CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

BUKA AIB ROZITA CHE WAN GAGAL NIKAH


Terkini Isu Kontroversi Rakan Buka Aib Keburukan Rozita Che Wan Untuk Gagalkan Pernikahan!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan cerita gosip artis terbaru mengenai Rozita Che Wan yang telah dibuka aib tantang keburukannya oleh rakan terdekatnya sendiri untuk sabotaj dan gagalkan majlis pernikahan dengan Zain Saidin! Aib Rozita Che Wan apa yang telah dibongkarkan untuk pengetahuan bakal suaminya iaitu Zain Saidin? Sudah tentu kisah lama, skandal yang melilit Rozita Che Wan suatu ketika dahulu. Keburukan kelemahan yang diketahui hanya oleh individu-individu terdekat sahaja tahu mengenai Rozita Che Wan. Adakah Zain Saidin ambil kisah? Mampukah pasangan ini kekal bahagia? Ramai yang cuba gagalkan perkahwinan mereka menjadi realiti, jadi tidak hairan jika Rozita Che Wan dan Zain Saidin berjaya nikah pun akan ada yang cuba untuk ceraikan mereka! Ikuti penjelasan Rozita Che Wan berhubung dengan isu kontroversi ini.

Lawak Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Lawak Terkini Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Majlis Ijabkabul Rozita Che Wan dan Zain Saidin Dinantikan Peminat

Mungkin rata-rata masyarakat dan peminat sudah tidak sabar menyaksikan detik bahagia pasangan selebriti, (Gambar Foto) Rozita Che Wan dan Zain Saidin, diijabkabulkan.

Memilih Disember tahun ini sebagai tarikh untuk disatukan, baik Zain mahupun Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 40 tahun, masing-masing inginkan persiapan yang terbaik untuk majlis itu.

Pun begitu, sebagai selebriti terkenal, mereka tidak terlepas daripada sebarang dugaan mahupun kata-kata orang yang tidak merestui hubungan mereka.

Malah sebelum ini, Zain, 29 tahun, pernah didatangi individu yang terang-terangan membuka aib Che Ta dan menceritakan keburukan aktres itu untuk menggagalkan perkahwinan mereka.

Kawan Buka Aib Rozita Che Wan Depan Zain Saidin

Bertanya kepada Che Ta mengenai perkara itu, pelakon Kiah Pekasam ini tidak cepat melatah, malah seakan sudah lali dengan kontroversi yang menimpa dirinya.

"Sebenarnya, mereka semua tu dengki. Saya sendiri tak tahu apa motif dia untuk memburukkan saya kepada Zain.

"Apa yang penting, semua itu tak pernah menjadi 'kudis' buat kami. Malah, saya percaya, kesetiaan dan kepercayaan Zain pada saya tidak pernah berubah.

"Kami dah letih nak layan karenah manusia yang macam ni. Tak boleh lihat orang lain bahagia. Namun, apa nak buat, manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain," kata Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang sambut raya di Kedah dan Perlis pada tahun ini.

Kawan Bongkar Aib Rozita Che Wan Untuk Gagalkan Pernikahan
Kawan Bongkar Aib Rozita Che Wan Untuk Gagalkan Pernikahan
Hak Rozita Che Wan Untuk Berfesyen Ketat Terlampau

Bukan sahaja sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, malah Che Ta juga turut dilabel sebagai selebriti yang sering menggayakan pakaian sendat dan seksi.

Tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara itu, Che Ta menganggap ianya sebagai lumrah dunia selebriti yang sentiasa dilihat dari sudut negatif.

"Biarlah apa orang kata pasal saya, saya malas nak komen banyak-banyak. Yang penting saya tahu apa yang saya buat.

"Ini adalah hak masing-masing dalam berfesyen. Saya akui, memang saya sering menggayakan pakaian sendat tapi bersebab.

Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Untuk Kesan Gemuk

"Menerusi baju yang saya pakai, saya dapat monitor diri saya sama ada berat saya naik, ideal atau makin kurus. Kalau saya rasa ketat, maknanya saya semakin gemuk dan perlu menurunkan berat badan asal.

"Lebih-lebih lagi, rumah saya tak ada penimbang, jadi dengan cara inilah saya boleh tahu mengenai perubahan bentuk badan saya," katanya yang begitu teliti mengenai penjagaan badan dan kesihatan. Rozita Che Wan dan Zain Saidin turut membuat pertandingan biskut sempena majlis perkahwinan mereka.

Bertanya mengenai persiapan perkahwinan, akui Che Ta, masing-masing belum berkesempatan untuk meluangkan masa bersama untuk berbincang mengenai perkara ini.

"Buat masa ini, memang kami tak sempat nak berbincang lagi. Masing-masing sibuk dengan penggambaran.

"Saya serahkan semua tugas-tugas dan kerja perkahwinan ini kepada pengurus saya. Mungkin kami akan curi-curi masa yang ada untuk duduk berbincang memandangkan masa yang ada tinggal beberapa bulan lagi," katanya yang bakal menunaikan umrah di Makkah bersama Zain selepas berkahwin nanti. - Sinar Harian Online. 

BIODATA ROZITA CHE WAN SEKSI HOT PROFILE ARTIS TOP MALAYSIA



Rozita Che Wan Keek Blog Akaun Laman Sosial


ROZITA CHE WAN TERBARU HIAS MUKA DEPAN NONA SEPTEMBER 2013

+Mohd Rohaizad tidak menafikan setiap orang mempunyai kisah silam dan aib yang tersendiri. Ada aib yang boleh dijadikan teladan dan ada juga yang wajib disembunyikan. Aib Rozita Che Wan dibuka oleh rakan terdekatnya sendiri kepada bakal suaminya Zain Saidin cukup gundah dibuatnya, mana tidaknya, jika Zain Saidin termakan kata-kata individu yang dimaksudkan itu, maka majlis pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin tidak akan dapat dilangsungkan pada hujung tahun ini. Begitulah cabaran bagi mereka yang cukup dikenali oleh masyarakat, perlu menjaga diri sebaik mungkin untuk mengelakkan kata-kata buruk dan liar dilemparkan. Apa aib buruk yang dilontarkan oleh rakan Rozita Che Wan tersebut? Skandal lama Rozita Che Wan dengan VIP? Perbezaan umur Rozita Che Wan dan Zain Saidin ialah 11 tahun, mampukah pasangan ini kekal lama dalam rumahtangga? Ramai peminat berpendapat, pasangan popular ini tidak akan kekal lama dalam rumahtangga mereka kerana beberapa faktor untuk Rozita Che Wan dan Zain Saidin bercerai adalah tinggi. #RozitaCheWan #ZainSaidin @ZainSaidin @RozitaCheWan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

BUKA AIB ROZITA CHE WAN GAGAL NIKAH By Mohd Rohaizad. Published: 21.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...