CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

TENGOK HUJAN METEOR PERSEID, SECARA LIVE NASA


Terkini Fenomena AjaibTengok Hujan Meteor Perseid Secara Live Nasa!

Blog Mohdrohaizad.com membawa khas anda ke dunia angkasa dengan menyaksikan video hujan Meteor Perseid secara live dibawa khas oleh NASA! Anda sudah tengok hujan tahi bintang di ruang angkasa hari ini? Jika belum, cuba tunggu dan tonton secara live di video yang dibuat khas kepada penonton secara online. Anda boleh tengok fenomena hujan meteor ini sehingga waktu subuh.

Hujan Meteor Perseid
Gambar Foto Hujan Meteor Perseid
Fenomena Hujan Meteor Perseid 2013

Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Mhd Fairos Asillam berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.

"Pancuran hujan meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," katanya dalam kenyataan.

Komet Melintasi Orbit Bumi
Komet Melintasi Orbit Bumi Boleh Dilihat Mata Kasar Manusia
Komet Melintasi Orbit Bumi

Beliau berkata apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran hujan-hujan meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Beliau berkata waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. - Bernama.

ASTROMAS Kumpulan Peminat Astronomi - Fenomena Hujan Meteor

Isnin, 12 Ogos 2013

Kemuncak hujan meteor Perseid 12/13 Ogos 2013

Assalamualaikum dan hai....

Pernahkah anda melihat tahi bintang melintas di dada langit secara live di depan mata anda? Mungkin pernah sekali dua. Namun tahukah anda bahawa pada malam ini anda berpeluang melihat sehingga 100 tahi bintang dalam masa satu jam dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja? Ini bukan gurauan.

Pada malam ini (malam 12/13 Ogos 2013) akan berlaku kemuncak peristiwa hujan meteor Perseid. Ia diberi nama Perseid kerana tahi bintang ini kelihatan keluar dari buruj Perseus.

Apa yang bakal saya lihat?

Apa yang bakal anda lihat ialah jaluran cahaya memanjang di langit selama beberapa saat. Jaluran cahaya tersebut boleh jadi kuning, putih, hijau dan sebagainya bergantung kepada komposisi tahi bintang tersebut. Anda jangan risau kerana tahi bintang tersebut tidak akan melanggar anda.

Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat ratusan tahi bintang sepanjang anda mencerap pd pagi nanti.

Tahi Bintang Komet Lintas Bumi
Gambar Foto Tahi Bintang Komet Lintas Bumi
Cara melihat peristiwa ini.

Semua ini boleh dilihat dengan mata kasar sahaja. Tidak perlu anda menggunakan binokular atau teleskop. Cara melihat peristiwa ini ialah dengan cara berbaring di padang atau kawasan yang luas dari cahaya lampu. Gunakan bantal dan tikar serta baju sejuk dan secawan kopi untuk menyegarkan anda.

Bila dan di mana kawasan untuk dilihat.

Saya ingin mencadangkan anda untuk memulakan pencerapan pada jam 1 pagi 13 hb Ogos. Anda boleh mula dengan memandang ke arah langit timur (arah matahari timbul) dan apabila sekitar jam 3 pg ke atas anda boleh melihat ke seluruh kawasan langit. Boleh dikatakannya peristiwa ini akan bermula pada sekitar jam 1 pg sehingga waktu matahari naik.

Ada tips penting?

Sudah tentu ada. Pastikan dada langit yang anda lihat tersebut adalah dipenuhi dgn bintang. Jangan lihat pd langit yg gelap tanpa bintang kerana di situ terdapat awan tebal. Jika ada tompokan langit yg bersih dari awan, maka anda boleh fokus di kawasan tersebut.

Peristiwa ini boleh dicerap bukan pada malam ini sahaja, tetapi juga pada malam2 akan datang. Walaupun aktiviti nya mungkin tidak akan semeriah pada malam ini namun masih berbaloi untuk diikuti.

Jika anda ada membuat pencerapan atau ingin bertanya kan soalan, boleh terus ke FB Astromas.

Jom mencerap! - Sumber Facebook.


TONTON VIDEO HUJAN METEOR SECARA LIVE OLEH NASA


TENGOK PERSEID METEOR SHOWER BERWARNA LIVECAM OLEH JEPUN


RAKAMAN VIDEO HUJAN TAHI BINTANG METEOR DI MALAYSIA

+Mohd Rohaizad sudah melihat sebiji meteor melintasi orbit bumi tadi, macam taik bintanglah juga. Cuma penulis berharap nampak hujan meteor sebab tidak pernah tengok secara live, tambah-tambah di negara kita Malaysia. Anda sudah melihat hujan meteor / taik bintang Perseid?

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

TENGOK HUJAN METEOR PERSEID, SECARA LIVE NASA By Mohd Rohaizad. Published: 13.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...