CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

SURAU JADI TOKONG KUIL HINDU BUDDHA HINA ISLAM


Terkini Kontroversi Surau Dijadikan Tempat Ibadat Tokong Kuil Bukan Islam!

Blog Mohdrohaizad.com membawa khas isu kontroversi yang sensasi mengenai surau disebuah resort di Johor dijadikan tempat ibadat penganut lain seperti tokong, kuil dan ia memang menghina Islam. Memang ajaib, hanya berlaku di Malaysia kerana pihak pengurusan resort tersebut tidak memahami apa itu agama Islam dan ia menyentuh sensitivti masyarakat Melayu yang beragama Islam. Isu sensasi kali ini agak memeranjatkan setelah anda melihat video seorang sami Buddha membaca mantera sanskrit penyembuhan  (Mantra of Avalokiteshvara) bersama-sama penganutnya. (Penulis faham, mantra ini cukup popular dalam bermeditasi dan memuji Sidharta Gautama - The Buddha / nabi seperti tuhan - Maaf, Gautama bukan tuhan tetapi dipercayai salah seorang nabi pada zamannya.)

Surau Islam dijadikan Tokong Kuil
Gambar Foto Surau Penganut Islam dijadikan Tempat Sembahyang Upacara Seperti Di Tokong Kuil
Pengurus Resort Ditahan Kerana Surau Dijadikan Tempat Kuil Tokong

Polis menahan seorang lelaki yang merupakan pengusaha resort di Sedili Besar, Kota Tinggi untuk membantu siasatan mengenai sebuah surau di premis tersebut yang dijadikan tempat ritual keagamaan oleh bukan Islam. Menurut mufti ini merupakan isu hina agama Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 petang di resort berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, satu pasukan khas turut diwujudkan dan diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim bagi menyiasat kes tersebut.

"Pada pukul 3.25 petang kelmarin, pihak polis telah menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalah guna oleh penganut agama lain dan ekoran laporan berkenaan, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Utusan.

Surau Jadi Tempat Meditasi Bukan Penganut Islam

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesyaki wujud “sesuatu yang tidak kena” dalam kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan kontroversi di sebuah surau di resort di Kota Tinggi.

Katanya, perkara itu perlu disiasat sebaiknnya kerana kejadian berkenaan menimbulkan banyak persoalan.

"Saya rasa satu penyiasatan harus dilakukan dengan teliti siapa mereka sebenarnya. Kita tak nak buat tuduhan awal dan mengambil tindakan berdasarkan emosi. 

"(Penjelasan) mereka (peserta upacara) seperti tidak logik apabila mahu gunakan surau untuk meditasi. Benda ini macam ada perkara yang tidak kena. Jadi ia perlu siasatan rapi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga berpendapat, tindakan kumpulan penganut agama tertentu untuk menggunakan rumah ibadat orang lain merupakan perbuatan yang tidak masuk akal.

"Saya lihat mustahil mereka yang memegang agama-agama lain seperti Kristian atau Buddha, ingin buat acara di rumah ibadah lain.

“Seperti kita, ada ke kita mahu solat di kuil? Macam pelik (kejadian ini)," katanya lagi.

Gambar Patung Buddha Dalam Surau Islam
Gambar Lambang Patung Buddha Dalam Surau Islam
Pengusaha Resort Benarkan Penganut Buddha Sembahyang Di Surau

Beliau merujuk kepada penjelasan pihak pengurusan resort yang didakwa membenarkan penganut Buddha melakukan upacara tersebut dilaporkan mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan ia bukan satu kesalahan.

Wakil pengurusan terbabit mendakwa peserta upacara berkenaan mahu menggunakan dewan untuk bermeditasi.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan untuk membenarkan perkara itu pada pendapatnya bukan satu kesalahan.

Menurutnya lagi, beliau berniat untuk "menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi".

Video Surau Dijadikan Tempat Upacara Agama Bukan Islam

Kejadian itu dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan sekumpulan individu sedang menyertai satu upacara di lokasi berkenaan.

Kumpulan yang diketuai seorang individu berpakaian berwarna oren tersebut ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau terbabit.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.

Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini.

Upacara Hindu Buddha Dalam Surau Masjid
Upacara Agama Hindu Buddha Dalam Surau Masjid
Isu Hina Islam, Upacara Agama Lain Dalam Surau / Masjid

Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan siasatan ke atas satu kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di sebuah resort di Kota Tinggi.

Exco hal ehwal agama negeri Abd Mutalib Abd Rahim dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, peguatkuasa JAJ diarah menyiasat dan mengunjungi lokasi kejadian, di Sedili Besar, sebelum melakukan tindakan.

JAJ bersama penduduk kampung menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan, katanya dalam laporan itu.

Isu Kontroversi Surau Ini Dianggap Menghina Islam Secara Serius

Laporan itu turut memetik kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut yang  menyifatkan kegiatan kontroversi itu sebagai “mengguris perasaan” dan “menghina Islam”.

“Kita perlu lebih tegas dfengan menggunakan undang-undang yang ada termasuk menyenarai hitam kumpulan terbabit daripada memasuki negara ini semula.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan saja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” katanya.

Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

Patung Gambar Buddha Dalam Surau

Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama 'Sebastianphiu' itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit,.

Video sepanjang 1 minit 25 saat yang dikesan dimuatkan dua hari lalu kini ditonton lebih 10,000 orang, setakat hari ini. - Malaysiakini.

Sultan Johor Akan Robohkan Surau Kontroversi
Sultan Johor Akan Robohkan Surau Resort Yang Kontroversi
Sultan Johor Akan Robohkan Surau Yang Kontroversi

13 Ogos 2013 - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah agar Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengeluarkan pekeliling menentukan kedudukan kiblat kepada semua pengusaha pusat peranginan di negeri ini.

Titah tersebut disampaikan menerusi Penasihat Maij, Datuk Noh Gadut ketika mengadap baginda pagi tadi.

Atas keprihatinan Sultan Johor, Noh mengandaikan kemungkinan besar surau di pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi yang mencetuskan kontroversi kerana membenarkan penganut agama lain beribadat dalam surau itu akan dirobohkan.

Proses siasatan tindakan yang menghina Islam itu dijangka mengambil masa sebulan dan akan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri. - Sinarharian.

Ketua Sami Buddha Malaysia Mohon Maaf
Ketua Sami Buddha Malaysia Mohon Maaf
Ketua Sami Buddha Malaysia Mohon Maaf Isu Surau Dihina Bukan Islam

13 Ogos 2013 - Ketua Utama Samy Buddha Malaysia (Foto) Datuk K Sri Dhammaratana Nayake Maha Thera memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam atas tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.
 
Walaupun beliau sendiri tidak mengenali anggota kumpulan itu, namun atas dasar tanggungjawab, beliau melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang.
 
"Kumpulan luar itu sepatutnya mendapatkan tempat sesuai dan memahami sensitiviti budaya dan tradisi tempatan sebelum melakukan ritual.
 
"Saya minta seluruh masyarakat Islam menerima permohonan maaf ini dan akan menentukan kejadian itu tidak akan berulang," katanya ketika dihubungi wartawan.
 
Beliau menasihatkan penganut Buddha agar menghormati sensitiviti mana-mana penganut agama lain.
 
Beliau berkata penganut Buddha mestilah sentiasa menyedari prinsip asas yang ditegakkan oleh Buddha: "...Tidak mungkin seseorang itu dapat mencipta kesenangan atas kesusahan orang lain". - Bernama.


VIDEO SURAU DIJADIKAN TEMPAT IBADAT AGAMA BUKAN ISLAM

+Mohd Rohaizad berpendapat isu sebuah resort menjadikan surau sebagai tempat ibadat lain seperti kuil, tokong bagi penganut Hindu Buddha memang menghina Islam, kenapa surau Islam yang dijadikan tempat menduakan Allah S.W.T.? Itu sudah salah, kenapa pihak pengurusan tidak menyediakan dewan umum yang sudah tentu ada bagi setiap resort? Jika tiada, kenapa tiada bilik khas untuk penganut agama lain untuk beribadat? Pelik, isu hina Islam ini hanya timbul di Malaysia.

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

SURAU JADI TOKONG KUIL HINDU BUDDHA HINA ISLAM By Mohd Rohaizad. Published: 12.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...