CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GOSIP ADI PUTRA CURANG TERHADAP AIDA YUSOF


Terkini Isu Kontroversi Gosip Artis Adi Putra Terhadap Isterinya Aida Yusof!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan gosip artis tampan berbadan sasa Adi Putra dikatakan curang dan menjalin hubungan sulit, skandal bersama isteri orang lain sehingga disiasat oleh Aida Yusof! Rumahtangga Adi Putra menjadi tumpuan sekali lagi kerana sebelum ini gara-gara orang ketiga membuatkan hubungan pasangan ini hampir bercerai-berai namun Adi Putra menarik balik permohonan cerai. Diakui ramai gadis, perempuan yang tergila-gilakan Adi Putra, tidak hairan isteri orang pun sanggup curang jika sudah minat kan? Yang menjadi masalahnya apabila ramai heboh menggatakan si Adi Putra membalas cinta terlarang tersebut. Ikuti penjelasan isterinya Aida Yusof berhubung dengan isu terbaru tentang keluarga mereka.

Adi Putra Curang Terhadap Isterinya Aida Yusof
Adi Putra Curang Terhadap Isterinya Aida Yusof
Adi Putra Curang dan Bersama Perempuan Lain?

Biarpun rumah tangganya kini sekali lagi dilanda ujian, isteri kepada pelakon (Gambar Foto) Adi Putra, Aida Yusof menegaskan kontroversi ini tidak akan sesekali menggugat keharmonian hubungan mereka. 

"Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. 

"Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya," ujar Aida Yusof yang hampir bercerai dengan Adi Putra kerana perempuan lain yang dipetik daripada Berita Harian. 

Gambar Adi Putra Bersama Isterinya Aida Yusof
Gambar Adi Putra dan Isterinya Aida Yusof
Adi Putra Enggan Komen Isu Jalin Hubungan Dengan Wanita Lain

Selain itu, Aida juga menjelaskan tindakan Adi mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen mengenai perkara ini adalah kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis. 

Sebelum ini, industri seni digemparkan dengan berita Adi Putra yang telah menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Malah lebih memeranjatkan, Adi didakwa bertukar gambar dan kata-kata lucah bersama wanita yang baru dikenalinya selama seminggu itu. - Sumber Media Hiburan Online.

Adi Putra Bakal Kena Penjara Jika Bersalah

Laporan wartawan hari ini menyebut, pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya", katanya.

Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.

Adi Putra dan Nora Danish Intim Bersama
Adi Putra dan Nora Danish Intim Bersama
Skandal Adi Putra Hantar Gambar Lucah, Alat Sulit

"Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.

Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang. - Harian Mentro.

Adi Putra dan Rita Rudaini Dikaitkan Bercinta
Adi Putra dan Rita Rudaini Dikaitkan Bercinta
BIODATA ADI PUTRA PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA



Adi Putra Twitter

Adi Putra Instagram Video Keek Blog Akaun Laman Sosial


ADI PUTRA DAN AIDA YUSOF NYANYI BERSAMA BUAT PEMINAT

+Mohd Rohaizad tidak terkejut dengan gosip artis Adi Putra menjalinkan hubungan dengan wanita lain kerana Adi Putra memang berkemampuan. Cuma yang menjadi persoalan, siapakah isteri orang yang dimaksudkan dan dikaitkan dengan Adi Putra? Pelakon kacak ini memang menjadi tarikan, ramai gadis yang berebutkannya walaupun sudah tahu dia beristeri dan mempunyai anak. Sebelum ini Adi Putra dan Aida Yusof hampir bercerai gara-gara orang ketiga. Adakah krisis rumahtangga Adi Putra akan bergegar sekali lagi dengan gosip skandal hubungan sulit bersama isteri orang lain yang melanda dirinya? #AdiPutra 

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GOSIP ADI PUTRA CURANG TERHADAP AIDA YUSOF By Mohd Rohaizad. Published: 7.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...