CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

WADY HAMDAN DITUNTUT GANTI RUGI PENGHIBUR JALANAN


Terkini Kontroversi Presiden MYBC Wady Hamdan Dituntut Bayar Ganti Rugi 99 Penghibur Jalanan!

Blog hiburan Mohdrohaizad.com digemparkan dengan kontroversi tuntutan ganti rugi penghibur jalanan terhadap Wady Hamdan Presiden MYBC yang kontroversi dan bermasalah! Tak habis lagi kes Wady Hamdan, kali ini Presiden Karyawan satu-satu tampil bangkit membantu tuntutan ganti rugi penghibur jalanan yang teraniaya kerana dana yang diperuntukkan untuk mereka tidak diberi dan dikhianati. Nak makan duit penghibur jalanan ke Wady Hamdan? Duit yang sedikit pun hendak disonglapkan, sudahlah penghibur jalanan mencari rezeki semakin susah sekarang. Adakah Wady Hamdan penipu? Memang wajar laporan polis dibuat terhadap Wady Hamdan.

Penghibur Jalanan Tuntut Ganti Rugi Wady Hamdan

Penghibur Jalanan Desak Presiden Wady Hamdan Bayar Ganti Rugi

Seramai 99 penghibur jalanan mendesak agar Presiden My Youth Busker Club (MYBC) yang juga merupakan ketua kontinjen Malaysia, (Gambar) Wady Hamdan membayar ganti rugi terhadap kegagalan pihaknya menunaikan janji untuk membawa mereka mewakili negara ke Festival World Art Games ke-3 di Croatia mulai 29 Jun lalu hingga 10 Julai lalu.

Menurut wakil para pemuzik tersebut, (Gambar) Mahathir Abdul Rahim, 42 tahun, pihak berkenaan perlu membayar sebanyak RM3000 bagi setiap pemuzik tersebut atas kiraan persediaan sebelum berangkat ke sana.

"Individu (Wady) ini telah mempergunakan kami dengan menabur janji-janji dan akhirnya  kami mengalami kerugian. Seramai 20 orang di antara kami telah pun membuat laporan polis.

Penghibur Jalanan Kecewa Dengan Presiden MYBC

Penghibur Jalanan Kecewa Dengan Presiden MYBC

"Selama dua bulan kami membuat latihan hanya sia-sia. Selain itu sebelum berangkat ke sana, kami telah menghantar alatan muzik ke sana. Tapi apabila tiba masa hari kami sepatutnya bertolak, kami diberitahu perjalanan kami ditangguhkan.

"Disebabkan alatan kami telah dihantar terlebih dahulu, selama dua minggu kami tak boleh bekerja. Malah ada antara kami yang tidak mempunyai pendapatan selama sebulan kerana segelintir mereka telah menolak persembahan di sini semata-mata mahu membuat persiapan untuk ke sana. Sebab itu mereka menuntut wang pampasan sebanyak RM3,000 kerana penat lelah kami tidak diendahkan langsung oleh penganjur", katanya pada sidang media khas yang di adakan di Plaza Damansara, petang semalam.

Wady Hamdan Menipu Penghibur Jalanan

Wady Hamdan Menipu Penghibur Jalanan?

Sebelum ini para delegasi seramai 120 orang ditawarkan kontrak menyertai acara tersebut dengan bayaran elaun berjumlah RM5000 bagi setiap individu namum sehingga saat akhir hanya enam orang sahaja dihantar.

Antara enam peserta yang ke sana termasuklah dua artis iaitu Radhi (OAG) dan Ani Mayuni. Manakalanya selebihnya terkontang kanting setelah menjalani latihan hampir dua bulan. Malah sesetengah telah menolak kerja-kerja seni di sini, dengan tujuan untuk menumpukan latihan sebagai persiapan untuk persembahan di sana. Blog mohdrohaizad.com simpati dengan penghibur jalanan yang teraniaya.

Sementara itu, Persatuan Karyawan tampil dan bertindak membantu para pemuzik ini dalam menyelesaikan isu tuntutan tersebut. 

Presiden Karyawan Bantu Penghibur Jalanan

Presiden Karyawan Bantu Penghibur Jalanan

Jelas Presiden persatuan tersebut, (Gambar) Datuk Freddie Fenandez yang turut hadir pada sidang media berkenaan berkata, pihaknya akan memberi masa selama dua minggu kepada Wady Hamdan untuk membayar pampasan yang dituntut oleh para pemuzik tersebut. Jika tidak, tindakan susulan akan diambil.

"Dia (Wady) sudah banyak menipu pelbagai pihak. Malah saya difahamkan dia juga turut memperdayakan pihak penganjur festival tersebut di Croatia. Secara tak langsung ia telah menjejaskan nama baik negara kita. 

"Kita beri masa pada dia selama dua minggu untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh para pemuzik ini. Jika tidak, pihak Karyawan akan mengambil tindakan susulan", katanya. - MalaysianDigest.

Pemuzik Jalanan Tuntut Pampasan Ganti Rugi

Dikemaskini 5 Ogos 2013 - Kerana merasakan mereka menjadi mangsa dan dipermainkan, berpuluh artis jalanan telah membuat tindakan berani, menuntut hak mereka sebagaimana dijanjikan.

Dengan bantuan Persatuan Karyawan Malaysia, 99 pemuzik jalanan menuntut pampasan daripada Presiden Malaysian Buskers Club (Mybc), Wady Hamdan gara-gara penyertaan mereka ke World Art Games (WAG) di Zagreb, Croatia dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Jelas Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, individu yang dikenali sebagai Wady itu telah berjanji dengan sejumlah 120 pemuzik jalanan untuk membawa mereka menyertai suatu pertandingan di peringkat antarabangsa dengan membawa nama Malaysia.

"Setelah kesemua pemuzik itu bertungkus lumus melakukan persiapan dan menolak tawaran kerja lain selama dua bulan untuk memberi fokus kepada pertandingan tersebut, tiba-tiba mereka diberitahu semuanya tidak benar.

"Jadi pihak yang kini menjadi mangsa telah memohon bantuan daripada Karyawan untuk membantu mereka menyelesaikan kemelut ini," katanya.

Freddie berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Freddie, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku apatah lagi menjelang sambutan perayaan Aidilfitri kerana wang yang dijanjikan tersebut merupakan punca pencarian mereka.

Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah hampir 99 pemuzik jalanan ini
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez berjanji untuk membantu menyelesaikan masalah hampir 99 pemuzik jalanan ini
Kesemua pemuzik yang terlibat sebelum ini dijanjikan elaun sebanyak RM5,000 seorang atas penyertaan mereka ke WAG namun setelah dua bulan melakukan pelbagai persiapan, mereka diberitahu pada saat akhir penyertaan mereka dibatalkan.

Oleh yang demikian, pihak pemuzik tersebut menuntut wang pampasan atas kerugian yang dialami mereka sebanyak RM3,000 seorang dan bagi membuktikan tuntutan mereka itu serius, sebanyak 20 laporan polis telah dibuat oleh 99 kumpulan pemuzik tersebut.

Wakil kumpulan itu yang juga merupakan bekas setiausaha Mybc, Mahathir Abdul Rahim, 42, pula berkata, tuntutan yang dikemukakan pihak mereka itu dirasakan berpatutan dengan kerugian yang ditanggung mereka setelah dua bulan melakukan persiapan dan peralatan muzik mereka diambil.

"Kami bukan sahaja kerugian daripada masa persiapan dan latihan selama dua bulan, kami juga rugi apabila peralatan kami disimpan pihaknya lebih kurang dua minggu dengan alasan untuk dihantar ke kargo sebelum berlepas ke Croatia.

"Disebabkan itu juga kami tidak dapat melakukan sebarang persembahan yang seterusnya menyebabkan pendapatan kami terjejas, apatah lagi dengan kehadiran bulan Syawal tidak lama lagi," katanya.

Jelas Mahathir lagi, akhirnya hanya seramai enam pemuzik yang dihantar menyertai pertandingan tersebut, di samping beberapa pegawai yang turut dihantar ke sana.

Oleh yang demikian, Karyawan dan kumpulan pemuzik jalanan itu memberikan tempoh masa dua minggu kepada Wady selaku ketua kontinjen pasukan Malaysia ke pertandingan tersebut.

Jika tidak ada sebarang jawapan, artis jalanan ini akan mengambil tindakan selanjutnya, termasuk tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis atau mengemukakan saman. - Utusan Malaysia.


VIDEO PERTUNJUKAN PENGHIBUR JALANAN SEMASA FESTIVAL MUZIK

+Mohd Rohaizad berharap Presiden MYBC Wady Hamdan membayar kembali ganti rugi kepada penghibur jalanan yang menuntut wang hak mereka yang telah terabai. Sudahlah dua bulan membuat latihan untuk ke festival luar negara, duit penghibur jalanan pun Wady Hamdan hendak songlap? Peruntukan dana yang diberikan hendaklah dipulangkan kepada yang berhak, diharap Wady Hamdan letak jawatan selepas ini, selalu menimbulkan masalah kepada penghibur jalanan, beri kepada mereka yang berhak untuk memimpin MYBC. Terima kasih kepada presiden Karyawan yang berusaha membantu penghibur jalanan, mana persatuan yang lain? Senyap jer presiden Seniman Zed Zaidi, nak kena ikut prosedur juga ke kes ini? Lembab macam siput kalau nak harap persatuan seni yang lain..

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

WADY HAMDAN DITUNTUT GANTI RUGI PENGHIBUR JALANAN By Mohd Rohaizad. Published: 1.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...