CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

FIDA IBRAHIM DISINGKIR AF2013, RAIH UNDI AWAL


Terkini Isu Kontroversi Artis Fida Ibrahim Disingkir AF2013 Kerana Cuba Raih Undi Awal!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan cerita gosip artis baru meningkat naik iaitu Fida Ibrahim telah disingkir keluar AF2013 kerana cubaan untuk meraih undi simpati awal dari peminatnya dalam program realiti Akademi Fantasia. Berita tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak, sudah tentu Fida Ibrahim kecewa kerana tidak berjaya masuk program realiti yang dianggap sudah berkubur kerana tidak sehangat seperti permulaan dahulu. Rata-rata artis Akademi Fantasia, hanya berapa kerat yang masih kekal dalam industri hiburan, manakala yang lain hanya sekadar memenuhkan dalam senarai peserta yang bertanding. Pelbagai kisah hangat Fida Ibrahim yang tidak padam-padam dengan kontroversi seperti pakai baju seluar ketat, berlagak diva, cuba cari publisiti, percintaannya dan banyak lagi. Ikuti temubual bersama Fida Ibrahim yang sedih kerana dibuang kerana dianggap main kotor dan tidak bersikap adil serta profesional dalam program tersebut.

Fida Ibrahim Disingkir AF2013
Fida Ibrahim Disingkir AF2013
Fida Ibrahim Terkejut Dibuang AF2013 Kerana Bocor Rahsia

Angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba timbul cerita me–ngaitkan punca penyanyi dan pelakon jelita, (Gambar Foto) Rafidah Ibrahim atau Fida tidak terpilih untuk bersaing dalam program realiti popular, Akademi Fantasia 2013 (AF2013).

Fida berkata, dia memang pergi menghadiri uji bakat AF2013, tetapi tidak pernah mencanang mengenai penyertaannya dalam uji bakat itu kepada media dan ia diketahui selepas gambarnya disiarkan sebuah portal hiburan.

Bahkan, katanya, gambar itu diperoleh daripada laman Instagram rasmi AF2013. Justeru, dia sangat terkejut apabila dirinya dikaitkan tersingkir daripada menjadi peserta program itu.

Malah, Fida juga terkejut apabila dirinya dikaitkan tersingkir kerana sudah mengatur strategi untuk meraih undi awal.

“Seperti yang saya akui kepada media sebelum ini, memang saya menghadiri uji bakat AF2013. Namun saya tak pernah tahu yang diri ini turut layak dipilih ke peringkat Top 24. Kata Fida Ibrahim yang baru lari dari berlakon telefilem pengarah Shuhaimi Lua kerana enggan masuk hutan demi faktor keselamatan.

Fida Ibrahim Terkejut Tidak Terpilih Masuk AF2013
Fida Ibrahim Terkejut Tidak Terpilih Masuk AF2013
Fida Ibrahim Cuba Sensasikan Diri Untuk Layak Masuk AF2013

“Apatah lagi, ulasan saya kepada media juga umum dengan menceritakan pengalaman saya yang sudah tiga kali mencuba nasib di uji bakat AF.

“Saya juga sekadar berkongsi tujuan sebenar untuk mencuba nasib dalam AF 2013 kerana mahu mendapatkan peluang menimba ilmu dalam program itu,” katanya.

Menurut Fida, dia juga tidak pernah memuat naik gambar di laman Instagram miliknya termasuk mengemas kini status Facebook untuk memberitahu kepada masyarakat mengenai pembabitannya dalam sesi uji bakat AF2013.

Mengakui dia menyimpan harapan untuk dipilih bersaing dalam AF2013, tetapi sehingga ke saat akhir pada tayangan Konsert Prelude Top 24, Fida bagaimanapun sedar dia tidak terpilih.

“Jadi, saya terima dengan hati terbuka. Apapun, ingin saya tegaskan bahawa memang tak pernah terniat dalam hati ini untuk mengatur strategi meraih undi awal. Isu kontroversi Fida Ibrahim pakai baju ketat masih tidak dapat dilupakan oleh peminatnya.

Fida Ibrahim Cuba Sensasikan Diri Dalam AF2013
Fida Ibrahim Cuba Sensasikan Diri Dalam AF2013
Fida Ibrahim Sebar Gambar AF2013 Untuk Atur Strategi Raih Undi

“Malah, ingin ditekankan juga macam mana saya boleh dikatakan cuba meraih undi awal, sedangkan hakikatnya saya tak pernah tahu atau menerima jawapan diri layak disenarai ke peringkat Top 24,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penjelasannya, Fida berkata, dia berbuat demikian kerana sangat terkejut apabila tiba-tiba dirinya dikaitkan dan AF2013 pun sudah berlangsung di televisyen ketika ini.

Mengimbas semula berita itu, ia melaporkan risik-risik daripada orang produksi AF2013 sendiri yang memberitahu mengapa wanita berusia 27 tahun yang namanya disebut-sebut itu akhirnya tidak terpilih dan disingkirkan lebih awal.

Bahkan, alasan diberi membabitkan Fida yang dikatakan suka membuat ulasan selari setiap pembabitannya dalam AF2013 dengan tujuan meraih undi awal. Sedangkan dalam AF2013, rahsia sangat penting. Malah, tiada seorang pun pihak luar yang boleh mengetahui pembabitan mereka dalam rancangan itu. - Harian Metro.


LIVE FIDA IBRAHIM, AC MIZAL, STELLAR BAND 'APO KONA EH JANG'

+Mohd Rohaizad tidak jangka Fida Ibrahim disingkirkan awal dari masuk top list Akademi Fantasia 2013. Difahamkan kontroversi panas timbul kerana Fida Ibrahim cuba mengatur strategi awal untuk raih undi awal. Sudah tentu hal ini tidak adil bagi para peserta lain yang turut cuba nasib dalam program realiti AF 2013. Khabar angin ini diperkuatkan lagi apabila terdapat desakan pihak dalaman untuk buang nama Fida Ibrahim yang dianggap membocorkan maklumat awal tentang Akademi Fantasia yang sepatutnya dirahsiakan oleh para peserta yang terlibat. Jadi untuk tindakan adil bagi semua pihak, Fida Ibrahim disingkirkan untuk elak kontroversi timbul dan merosakkan program AF2013 yang cuba meraih perhatian peminat yang semakin muak dengan program realiti yang entah apa-apa. #FidaIbrahimDisingkirAF2013

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FIDA IBRAHIM DISINGKIR AF2013, RAIH UNDI AWAL By Mohd Rohaizad. Published: 29.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...