CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

GOSIP KHALWAT NAD ZAINAL DAN AZWAN KOMBOS


Terkini Isu Kontroversi Gosip Khalwat Nad Zainal dan Azwan Kombos?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan cerita gosip artis comel Nad Zainal dan kekasihnya Azwan Kombos berkhalwat atau skandal bersekedudukan dalam satu rumah. Berita skandal sulit mereka berdua tersebar apabila beberapa peminat yang mengenali mereka berdua mengintip, dan mendakwa sudah beberapa kali terserempak Nad Zainal dan Azwan Kombos bersama di dalam rumah ketika ibubapa Nad Zainal tiada. Betulkah berita sensasi yang didakwa oleh peminat Nad Zainal tersebut? Ikuti penjelasan Nad Zainal mengenai isu dia berkhalwat dengan Azwan Kombos ini.

Skandal Artis Nad Zainal dan Azwan Kombos Berkhalwat
Skandal Artis Nad Zainal dan Azwan Kombos Berkhalwat
Gosip Terkini Nad Zainal 2013

Sejak mula memilih untuk menceburi bidang seni pada 2007, (Gambar Foto) Farah Nadia Zainal Abidin, atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal sudah menyedari banyak halangan dan dugaan yang perlu dia tempuhi.

Namun dia yang ketika itu baru berusia 17 tahun, tidak peduli dengan cabaran yang datang, sebaliknya bertekad untuk membawa bakat yang ada ke lapangan yang benar.

Bahkan dia juga tidak kisah apabila perlu bermula dari bawah - meniarap, merangkak dan bertatih demi cintanya terhadap bidang seni.

Seperti yang di duga, ketika namanya semakin dikenali, Nad dikatakan mula menyombong dan bersikap kurang ajar dengan media.

Namun perkara itu akhirnya selesai selepas pasangan bercinta Nad Zainal dan Azwan Kombos memberi penjelasan.

Penjelasan Skandal Nad Zainal dan Azwan Kombos Bersekedudukan

Itu cerita tahun lalu. Tahun ini, Nad sekali lagi teruji apabila keterbukaannya berkongsi kisah cintanya dengan pendatang baru dunia lakonan, (Gambar Foto) Azwan Kombos menimbulkan cerita yang lebih mengaibkan - 'Nad dan Azwan bersekedudukan'!

Akui terpukul dengan tuduhan yang tidak berasas itu, Nad berkata, keterbukaannya sebelum ini memberi satu pengajaran yang cukup berguna buatnya.

Gambar Nad Zainal Comel Bertudung
Gambar Nad Zainal Comel Bertudung
"Saya sudah memberi penjelasan sebelum ini dan sekali lagi ingin saya tegaskan, saya dan dia tidak pernah bersekedudukan apatah lagi saya tinggal bersama keluarga.

"Memang benar Azwan ada datang ke rumah saya tetapi ketika ibu bapa saya ada di rumah. Malah ada ketikanya jika saya habis penggambaran lewat malam, dia juga yang akan menghantar saya pulang, tetapi dia terus sahaja pulang selepas itu.

Nad Zainal Kesal Cerita Tidak Benar Tersebar

"Saya akui agak kesal dengan pihak yang menyebarkan cerita yang tidak benar mengenai diri saya. Jadi selepas ini, saya tidak mahu lagi bercerita mengenai kehidupan peribadi saya.

"Tiada lagi kisah cinta, kekasih atau apa sahaja selepas ini. Cukuplah dengan apa yang terjadi. Sememangnya fokus utama saya adalah karier dan biarlah cerita yang keluar selepas ini berkisar hal kerjaya saya sahaja.

"Saya akui agak marah pada mulanya. Tapi saya sedar inilah dugaan sebagai anak seni dan saya perlu hadapinya. Namun, tajuk cerita tersebut bagai cuba disensasikan dan akhirnya terlihat seperti saya yang melakukan.

"Jika saya orang biasa pun, dan hanya akan baca tajuk saja, saya sudah memberi satu pandangan yang buruk terhadap artis terbabit," ujarnya.

Nad Zainal dan Azwan Kombos Serius Bercinta
Nad Zainal dan Azwan Kombos Serius Bercinta
Sokongan Peminat dan Keluarga Nad Zainal

Nad berkata, dia bersyukur kerana di sebalik kontroversi yang berlaku, dia mempunyai keluarga dan peminat yang begitu setia menyokongnya dari belakang.

"Keluarga saya adalah individu yang paling banyak memberi kata-kata perangsang, apatah lagi saya masih baru dan masih mentah dalam industri seni.

"Peminat juga ada yang memahami dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada saya," katanya.

Rezeki Nad Zainal dan Azwan Kombos Mencurah

Menurut Nad, semenjak Kampung Girl ditayangkan, perhatian sudah kembali terarah kepadanya dan tawaran yang diterima juga semakin banyak.

Bagaimanapun dek komitmen terhadap pementasan teater Maduku... Kalut, segala tawaran untuk telefilem dan drama bersiri hanya dapat dibuat sebaik tamat pementasan.

Nad berkata, biarpun fokus utamanya adalah bidang lakonan, namun dia sebenarnya menyimpan impian untuk mengacara program pengembaraan atau makanan.

"Jika ada rezeki, saya sudah bersedia untuk mengacara. Walaupun ada sesetengah artis tidak suka mengacara program makanan kerana khuatir gemuk, tapi bagi saya itu adalah sebahagian daripada cabarannya," kata Nad Zainal yang pernah terasa lambat popular suatu ketika dahulu. - Sinar Harian.

Biodata Profile Nad Zainal Seksi Hot Artis
Biodata Profile Nad Zainal Seksi Hot Artis
BIODATA NAD ZAINAL SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA

Nama Sebenar : Farah Nadia Binti Zainal Abidin
Nama Komersial: Nad Zainal, Nadia Zainal
Pendidikan: Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Tempat Lahir : Kajang,Selangor
Kerjaya : Pelakon Drama, Iklan dan Teater
Teater: Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda, Makyong Sindo
Iklan: SimplySity dan Simple 5


Nad Zainal Video Keek Blog Akaun Laman Sosial


NAD ZAINAL COMEL 'GWIYOMI'

+Mohd Rohaizad tunggu bila agaknya artis Nad Zainal dan Azwan Kombos akan berkahwin ya? Pasangan ini diakui saling bercinta setelah masing-masing sudah bertemu dengan keluarga mereka. Gosip sensasi timbul disebabkan ramai orang memerhati perlakuan Nad Zainal dan Azwan Kombos sehingga berlakunya salah faham apabila kononnya hanya mereka berdua sahaja yang berada dalam rumah pada masa kejadian tersebut berlaku. Padahal telah dimaklumkan oleh Nad Zainal yang Azwan Kombos datang semasa ibubapa Nad ada di dalam rumah. Oleh itu skandal kononnya Nad Zainal dan Azwan Kombos berkhalwat atau bersekedudukan adalah tidak berasas ya. Good luck kepada pasangan kekasih Nad Zainal dan Azwan Kombos dalam mengharungi dunia percintaan mereka berdua. #NadZainal #AzwanKombos

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

GOSIP KHALWAT NAD ZAINAL DAN AZWAN KOMBOS By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...