CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

VINCE DAN FIONA BERKAHWIN TAHUN HADAPAN


Terkini Artis Vince Chong dan Fiona Edward Akan Berkahwin Tahun Hadapan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terbaru dimaklumkan bekas johan Akademi Fantasia 1 iaitu Vince Chong dan Fiona Edward akan berkahwin pada tahun hadapan! Vince yang sudah lama menyepi telah dikhabarkan majlis pertunangan dengan Fiona diadakan di Bali, Indonesia pada bulan September tahun lalu. Rancangan untuk majlis perkahwinan tahun depan, Vince dan Fiona telah dibuat setelah masing-masing bersetuju dan serasi untuk membina rumahtangga dengan serius selepas ini. Tahniah kami peminat ucapkan kepada Vince AF1 yang bakal married, semoga wedding mereka tidada masalah.

Vince dan Fiona Bakal Berkahwin Tahun Hadapan
Foto Vince dan Fiona Bakal Berkahwin Tahun Hadapan
Weeding Vince Chong dan Fiona Edward

Penyanyi Vince memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun depan dengan seorang pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airline System (MAS), (Gambar) Fiona Edward, 32 tahun.

Vince atau nama sebenarnya (Gambar) Vincent Chong, 33 tahun, berkata, dia sudah memilih lokasi di sebuah taman di Janda Baik dengan bertemakan perkahwinan dalam taman.

"Saya akan melangsungkan perkahwinan pada Mac tahun depan, namun tarikh sebenar nanti saya beritahu kemudian kerana masih dalam perbincangan.

"Setakat ini kami merancang untuk mengadakan majlis secara sederhana bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan dalam suasana taman dan alam semula jadi," katanya ketika dihubungi wartawan, di sini, Sabtu.

Tambah Vince, dia memilih tema tersebut kerana bertepatan dengan jiwanya yang lebih suka kepada alam semulajadi dan sesuatu yang damai.

Dalam pada itu, Vince berkata, persiapan perkahwinan akan diuruskan oleh pihak keluarga masing-masing.

Vince dan Fiona Rancang Persiapan Majlis Perkahwinan
Vince dan Fiona Rancang Persiapan Majlis Perkahwinan
Persiapan Majlis Perkahwinan, Resepsi Vince dan Fiona

"Kami mahu majlis itu biarlah tertutup dan hanya keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuk media.

"Bagi saya, apa yang penting ialah majlis tersbeut berjkalan lancar dalam keadaan yang boleh diingati," katanya.

Bercerita tentang tunangannya, Vince berkata Fiona seorang gadis biasa yang berjaya memikat hati keluarganya.

"Dia seperti gadis normal yang lain, apa yang penting ialah keluarga saya sayangkan dia dan dia sangat rapat dengan keluarga saya.

"Saya seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan, jika saya suka tetapi keluarga tidak suka gadis tersebut saya akan beralah kerana saya yakin kebahagian rumahtangga terletak pada restu ibu bapa," katanya.

Vince dan Fiona Bertunang Di Bali Indonesia
Vince dan Fiona Bertunang Di Bali Indonesia
Vince dan Fiona Bertunang Di Bali, Indonesia

Tambahnya, wanita tersebut juga seorang yang sangat memahami dan mudah bertolak ansur.

"Dia sentiasa faham perangai saya yang panas baran dan dia tahu bagaimana untuk sabar dan sejukkan perasaan saya.

"Bagaimanapun dia tidak suka berada di hadapan media atau dikenali sebagai tunang saya," katanya.

Vince dan Fiona bertunang pada 30 September tahun lalu di Bali, Indonesia.

"Saya lamar dia masa hari jadi saya di Bali. Memang saya rancang nak buat kejutan pada dia. Atas bantuan kakak saya, rancangan saya menjadi.

"Ketika tu, mereka keluarkan kek dan saya katakan pada Fiona, hadiah yang saya dapat ni tidak lengkap kalau Fiona tak pakai. Kemudian saya terus buka satu kotak berisi cincin dan saya berikan padanya. Dia terkejut", katanya. - Mstar.

BIODATA VINCE CHONG / AF1 PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA




Vince Chong Youtube Channel

Vince Chong Keek Instagram Blog Profil Akaun Laman Sosial


VIDEO MUZIK VINCE CHONG 'ANDAI KAU MENGERTI'

+Mohd Rohaizad mengucapkan tahniah kepada Vince Chong dan Fiona Edward yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada tahun hadapan. Tidak lama lagi kan? Sekejap sahaja dah nak dekat tahun 2014. Nampaknya ura-ura Vince Chong akan memeluk, masuk Islam tidak benar sebelum ini kerana Vince memilih Fiona yang kerja sebagai pramugari MAS sebagai bakal isterinya. #VinceChong #VinceAF1

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

VINCE DAN FIONA BERKAHWIN TAHUN HADAPAN By Mohd Rohaizad. Published: 25.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...