CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

TEGAR SEPTIAN, PENGEMIS JADI ARTIS TERKENAL


Terkini Kisah Sensasi, Pengemis Kanak-Kanak Menjadi Artis Terkenal, Tegar Septian!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com membawa anda ke dunia hiburan di Indonesia mengenai kisah sensasi sedih Tegar Septian, pengemis si penghibur jalanan mencari rezeki sesuap nasi setiap hari dengan mengemis sekitar jalan raya dan dimana-mana sekitar bandar di Indonesia, ternyata mimpi menjadi kenyataan ke atas Tegar Septian yang terus popular dan terkenal kerana video youtubenya menjadi kontroversi sensasi kerana mempunyai suara yang cukup lunak. Dahulu susah miskin sekarang sudah kaya sebagai artis selebriti ternama seperti lagu yang dinyanyikannya.

Tegar Septian Pengemis Menjadi Artis Terkenal
Foto Tegar Septian Pengemis Menjadi Artis Terkenal
Kisah Pengemis, Si Penghibur Jalanan Yang Berbakat

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Satu ketika dahulu, si kecil ini sering kali menjadikan kaki lima dan kota-kota kecil di sekitar Indonesia sebagai tempat mencari rezeki.

Dengan bertemankan sebuah gitar kecil, dia menjadi penghibur jalanan untuk membantu keluarganya demi sesuap nasi.

Seawal usia enam tahun, Tegar atau nama sebenarnya, (Foto) Tegar Septian, 12 tahun, mula diasuh menjadi pengemis.

Selain mendapatkan wang dengan petikan gitar, Tegar juga turut membuat pekerjaan lain seperti mengambil upah mencuci kereta.

Malah, Tegar terpaksa mengorbankan zaman persekolahannya demi membantu keluarga yang kesempitan.

Keluarga Tegar Septian Mengemis

Bukan sahaja dirinya, malah ibunya, Ratna Dwi Asih juga turut menjadikan stesen kereta api berdekatan sebagai tempat mencari pendapatan dengan usaha pengemis.

Bapa tirinya pula bekerja sebagai buruh binaan dan kadang kala turut menjadikan pekerjaan yang sama untuk menyara kehidupan mereka demi membesarkan tiga adiknya yang lain.

Walaupun membesar di persekitaran yang serba kekurangan, namun Tegar dikurniakan suara emas yang mampu menghiburkan orang ramai.

Segalanya berubah setelah seorang daripada penuntut sebuah universiti di negara itu bertindak merakam nyanyian Tegar dan terus memuat naik ke laman sosial YouTube, pada Mei tahun lalu.

Dengan alunan suara emas dan bertemankan petikan gitar kecil yang usang, Tegar menjadi penghibur jalanan dengan menyanyikan lagu dendangan penyanyi dangdut, Ratna Koin, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, dengan liriknya sendiri.

Tegar Septian Pengemis Penghibur Jalanan
Gambar Tegar Septian Pengemis Penghibur Jalanan
Video Youtube Tegar Septian Mendapat Perhatian

Video yang dimuat naik itu berjaya mendapat perhatian pengikut dunia maya termasuk di luar Indonesia sehingga mencatat lebih daripada tujuh juta tontonan.

Bermula saat itu, ramai yang mula mencari Tegar dan kagum dengan kelebihan yang dimiliki si cilik ini.

Kelibat Tegar mula mencuri tumpuan setelah memenangi satu pertandingan pencarian bakat yang dianjurkan sebuah syarikat telekomunikasi sekali gus, membawa nama Tegar ke persada seni Indonesia.

Persis artis terkenal, kehidupan Tegar bukan lagi di pondok usang namun, aktiviti hariannya masih lagi memerlukan gitar kecil untuk membuat persembahan.

Selain memiliki suara emas, Tegar juga mempunyai kemahiran dalam bermain alat muzik lain seperti drum dan piano.

Tegar Septian Nekad Bantu Keluarga

Walaupun kehidupannya kini jauh berbeza, namun Tegar tidak pernah diasuh untuk bersikap angkuh.

Tetap berpegang pada kata-kata ibunya, Tegar sendiri tidak pernah menyangka kehidupannya yang getir sebelum ini berakhir dengan senyuman.

"Alhamdulillah, saya sendiri tidak menyangka akan dikenali seperti ini. Seperti bait dalam lagu saya, saya teringin untuk menjadi kaya dan menghapuskan kesengsaraan keluarga.

"Saya bersyukur kerana berpeluang untuk mengubah kehidupan keluarga. Walaupun bukan kaya raya, namun sekurang-kurangnya saya dapat membantu keluarga dan memberi keselesaan kepada mereka.

"Saya berhasrat untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga. Selain itu, saya juga akan kembali belajar untuk mendapatkan pelajaran yang terpaksa dikorbankan sebelum ini. Namun, atas kepadatan jadual kerja, saya terpaksa menggunakan kaedah belajar di rumah," katanya dalam satu temu bual di Indonesia.

Kisah Kehidupan Tegar Septian Di Jalanan

Akui Tegar, kehidupannya sebagai pengemis jalanan bukanlah sesuatu perkara yang manis untuk dikenang. Malah, sepanjang tempoh itu, Tegar pernah terjebak di dalam kalangan pengemis cilik yang bermasalah.

"Saya pernah terjebak dalam masalah sosial seperti merokok dan minum arak. Pada awalnya, saya memang menolak, namun akhirnya terpengaruh dengan rakan-rakan.

"Kehidupan di jalanan sememangnya tidak lari daripada masalah seperti itu kerana tiada siapa yang mempedulikan kami kerana ibu bapa juga sibuk bekerja.

"Namun kini, saya sudah meninggalkan kesemua ketagihan itu dan pengurus saya banyak beri nasihat serta dorongan untuk meninggalkan masa lampau yang tidak memberikan sebarang kebaikan," katanya. - Sumber SinarHarian.

Biodata Tegar Septian Profile Artis Indonesia
Profil Biodata Tegar Septian Profile Artis Indonesia
BIODATA TEGAR SEPTIAN PROFILE ARTIS INDONESIA

Nama Penuh: Tegar Septian
Tempat Lahir : Pemalang, Jawa Tengah
Tarikh Lahir : 19 September 2001
Bilangan Adik Beradik : Empat Orang (anak pertama)



Tegar Septian Twitter, Instagram, Keek, Blog


VIDEO MUZIK TEGAR SEPTIAN 'AKU YANG DULU'

+Mohd Rohaizad turut kagum mendengar suara lunak +Tegar Septian yang mendapat sambutan ramai di video youtube sehinggalah sekarang menjadi artis terkenal di Indonesia pada usia kanak-kanak. Kisah pengemis si penghibur jalanan menjadi selebriti popular dengan adanya teknologi masakini yang dapat mengesan bakat mereka dalam dunia hiburan. Tahniah diucapkan kepada Tegar yang mempunyai suara lunak bak emas. #TegarSeptian @TegarSeptian

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

TEGAR SEPTIAN, PENGEMIS JADI ARTIS TERKENAL By Mohd Rohaizad. Published: 22.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...