CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ANUAR ZAIN SUNTIK MUKA KEKAL KACAK


Terkini Artis Anuar Zain Suntik Muka Untuk Kelihatan Kacak Tampan Awet Muda!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com kembali selepas bercuti panjang dengan melihat drama dan filem tanpa henti sehingga terlupa update blognya. Aduh.. sudah 10 hari tak kemaskini blog. Sorry, Gome, Minta Maaf kepada peminat blog ini. Baiklah, kali ini kisah atau cerita artis lelaki idaman Malaya, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain yang sanggup menyuntik wajahnya dengan pelbagai ubat-ubatan untuk kekal awet muda, tampan dan kacak selalu didepan para peminatnya. Anda peminat Anuar Zain? Walaupun sudah berusia, Anuar Zain tetap maintain muka dengan rawatan yang mahal. Kira maintainance tinggi jugalah, ingat perempuan saja boleh? Ikuti penjelasan kenapa Anuar Zain suntik dan rawat wajahnya.

Anuar Zain Suntik Muka Kekal Kacak
Anuar Zain Suntik Muka Untuk Kekal Kacak
Wajah Anuar Zain Disuntik Vitamin C, Botox?

Melihat penampilan (Gambar Foto) Anuar Zain, 43 tahun, pasti ramai mengakui penyanyi popular ini tidak dimakan usia. Dia sentiasa mempesona dengan senyuman menawan.  Tidak seperti sesetengah selebriti lain, Anuar Zain sangat berterus-terang tentang penjagaan kesihatan serta rutin penjagaan wajahnya.

Menurut pemilik nama Shahrul Anuar bin Zain ini, dia banyak mengambil suplemen untuk memastikan tubuh badan mendapat khasiat yang diperlukan. Selain itu, dia juga mengakui membuat suntikan vitamin C , kolagen dan sel stem.

“Apabila sudah menginjak ke usia 40-an kita memang kena mengamalkan pengambilan suplemen dan jaga kesihatan kulit. Saya memang agak bertuah kerana tidak menghadapi masalah kulit. Mungkin kerana saya mengikut mak dan ayah. Kedutan di wajah tidak nampak ketara walaupun sudah berusia. Kata Anuar Zain yang pernah gosip dibomohkan Rohila Tahir ini.

Tips Anuar Zain Buat Rawatan Muka Selalu

Bagaimanapun, saya juga buat rawatan wajah bagi memastikan kulit sentiasa sihat. Paling penting, buat suntikan vitamin C dan kolagen. Terbaru, saya mencuba suntikan sel stem. Semua rawatan ini saya buat secara berjadual. Memang pada peringkat awal kena buat secara kerap, tetapi selepas itu tidak perlu. Hanya buat apabila perlu,” ujar Anuar yang enggan mendedahkan jumlah perbelanjaan rawatan wajahnya kepada umum.

Anuar Zain Seksi Hot Artis Lelaki Malaysia
Anuar Zain Seksi Hot Artis Lelaki Malaysia
Fesyen Gaya Anuar Zain - Pentingkan Jenama

Dalam masa yang sama, Anuar juga sempat berkongsi cerita tentang citarasanya dalam berfesyen. Jelas Anuar dia bukan seorang yang mementingkan jenama. Sebaliknya, selesa mengenakan sebarang jenama asalkan potongan pakaian itu sesuai untuk digayakannya. 

“Tujuh atau lapan tahun lalu memang saya penting jenama. Tetapi kini tidak lagi.  Asalkan bersesuaian dengan saya, saya akan pakai. Jenama tidak penting,” ulas Anuar Zain yang pernah menerima Anugerah Khas Oxford.

Anuar Zain Tak Kisah Tak Kahwin Tiada Anak

Sementara itu, Anuar juga sempat berbicara soal jodoh. Jelas pelantun lagu ‘Lelaki Ini’, bukan dia tidak mengimpikan sebuah perkahwinan, tetapi sehingga kini jodohnya masih belum sampai.

“Saya bukan tidak mahu berkahwin, tetapi jodoh saya masih belum sampai. Memang mak dan ayah juga selalu bertanya. Ayah juga ada juga cadangkan beberapa nama, tetapi saya tidak mahu kerana saya tidak kenal dengan mereka. Malah, ada juga makcik-makcik atau peminat yang hendak jodohkan saya dengan anak mereka, tetapi saya tidak mahu.

Kalau ditakdirkan saya tidak berkahwin dan tidak punya anak sampai ke tua, saya redha. Saya tidak takut tidak ada orang yang akan menjaga saya. Rumah orang-orang tua kan ada. Saya boleh masuk ke rumah orang-orang tua dan dijaga sana. Saya tidak kisah. Saya tidak  melihat kemasukkan ke rumah orang-orang tua itu sebagai satu masalah. Di sana ramai kawan-kawan dan kita juga akan dijaga dengan baik,” ulas Anuar. - Portal Gua Online.

BIODATA ANUAR ZAIN ARTIS SELEBRITI LELAKI MALAYSIA



Anuar Zain Instagram Keek Akaun Laman Sosial


ANUAR ZAIN 'AJARI AKU' VIDEO MUZIK OFFICAL DOWNLOAD

+Mohd Rohaizad cukup kagum dengan artis Anuar Zain yang mempunyai auranya yang tersendiri. Tidak dapat dinafikan Anuar Zain merupakan antara selebriti yang cukup mengancam kepada para peminatnya terutama peminat wanita. Namun yang menjadi persoalannya, kenapa Anuar Zain terus kekal bujang dan tidak mahu berkahwin? Suara-suara liar banyak mengaitkan Anuar Zain GAY dan tidak mencintai gadis seperti lelaki normal. Betul ke kata-kata liar sebegitu? Bagi penulis, Anuar Zain pandai menjaga dirinya dan bukan popular dengan gosip dan kontroversi murahan seperti artis lain. Untuk kekal kacak, tampan dan awet muda, Anuar Zain sanggup suntik muka dengan pelbagai ubat kerana wajah amat penting dalam indutri seni kita. Orang kita lebih suka melihat wajah, badan terlebih dahulu sebelum bakatnya. Itulah yang peliknya, bagi penulis, Anuar Zain mempunyai pakej yang lengkap, semoga beliau bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai buat dirinya. Siapakah gadis yang bertuah, yang dapat menambat hati Anuar Zain? Adakah anda yang beliau cari? #AnuarZain #HeroMalaya

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ANUAR ZAIN SUNTIK MUKA KEKAL KACAK By Mohd Rohaizad. Published: 18.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...