CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SUAMI TERIMA GEDIK ELLA TIDAK KETERLALUAN


Terkini Artis Gedik Manja Ella Dapat Diterima Suami Seadanya.

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkini dikhabarkan cerita artis sensasi kisah suaminya Azhar sangat menyukai sifat dan sikap manja dan gedik Ella ratu rock Malaysia yang terlampau! Siapa yang tidak suka awek manja-manja tapi kalau dah tergedik-gedik melampau sangat memang menyampah sungguh. Kira nasib baiklah suami Ella dapat isteri yang memang original manja ala-ala kucing yang jinak. Tahun ini pasangan Ella dan Azhar akan berhari raya di Muar, Johor kampung halaman suaminya. #SalamRaya kami peminat ucapkan.

Ella Lebih Gedik Manja Bersama Suami
Gambar Ella Lebih Gedik Manja Bersama Suami
Ella Lebih Manja Bersama Suami

Suami kepada penyanyi terkenal, Ella iaitu (Gambar Foto) Azhar Ghazali mendedahkan isterinya itu bersikap lebih manja dengannya ketika mereka berdua-duaan di rumah berbanding ketika di khalayak.

Azhar, 30-an berkata, dia sangat menyenangi sifat manja Ella itu yang dirasakannya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri.

"Mungkin ada orang kata dia gedik dan sebagainya tetapi itu adalah dirinya. Sikap itu sebenarnya tidak keterlaluan berbanding ketika dia berada di rumah bersama saya.

"Saya langsung tidak melihat ia sebagai satu masalah kerana ia mengeratkan hubungan kami suami isteri dalam banyak perkara," katanya seperti kekasih baru bercinta dengan Ella kepada wartawan.

Ella atau nama sebenarnya (Gambar Foto) Norzila Aminudin, 46 tahun dan Azhar iaitu seorang juruterbang syarikat Firefly berkahwin pada 7 Julai 2012 di rumah keluarga penyanyi lagu Layar Impian itu di Teluk Gadong, Klang, Selangor.

Keluarga Ella dan Azhar Pasangan Suami Isteri Bahagia
Keluarga Ella dan Azhar Pasangan Suami Isteri Bahagia
Suami Ella Budiman dan Rajin Bantu

Dalam pada itu, Ella berkata, dia sangat bertuah dapat bersuamikan Azhar dan menyifatkan lelaki itu sebagai budiman dan rajin membantunya jika berada di rumah.

Jelas Ella, mereka suami isteri juga sering bermuhasabah jika timbul sebarang masalah dan menyifatkan cara itu memberi kesan baik.

"Jika tidak bekerja Azhar rajin membantu saya di rumah sama ada mengemas, memasak dan sebagainya. Selepas setahun berkahwin kami lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik," ujar Ella yang turut menjual biskut yang sedap dan berkhasiat.

Sementara itu, Ella berkata, dia dan suaminya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini di kampung halaman suaminya di Muar, Johor.

Kata Ella, dia sangat teruja setiap kali dapat balik ke kampung suaminya kerana sukakan suasana desa yang tenang dan damai.

"Berhari raya di kampung lebih meriah dan dapat berkenalan dengan sanak saudara sebelah suami namun kami hanya akan pulang selama beberapa hari sahaja kerana komitmen kerja," ujar Ella ibu saudara kepada artis baru Kaka Azraff.

Ratu Rock Ella Konsert Solo
Ratu Rock Ella Konsert Solo
Konsert Solo Terbaru Ella

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya, Ella berkata, dia bakal muncul dengan sebuah konsert solo di tiga lokasi bermula September hingga Disember depan.

Bagaimanapun lokasi konsert tersebut masih belum diputuskan oleh pihak penganjur.

"Saya juga akan terlibat dengan sebuah konsert akustik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada September ini sebelum sibuk dengan konsert solo itu nanti.

"Sudah tentu saya teruja dengan perancangan tersebut kerana sudah lama tidak muncul dengan konsert solo. Harap peminat akan ramai-ramai menghadiri persembahan itu nanti," katanya. - Mstar.

BIODATA ELLA SEKSI HOT RATU ROCK PROFILE ARTIS MALAYSIA





VIDEO MUZIK ELLA FEAT AWIE LIVE

+Mohd Rohaizad memang suka sikap manja Ella, bukan tergedik-gedik melampau ya. Kira bertuah suaminya Azhar berjaya memenangi hati Ella dan akhirnya mereka ke jinjang pelamin. Kami mendoakan semoga Ella dan Azhar dikurniakan cahaya mata anak dengan secepat mungkin ya. Sudahkah Ella bersedia untuk hamil mengandung? Jangan asyik ke konsert saja Ella, dah tiba masa buat anak. Hehe.. Apa khabar dengan kakak Ella si Jojie, sudah ada kekasih hati?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SUAMI TERIMA GEDIK ELLA TIDAK KETERLALUAN By Mohd Rohaizad. Published: 7.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...