CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ULAMA ISLAM CIPTA APLIKASI SMARTPHONE, DR ZAKIR NAIK


Terkini Dr Zakir Naik, Ulama Terkenal Indian Mencipta Aplikasi Islam Telefon Pintar! 

Blog Mohdrohaizad.com dikhabarkan ulama Islam yang terkenal konroversi sensasi dalam perdebatan agama iaitu Dr Zakir Abdul Karim Naik telah berjaya mencipta aplikasi telefon pintar / smartphone 'Peace Mobile' yang unik dan islamik! Smartphone ini merupakan satu-satunya telefon pintar yang menggunakan aplikasi Islam yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Islam sedunia. Sebelum ini Malaysia ada mengeluarkan telefon pintar yang Islamik tetapi hanya tertumpu sekitar Malaysia dan Asia Tenggara. Mampukah smartphone rekaan Dr Zakir Naik memecah monopoli Iphone, Samsung, Nokia dan lain-lain? Nantikan perkembangan smartphone 'Peace Mobile' suatu hari nanti, sama ada berjaya atau tidak, kita mendoakan yang terbaik buat inisiatif kreatif ulama terkenal ini.

Peace Mobile Dr Zakir Naik
Gambar Telefon Pintar Peace Mobile Dr Zakir Naik, Pendakwah Popular
'Peace Mobile' Telefon Pintar Bercirikan Islam

Satu telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden.

Telefon pintar itu dicipta (Foto) Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa. 

Permintaan untuk telefon bimbit Islam meningkat di kalangan masyarakat Islam di Arab Saudi. Ribuan penduduk sudah membuat pesanan aplikasi itu secara online, sementara beratus-ratus yang lain bercakap mengenainya di pelbagai landasan media. 

Dr Zakir Naik Peace Mobile Islamic Smartphone
Dr Zakir Naik Peace Mobile Islamic Smartphone
Dr Zakir Naik, Presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam)

Satu inisiatif teknologi penemuan itu oleh Naik, pengasas dan presiden IRF (Yayasan Penyelidikan Islam), telefon itu akan membantu pelaksanaan budaya Islam dalam kehidupan sehari-hari.

Peace Mobile disesuaikan sepenuh telefon pintar dengan aplikasi Islam yang sahih dan perisian serta membantu masyarakat Islam yang mengamalkannya terus berhubung dengan dunia Islam.

Naik berada di sini baru-baru ini bercakap dalam satu forum Ramadan dianjurkan Pusat Budaya Islam India (IICC).

Ulama berkenaan sentiasa menegaskan keperluan untuk kedua-dua pendidikan agama dan moden, menganggap kedua-duanya sebagai penting.

Peace TV Dr Zakir Naik Satelit Televisyen
Peace TV Dr Zakir Naik Satelit Televisyen
'Peace TV' Televisyen Satelit Islam

IRF adalah sebuah organisasi tanpa keuntungan yang memiliki saluran Peace TV, sebuah rangkaian televisyen satelit Islam yang baru-baru ini melebihi tontonan rekod global sebanyak 200 juta.

Okasha Mujahid, pengurus perniagaan antarabangsa di Darussalam, sebuah rumah penerbitan Islam berpusat di sini, mengalu-alukan telefon pintar itu dan berkata:

“Darussalam bersungguh-sungguh bekerja untuk menyebarkan kata-kata Islam menerusi penerbitannya. Peace Mobile boleh membantu lanjutan untuk ini.” - Sumber Agensi.

Hubungi Untuk Pesanan dan Beli Telefon Peace Mobile Secara Online

Harga dan Pesanan Telefon Peace Mobile

Peace Mobile Facebook Fan Page

*Harga sebuah telefon pintar Peace Mobile dianggarkan USD200-USD220 dollar, harga termasuk dengan kos penghantaran di sesebuah negara.

BIODATA DR. ZAKIR NAIK PROFILE ULAMA ISLAM TERKENAL



Dr Zakir Naik Blog Youtube Channel


VIDEO IKLAN 'PEACE MOBILE' DR ZAKIR ABDUL KARIM NAIK DUTA PRODUK

+Mohd Rohaizad berharap telefon pintar 'Peace Mobile' rekaan +Dr Zakir Naik akan mendapat permintaan yang hangat dan digunakan oleh umat Islam seluruh dunia. Smartphone ini merupakan satu-satunya ciptaan yang menggunakan aplikasi islamik secara keseluruhan, ternyata rekaan ilham Dr Zakir Naik Abdul Karim memberi solusi yang terbaik kepada masyarakat Islam yang dahagakan ilmu agama secara langsung melalui bimbangan ulama Islam. #PeaceMobile #PeaceTV #SmartPhone #DrZakirNaik #Islam #India

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ULAMA ISLAM CIPTA APLIKASI SMARTPHONE, DR ZAKIR NAIK By Mohd Rohaizad. Published: 12.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...