT RAYA DI KEDAH, PERLIS


Terbaru Artis Mantap Rozita Che Wan dan Zain Saidin Sambut Raya Di Kedah & Perlis!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan tahun ini artis seksi hot meletop Rozita Che Wan dan kekasihnya Zain Saidin sambut hari raya di Kedah dan Perlis! Kepada orang utara, nantikan artis kesayangan anda ini akan datang bersiar-siar di rumah terbuka sempena Aidilfitri nanti. Ini merupakan kali terakhir Rozita Che Wan sambut hari raya secara solo single kerana selepas ini majlis pernikahan yang grand sedang menantinya. Bila tarikh dan dimana majlis perkahwinan mereka? Itu masih menjadi rahsia dan tunggu pengumuman rasmi.

Rozita Che Wan Sambut Raya Di Kedah dan Perlis
Rozita Che Wan Sambut Raya Di Kedah dan Perlis
Rozita Che Wan Tidak Sabar Berkahwin

Saat dirinya menghitung hari untuk kembali bergelar isteri pada Disember ini, ada sesetengah pihak yang masih mengandaikan cerita kahwin (Gambar Foto) Rozita Che Wan dengan (Gambar Foto) Zain Saidin hanya sekadar publisiti murahan dan tak kurang ada yang mendoakan hayat percintaan mereka tidak akan berkekalan hingga ke jenjang pelamin. 

Namun pelakon cantik yang mesra disapa Che Ta ini cuma tersenyum sambil berkata, Tak baik mendoakan sebegitu. Kenapa perlu mendoakan sesuatu yang tak baik? Bukankah mendirikan masjid itu sangat terpuji. Saya tak mahu melayan perkara negatif sebegini. Insya-Allah kita tunggu dan lihat kesudahannya nanti. Amin. Anda sudah menyertai pertandingan istimewa biskut Zain Saidin untuk majlis perkahwinan mereka?

Pengalaman selama lapan tahun dalam dunia seni membuatkan Rozita sudah lali dengan usikan sebegini. Malah, ibu kepada dua cahaya mata, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra ini, Che Ta berharap perkahwinan tahun ini akan menutup segala kisah kontroversi yang pernah melanda dirinya. 

Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Rozita Che Wan dan Zain Saidin Persiapan Majlis Perkahwinan
Tarikh Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan, Zain Saidin

Namun hingga saat ini tarikh tepat majlis perkahwinan pasangan ini masih belum dapat dihidu. Kesemuanya hanya akan dirungkaikan dalam satu sidang media selepas musim raya nanti. Tetapi biasalah biarpun masih mengunci mulut mengenai beberapa perkara penting majlis kahwin itu nanti, sudah ada yang cuba mengorek rahsia besar mereka. 

Lokasi perkahwinan Rozita dan Zain kononnya bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Tak ketinggalan beberapa nama pereka fesyen dan jurusolek yang akrab dengan Rozita disenaraikan antara yang bakal mencantikkan lagi dirinya. 

Berbicara mengenai cerita kahwin, Rozita beruntung kerana anaknya tiada masalah untuk menerima Zain sebagai bakal bapa mereka. Zain diakui amat rapat dengan kedua-dua anaknya dan mereka agak terbuka dalam hal ini dan boleh menerima kehadiran Zain. 

Rozita Che Wan Bersedia Hamil Mengandung
Rozita Che Wan Bersedia Hamil Mengandung
Rozita Che Wan Bersedia Hamil Mengandung

Saat diusik mengenai kesediaannya untuk menimang cahaya mata, Rozita tak kisah dan hanya menurut kehendak bakal suaminya itu. Tetapi daripada satu sudut, ramai yang menyangka Rozita tidak mahu beranak lagi kerana bimbangkan potongan badannya. 

Tiada majlis tunang akan diadakan. Seperti biasa hanya majlis merisik untuk berbincang soal kahwin. Ia tradisi orang kita. Cuma apa yang boleh saya katakan, kesungguhan Zain untuk memperisterikan saya membuatkan diri ini cukup tersentuh dan terharu. 

Dia (Zain) memang pulun sakan cari duit. Saya tahu dia nak yang terbaik untuk kehidupan kami bersama. Saya kenal dia pun bukan sehari dua. Jadi selalunya apabila orang tanya apa perasaan nak kahwin lagi, saya jawab tak ada rasa apa pun. 

Cuma yang saya dapat katakan, perasaan itu akan jadi lain terutamanya di rumah. Dulu tidur seorang diri dan barang keperluan diri tidak berkongsi dengan sesiapa. Tetapi selepas ini, kami akan berkongsi banyak benda di rumah. Saya kena belajar membiasakannya, katanya. 

Rozita Che Wan Berdebar Menanti Majlis Pernikahan
Rozita Che Wan Berdebar Menanti Majlis Pernikahan Bersama Zain Saidin
Rozita Che Wan Berdebar Menanti Majlis Pernikahan

Bagaimanapun Rozita mengakui debaran saat menjadi isteri kepada Zain masih belum dirasai. 

Ketika ini saya lebih teruja nak beraya. Mungkin lepas raya baru nak terasa debarnya kot. Iyalah ada yang mengusik ini tahun terakhir saya menyambut Syawal dengan status solo. Persiapan raya untuk anak dan diri sendiri, saya macam biasa siapkan sebelum puasa lagi. 

Tahun ini saja saya sediakan baju raya termasuk kurung dan kebaya sekitar 20 ke 30 pasang. Bayangkan tiap-tiap malam naik teruja mencuba baju raya yang ditempah. Jumlah baju raya ini termasuk yang disediakan untuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan, kata pengacara Primadona yang bersiaran di Astro Prima itu. 

Bahkan tahun ini, Zain juga buat pertama kali akan ke sebelah Utara termasuk Kedah dan Perlis untuk beraya sama dengan Rozita sekeluarga serta sahabat handai termasuk penerbit Zeel Production, Fadzil Teh, Murali Abdullah (pengarah) dan pelakon, Hairi Safwan.  Kiah Mai Pulak di utara nanti.

Selalunya orang yang beraya kat KL tak teruja sangat berbanding yang ada kampung sendiri. Tapi masing-masing ada keseronokan dalam beraya tak kira di mana jua berada. Saya sambut baik niatnya nak beraya di Utara. Kampung Rozita Che Wan di Alor Setar, Kedah. Insya-Allah saya akan ikut dia beraya sama, kata duta produk makanan dalaman dan kecantikan Longevite itu. - BHarian.

Biodata Rozita Che Wan Profile Artis Malaysia
Biodata Rozita Che Wan Profile Artis Malaysia
BIODATA ROZITA CHE WAN PROFILE ARTIS TOP MALAYSIA




VIDEO ROZITA CHE WAN SEKSI HOT TEMUBUAL BERSAMA MELETOP!

+Mohd Rohaizad dan para peminat dunia hiburan sentiasa mendoakan kebahagian +rozita che wan dan +Zain Saidin dalam menempuh alam rumahtangga selebriti sensasi. Nampaknya pada tahun ini pasangan kekasih meletop ini akan berhari raya di Kedah dan Perlis. Kiah mai pulak di utara. Kepada para peminat di utara, nantikan kemunculan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sebelum mereka bernikah hujung tahun ini. #RozitaCheWan #ZainSaidin #MajlisPerkahwinan #MajlisPernikahan #SelamatHariRaya #Aidilfitri

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ROZITA CHE WAN, SAMBUT RAYA DI KEDAH, PERLIS By Mohd Rohaizad. Published: 4.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...