CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

ADAM AF2 DAN FIZA ELITE BERKAHWIN


Terkini Isu Kontroversi Artis Adam AF2 dan Fiza Elite Sedia Berkahwin Dalam Masa Terdekat!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan dengan berita baik mengenai cerita artis yang telah berhijrah iaitu Adam AF2 dan Fiza Elite akan berkahwin dalam masa terdekat, dijangka pada hari khamis ini jika tidak mempunyai sebarang halangan dengan majlis pernikahan segera. Gosip sensasi yang timbul apabila ramai berpendapat status janda Fiza Elite mungkin akan memberi masalah kepada jejaka teruna iaitu Adam. Adakah anda mampu memikul tanggungjawab selaku suami dan bapa sedia ada kepada dua orang anak Fiza? Ikuti penjelasan Adam AF2 mengenai majlis perkahwinannya bersama Fiza Elite.

Adam dan Fiza Selamat Menjadi Suami Isteri
Adam dan Fiza Selamat Menjadi Suami Isteri
Adam AF2 dan Fiza Elite Sedia Berkahwin
Adam AF2 dan Fiza Elite Sedia Berkahwin
Status Janda Fiza Diterima Adam

Penyanyi Adam AF2 mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon (Gambar Foto) Fiza Elite.

Adam atau nama sebenarnya (Gambar Foto) Mohd Aizam Mat Saman, 30 tahun, berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anak selebriti tersebut.

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya sudah bersedia insyaAllah, harap semua piahk dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," kata Adam AF2 yang membuka pusat rawatan Islam kepada wartawan, di sini, Selasa.

Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita pernikahanya yang bakal diadakan pada Khamis ini di Jabatan Agama Islam Selangor pada pukul 10 pagi.

Biarpun baru mengenali wanita tersebut pada pertengahan Julai lalu, Adam berkata, dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Fiza sebagai isterinya yang sah.

Fiza Elite dan Anak-Anak Terima Adam AF2
Fiza Elite dan Anak-Anak Terima Adam AF2
Adam Jatuh Cinta Dengan Fiza Elite

"Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia kearah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya.

"Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," kata Adam AF2 yang pernah kena boikot dalam program Mentor.

Fiza yang kini sudah berhijrah dengan memakai tudung pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata iaitu (Photo) Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3 tahun, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 2 tahun.

Tambah Adam, walaupun pada awalnya ibu agak risau dengan status Fiza yang juga merupakan seorang selebriti, namun tanggapan itu mula berubah selepas kedua-duanya dipertemukan.

Keluarga Adam Terima Fiza Elite
Keluarga Adam Terima Fiza Elite
Keluarga Adam Terima dan Merestui Hubungan Dengan Fiza Elite

"Ibu saya mula-mula risau sebab takut Fiza tidak boleh terima keluarga kami, maklumlah kami bukan golongan kaya dan hanya tinggal di kampung.

"Tapi selepas membawa Fiza bertemu dengan keluarga pada Hari Raya lalu, semua keluarga saya menyukai dia," katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata majlis pernikahannya akan dijalankan dalam keadaan yang sederhana yang hanya dihadiri kedua-dua belah pihak keluarga.

Bagaimanapun, majlis persandingan masih belum ditetapkan. - Mstar Online.

Terbaru: Adam dan Fiza Selamat Bergelar Suami Isteri

Selasa lalu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 tahun, mengejutkan dunia hiburan dengan berita bakal menamatkan zaman bujangnya dengan aktres berstatus ibu tunggal, (Gambar Foto) Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama Fiza Elite, 32 tahun.

Lebih mengejutkan, kedua mereka tidak pernah digosipkan bercinta tetapi mengambil keputusan untuk berkahwin setelah dua bulan berkenalan secara rapat.

Pasangan sama cantik sama padan itu memilih tarikh 26 September (semalam) untuk disatukan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam dengan mas kahwin RM300 bersama hantaran sepersalinan lengkap.

Hanya dengan sekali lafaz, mereka selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim dan dihadiri keluarga kedua pihak.

Menurut Adam, hubungan mereka mula serius selepas dia menyapa Fiza melalui pesanan ringkas Ramadan lalu kemudian mengambil keputusan untuk bertemu.

Malah, perubahan Fiza setelah berhijab membuatkan hatinya terpikat kerana ia merupakan ciri-ciri utama wanita pilihannya.

"Pertemuan pertama setelah Fiza berhijab benar-benar beri kesan kepada saya. Selepas pulang dari perjumpaan itu, saya sering teringatkan dia sehingga saya berdoa dan mohon petunjuk Ilahi.

"Apabila wajahnya muncul dalam solat, saya yakin dia jodoh saya dan terus melamarnya pada pertemuan ketiga," katanya.

Majlis Akad Nikah Adam dan Fiza
Majlis Akad Nikah Adam dan Fiza
Adam, Fiza Saling Melengkapi

Bergelar pengantin baru dan juga bapa 'segera' kepada dua cahaya mata hasil perkahwinan lalu Fiza bersama bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin, bukanlah tanggungjawab yang sukar buat penyanyi yang pernah bernaung di bawah KRU Records ini.

Menurut Adam, sepertimana hatinya terbuka menerima Fiza, seperti itulah dia menerima kehadiran Ferra Aryana 5 tahun, dan Feeya Adyrra, 4 tahun, dalam hidupnya.

"Alhamdulillah... sebelum bergelar suami, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak Fiza.

"Pengalaman menjaga adik-adik sejak kecil akan saya manfaatkan selepas ini. Insya-ALLAH, tiada masalah untuk menjaga mereka berdua," katanya. Ditanya mengenai reaksi ibunya, Adam berkata, pada mulanya ibunya agak terkejut dengan keputusannya untuk mengahwini Fiza.

"Mulanya ibu ada bertanya sama ada saya mampu menjaga seorang wanitayang sudah mempunyai dua anak.

"Tapi hati saya sudah terpaut dan status bukan penghalang untuk kami mengecap bahagia," ujarnya. Adam berkata, dia juga belum lagi merancang destinasi bulan madu sebaliknya ingin fokus kepada majlis resepsi pihak lelaki di Kota Kinabalu, Sabah.

Jelasnya, majlis tersebut bakal diadakan di rumah ibu saudaranya, tanpa upacara persandingan sebelum Aidiladha nanti.

Adam dan Fiza Enggan Terus Hanyut

Adam yang kini dilihat sudah berhijrah mendalami ilmu agama, mengakui semakin tenang dan mengharapkan perkahwinannya bersama Fiza itu melengkapkan lagi kehidupannya.

"Usia sudah meningkat dan saya tidak mahu terus hanyut dengan dunia penuh glamor.

"Saya sedar dulu budak nakal dan jahil dalam agama. Sekarang ini saya mahu kuatkan benteng agama dan kini sedang mendalaminya," kata Adam.

Bagaimanapun, jelas Adam, dia tidak akan menghalang Fiza untuk terus berlakon. Namun sebagai isteri, dia mahu Fiza menjaga batas-batasnya.

"Selagi ia tidak melanggar hukum agama, saya benarkan. Tapi saya tak sanggup melihat isteri saya dalam adegan bersentuhan dengan mana-mana lelaki," ujar Adam yang akan menetap bersama isteri serta anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Masih meneruskan karier seninya seperti biasa, Adam memberitahu, dia bakal melancarkan single terbarunya, Penggoda Jiwa yang ditujukan khas buat isteri tersayang.

"Ia berkisar bagaimana seorang wanita yang mampu membuatkan lelaki menjadi sasau apabila dilamun cinta. "Tidak dinafikan, ia juga sebagai simbolik cinta kami kerana lagu ini ditujukan istimewa buat Fiza," katanya.

Fiza Elite dan Anak-Anak Terima Adam Sebagai Suami dan Bapa Tiri
Fiza Elite dan Anak-Anak Terima Adam Sebagai Suami dan Bapa Tiri
Fiza Semakin Tenang Disamping Adam

Sementara itu, Fiza menjelaskan bahawa dia tidak menjangka jodohnya dengan penyanyi kelahiran Sabah itu. Apatah lagi anak-anaknya juga sangat selesa bersama Adam sejak pertama kali dipertemukan.

Jelas Fiza, sebelum berkahwin lagi, kedua puterinya memanggil Adam dengan panggilan Abi menunjukkan mereka sudah menerima Adam sebagai bapa mereka.

"Anak-anak saya seronok bersama dia (Adam). Tak sangka mereka serasi dan selesa bermain dengan Adam. "Ketika Adam melamar, saya juga tidak sangka dia betul-betul serius dan menerima status saya dengan seadanya," katanya.

Fiza berkata, dia juga semakin tenang sejak bertemu dengan Adam, malah mengharapkan perkahwinannya kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

"Saya tertarik dengannya kerana dia banyak bagi nasihat dalam agama sebab itulah saya tidak teragak-agak menerima
lamarannya. "Saya juga percaya dia mampu membimbing saya dengan baik," katanya. - Sinar Harian Online.

BIODATA ADAM AF2 PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA


Adam AF2 Twitter

Adam AF2 Instagram

Adam AF2 Video Keek Youtube Blog Akaun Laman Sosial


ADAM AF2 NASIHAT ARTIS YANG BERHIJRAH

+Mohd Rohaizad lihat Adam AF2 memang banyak berubah dan sudah pun berhijrah ke artis Islamik. Malah Adam sudah pun tidak bergiat dalam dunia seni seperti dahulu. Bagi peminat Adam tentu tahu yang dia sudah pun mempunyai pusat rawatannya sendiri. Malah Adam turut bergiat cergas dalam memberi motivasi dan takzirah kepada anak-anak yatim, pelajar sekolah dan banyak lagi. Kami selaku peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat Adam AF2 dan Fiza Elite andai mereka berdua ditakdirkan untuk menjadi suami dan isteri. Adam memang calon suami yang baik kerana sanggup bernikah, redha dan sedia menerima Fiza yang berstatus janda. Tentu ramai tidak menjangkakan Fiza menerima Adam kan? Penulis pun begitu juga, maaf andai kami tersalah sangka sebelum ini. Tahniah dan semoga berlangsung dengan jayanya majlis pernikahan mereka khamis nanti kami ucapkan kepada pasangan Adam dan Fiza. Selamat pengantin baru buat Adam dan Fiza. #AdamFizaKahwin

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ADAM AF2 DAN FIZA ELITE BERKAHWIN By Mohd Rohaizad. Published: 25.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...