CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FOUZIAH GOUS, ZHAFRAN


Gambar Foto Majlis Perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran. Tahniah!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dan para peminat dunia hiburan mengucapkan TAHNIAH buat Fouziah Gous dan Zhafran yang baru melangsungkan majlis perkahwinan, akad nikah dengan jayanya dan dengan sekali lafaz sekarang mereka bergelar suami dan isteri. Pasangan ini sudah tekad dan sepakat untuk bernikah setelah masing-masing mengambil keputusan untuk segera mendirikan rumahtangga idaman mereka. Sudah jodoh bagi pasangan ini untuk bersama. Apa komen Iqram Dinzly, bekas kekasih Fouziah Gous? Jangan keluar air mata ya nyah. Ikuti gambar foto pasangan pengantin baru Zhafran dan Fouziah Gous yang cantik dan anggun gaya seperti ala Hindustan.

Gambar Majlis Perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran
Gambar Majlis Perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran
Majlis Pernikahan Fouziah Gous dan Zhafran Berjalan Lancar

Ikatan pertunangan selama tiga bulan antara pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, (Gambar Foto) Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof akhirnya hubungan pasangan dua sejoli ini termetrai sebagai suami isteri yang sah apabila Fouziah selamat bergelar suri hati ahli perniagaan dan perunding keewangan ini, dengan hanya sekali lafaz sekitar jam 9.45 malam, tadi.

Akad nikah disempurnakan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Petaling, Ustaz mohd Sujak Hj. Mohd Dasuki. Dan berwakil walikan abang pengantin perempuan, Abdul Wahab Mohd Gous dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam. 

Fouziah dan Zhafran (Zhaf), sama-sama umur 30 tahun pada 2013, Zhaf telah memberikan mas kahwin sebanyak RM1,112. Manakala wang hantaran RM50,000. Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Fouziah Gous dan Zhaf sudah nekad berkahwin pada tahun ini.

Majlis Persandingan Fouziah Gous dan Zhafran
Majlis Persandingan Fouziah Gous dan Zhafran
Hantaran RM50,000 Untuk Akad Nikah Artis Fouziah Gous

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula berupa sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Zhaf menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian Fouziah pula menyarungkan cincin kepada suaminya.
Majlis Akad Nikah Fouziah Gous dan Zhafran Yusof
Majlis Akad Nikah Fouziah Gous dan Zhafran Yusof Di Instagram
Tema Perkahwinan Wedding Fouziah Gous Ala Pakistan Hindustan

Majlis yang berlangsung serba ringkas tapi meriah ini bertemakan ala Pakistan, sentuhan oleh perunding perkahwinan Naz Great Idea. Menyaksikan pasangan mempelai mengenakan busana tradisional Pakistan berona putih. Sudah tentu Iqram Dinzly kecewa melihat bekas kekasihnya Fouziah Gous cantik berpakaian pengantin malam ini.

Turut di hadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.

Fouziah Gous Sah Menjadi Isteri Zhafran
Fouziah Gous Sah Menjadi Isteri Zhafran
Majlis Ulangtahun Perkahwinan Ibubapa Pengantin Lelaki

Lebih istimewa tarikh keramat yang menyatukan pasangan ini adalah bersempena tarikh ulangtahun perkahwinan ibu bapa pengantin lelaki yang ke-40, iaitu Hj. Yusof Ismail dan Hjh. Normah Ali.

Majlis persandingan Fouziah dan Zhaf yang juga bertemakan tradisi Pakistan akan diadakan pada minggu hadapan iaitu pada 29 September di Hotel J.W Marriot, Putrajaya. Disusuli pula dengan majlis menyambut menantu bertemakan Songket Tradisional akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Fouziah dan Zhaf telah mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu dan majlis diadakan di restoran Asmara Pencahala, Sungai Penchala. 

Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung, sejak enam bulan lalu. - Malaysian Digest.


VIDEO MAJLIS PERNIKAHAN FOUZIAH GOUS DAN ZHAFRAN

+Mohd Rohaizad akhirnya Iqram Dinzly kecewa dan merana kerana lama bercinta tetapi bekas kekasihnya Fouziah Gous memilih orang lain sebagai suaminya iaitu Zhafran. Selepas hanya berberapa bulan bercinta dan bertunang, pasangan ini nekad untuk mendirikan rumahtangga tanpa berlengah lagi seperti Iqram Dinzly yang didakwa GAY atau NYAH oleh beberapa peminatnya. Dengan sekali lafaz, Fouziah Gous secara sah telah menjadi isteri kepada Zhaf. Majlis akad nikah pasangan mempelai ini berjalan dengan baik dengan majlis berinai ala Pakistan. Cantik kan gambar pasangan suami isteri Zhaf dan Fouziah Gous yang turut berpakaian ala Hindustan! Tahniah kami para peminat ucapkan kepada pasangan baru selamat diijabkabulkan ini! Cantik dress wedding Fouziah Gous. :)  #FouziahGousWedding

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FOUZIAH GOUS, ZHAFRAN By Mohd Rohaizad. Published: 21.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...