CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

ZIZAN RAZAK AJAK DATING, EMMA MAEMBONG


Terbaru Artis Jelita Emma Maembong Diajak Dating Oleh Zizan Razak!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com terkini dimaklumkan gosip artis pasangan kekasih yang disensasikan bersama pelawak hebat Zizan Razak dan Emma Maembong seksi hot diajak dating bersama! Dimanakah Zizan dan Emma dating ya? Sudah tentulah temujanji mereka di kampung halaman masing-masing sempena hari raya Aidilfitri di Terengganu! Adakah Zizan dan Emma serius bercinta? Tidak pasti, melainkan tuan empunya diri mengaku!

Kekasih Zizan Razak Emma Maembong
Pasangan Kekasih Zizan Razak dan Emma Maembong
Pasangan Kekasih Zizan Razak, Emma Maembong

Sukar untuk manusia menyorok bahasa tubuh, lebih-lebih lagi kalau mereka itu pasangan kekasih. Perkara inilah yang terlihat apabila (Gambar Foto) Zizan Razak dan (Gambar Foto) Emma Maembong dipertemukan dalam satu sesi fotografi khas bagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Biarpun sebarang pe­ngesahan konkrit mengenai status hubungan mereka belum pernah terpacul daripada mulut kedua-dua pihak yang lebih selesa membiarkan ia menjadi spekulasi bertebaran, sentuhan mesra berbaur sayang tetap tergambar daripada gerak laku dan renungan mata mereka. Zizan dan Emma bercinta?

Bagaimanapun, me­nyedari mereka sentiasa diperhatikan, Zizan dan Emma kadangkala cuba mengawal pergerakan mereka. Apa yang pasti, Zizan walaupun selalu memberikan ‘all out’ ketika di pentas, namun untuk bercerita soal hati, ia tidak sama sekali. Dia memang kuat berahsia!

Mungkin juga Zizan memiliki pendirian tegas tidak mahu berbicara berlebihan mengenai sesuatu hal yang belum pasti. Emma yang mula mencuri perhatian ramai kerana bakat dan kecantikan yang dimiliki, juga sama seperti kebanyakan wanita lain, lebih suka pihak lelaki yang membuat pengesahan.

Sekadar mengimbas gosip yang pernah menghimpit Zizan dan pelakon tidak kurang menawan, Juliana Evans, bintang Hantu Kapcai itu lebih senang menyifatkan hubungan mereka sebagai teman tapi mesra saja.

Terkini Emma Maembong Seksi Hot Artis Kacukan Inggeris
Terkini Emma Maembong Seksi Hot Artis Kacukan Inggeris
Zizan Razak Suka Gadis Kacukan

Namun, andai menghalusi selera Zizan yang semacam lebih tertarik kepada gadis-gadis berdarah kacukan, tidak mustahil Emma adalah ‘type’ gadis idamannya.

Sejauh manapun spekulasi yang ingin dibuat, ia tidak boleh disahkan selagi tuan punya badan belum bersedia atau mahu membuat sebarang kenyataan rasmi. Kita juga tidak boleh memaksa.

Pun begitu, bercakap sebagai seorang lelaki normal, Zizan atau nama sebenarnya, (Foto) Mohd Razizan Abdul Razak, 29 tahun, akui gadis secantik Emma pastinya ingin dimiliki mana-mana lelaki sebagai kekasih atau isteri.

“Saya perlulah realistik dalam hal ini. Kalau bukan saya sekalipun, mana-mana lelaki pasti akan jatuh hati melihat Emma kerana dia cantik. Sifatnya juga sangat feminin.

“Mengenali Emma sepanjang dia menjadi artis naungan Wire Fame Entertainment (WFE), saya juga sifatkan dia seorang yang senang untuk berurusan, mende­ngar kata dan tidak mendatangkan masalah.

“Sikap Emma itu menambah lagi tarikan yang pada dirinya selain paras rupa menawan. Alhamdulillah, artis WFE yang lain seperti Johan As’ari, Cha Cha Maembong dan Kaka Azraff, semuanya menyenangkan hati saya. Saya bertuah kerana mempunyai artis baik dan berbakat seperti mereka.

“Berbalik pada isu antara saya dan Emma, sesiapapun wanita yang tertulis untuk saya termasuklah dia (Emma), saya akan terima dengan hati terbuka kalau itu sudah jodoh. Kita faham jodoh itu urusan Allah SWT.

“Cuma, saya punya pendirian, kalau sesuatu perkara itu benar-benar sudah pasti, barulah lebih elok diceritakan kepada umum. Jika tidak, lebih baik ‘zip’ saja mulut kerana kalau tak jadi nanti, diri sendiri juga yang malu!” kata Zizan yang semakin pandai menyusun kata.

Emma Maembong Pakai Tudung Bertudung Hijab
Emma Maembong Pakai Tudung, Bertudung Hijab
Emma Maembong Malu Bincang Soal Cinta

Emma atau (Foto) Fatimah Rohani Ismail, 21 tahun, sebagaimana nama yang tercatat dalam kad pe­ngenalannya, bersetuju dengan pendapat Zizan, untuk tidak membicarakan soal hati jika perancangan ke satu fasa yang serius belum pernah dibincang­kan.

“Emma masih lagi muda, baru 21 tahun dan masih bersemangat untuk mengejar cita-cita selain mahu menimba sebanyak mana pengalaman yang boleh.

“Tidak dinafikan jodoh tidak mengenal usia tetapi selagi kita hanya bersahabat dan tidak punya perancangan ke arah yang lebih serius, baiklah kita elak bercerita.

“Namun begitu, Em­ma akui Zizan antara kawan lelaki yang Emma rapat ketika ini. Apatah lagi, sebagai majikan Zizan sa­ngat mengambil berat kebajikan artis naungannya. Zizan dan pengurusnya, Kak Marina Juki serta Abang Faliq melayani kami seperti keluarga mereka.

“Kalau hendak cakap soal tarikan, siapa yang tidak suka Zizan Razak? Dia suka sangat buat lawak dan menghiburkan orang, semestinya gadis dan wanita suka akan lelaki yang boleh menceriakan hari-hari mereka.

“Bukan itu saja, saya lihat satu kualiti yang amat bernilai dalam diri seorang lelaki seperti Zizan apabila tahu menghormati orang tua.

“Zizan sangat menghormati dan menyayangi ibunya. Saya percaya, kalau dia berkahwin nanti, dia akan berbuat hal yang sama kepada isterinya juga anak-anak kerana ibu dan ayahnya berjaya mendidiknya sebagai seorang yang berbudi bahasa,” katanya.

Zizan Razak Emma Maembong Raya Di Terengganu
Zizan Razak dan Emma Maembong Raya Di Terengganu

Zizan Razak, Emma Maembong Rai Aidilfitri Di Terengganu

Zizan dan Emma yang meraikan Aidilfitri di kampung halaman masing-masing di Terengganu, ditemui sempena rakaman program Diva@1, Diva Raya Bersama Wire Fame Entertainment.

Program itu bakal ke udara pada 18 Ogos ini jam 12.05 tengah hari di TV1. Ia menjalani rakamannya di suite mewah terletak di tingkat 38, PNB Darby Park Executive Suites.

Menghala perbualan pada topik kerjaya, sepanjang Aidilfitri, Zizan kini muncul dalam program raya seperti animasi, Smurfs 2, pada hari raya pertama, Karlos Raya TV3 dengan menjadi bintang undangan, Melodi Raya, Fuyoo Raya dan Kecoh Pengacara Beraya.

Emma pula, bakal mencuit perasaan penonton menerusi dua telemovie dan salah satu daripadanya Menantu Raya yang akan disiarkan TV3 pada raya kedua, jam 10.30 pagi diikuti Satu Hari Di Hari Raya, pada raya keempat, jam 4 petang. - MyMetro.


Gosip Artis Emma Maembong

Emma Maembong Profil? Emma Maembong Instagram? Emma Maembong dan Fazreen Rafi? Emma Maembong Biodata? Emma Maembong Facebook? Emma Maembong Family? Emma Maembong Tidak SPM? Emma Maembong Tak Sekolah? Emma Maembong Gwiyomi? Anda Peminat Emma Maembong?


VIDEO EMMA MAEMBONG SEKSI HOT PHOTOSHOOT

+Mohd Rohaizad tidak pasti sama ada +Zizan Razak dan +Emma maembong benar-benar bercinta seperti pasangan kekasih, ramai yang gembar-gembur mengenai gosip percintaan artis ini. Namun itu tidak mustahil kerana masing-masing masih single dan belum ada declare tentang pasangan kekasih mereka, masih dalam proses mengenal hati budi sebelum benar-benar mengumumkan di media, takut malu cinta bertepuk sebelah tangan. Ada juga yang menggatakan, Zizan Raja Lawak melibatkan gosip percintaan sedemikian untuk menaikkan nama Emma Maembong dan Cha Cha Maembong dalam dunia hiburan? Betul Ke Zizan Razak? @ZizanRazak @EmmaMaembong #ArtisBercinta #GosipArtis

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ZIZAN RAZAK AJAK DATING, EMMA MAEMBONG By Mohd Rohaizad. Published: 9.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...