CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

ISU YASMIN HANI TAYANG PERUT BUNTING


Terkini Isu Kontroversi Artis Yasmin Hani Tayang Perut Bunting Ala Barat!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan gosip artis terbaru Yasmin Hani yang hamil atau mengandung ini telah tayang perut bunting ala barat dengan gaya yang cukup seksi hot. Foto-foto ini telah disebar untuk menunjukkan perut Yasmin Hani telah dicorak dengan warna bunga dan tumbuh-tumbuhan seperti budaya barat. Ramai peminat telah komen secara negatif, malah ada yang mengutuk dan mengkritik tindakan Yasmin Hani yang dianggap keterlaluan ini. Adakah anda dapat menerima gaya Yasmin Hani mengandung sebegini? Adakah gaya maternity ini menjadi cara ibu-ibu di Malaysia apabila mereka mengandung nanti?

Yasmin Hani Hamil Tayang Perut Bunting Dicorak Warna
Yasmin Hani Hamil Tayang Perut Bunting Dicorak Warna
Foto Perut Yasmin Hani Dilakar Ala Barat

Hari ni kecoh bila semua rakan wartawan sibuk memperkatakan mengenai foto-foto (Gambar Foto) Yasmin Hani tayang perut buntingnya setelah ianya tersebar dengan begitu meluas di laman sesawang.

Pada mulanya kami hanya dengar sahaja mereka bercerita, tetapi lama-kelamaan kami jadi tak senang duduk pula bila tak melihat gambar-gambar tersebut. Jadi, kami pun mulalah mencari ia di laman carian Google.

Terkejut juga kami apabila melihat foto-foto yang tersebar itu kerana Yasmin Hani hamil begitu seksi dan kelihatan seperti dia hanya berseluar dan bertiub hitam yang hanya menutupi buah dadanya sahaja. Perutnya ditayang serta dilukis cantik seperti bentuk dedaun.

Yasmin Hani Hot Seksi Artis Malaysia
Yasmin Hani Hot Seksi Artis Malaysia
Yasmin Hani Dikutuk Kerana Foto Mengandung Terlampau

Jika dilihat memang sangat comel kerana kami memang suka lihat wanita mengandung. Tetapi tindakannya itu ternyata silap kerana foto Yasmin Hani terlampau hot itu telah dikritik dan dikecam oleh peminat terutama golongan Melayu di beberapa ruangan laman sesawang kerana mereka merasakan caranya itu tidak sopan dan tidak melambangkan budaya Melayu dan agama Islam.

Namun, dari apa yang kami dengar, sebenarnya foto itu merupakan sesi fotografi untuk kehamilannya di sebuah studio. Tapi, tak tahu bagaimana ianya boleh tersebar dengan begitu meluas sedangkan Yasmin sendiri tidak memuat naikkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial miliknya. Biasalah, orang kita ni, kalau perkara seperti itu laju sahaja tersebar. - Portal Murai Online.

Yasmin Hani Hamil Mengandung Seksi Hot
Yasmin Hani Hamil Mengandung Seksi Hot
Penjelasan Yasmin Hani Richardson Berhubung Isu Tayang Perut Hamilnya

“Gambar tersebut adalah untuk koleksi peribadi saya,” ujar pelakon serta pengacara cantik, Yasmin Hani Richardson ketika diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kontroversi miliknya yang kini menjadi bualan hangat di laman-laman blog tempatan.

Gambar yang menampakkan bahagian perut Hani yang kini sedang hamil 32 minggu itu mendapat kecaman serta kritikan teruk daripada peminat, di mana rata-rata mereka mempersoalkan mengenai tindakan pelakon filem ‘Duyung’ itu yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat.

“Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini,” jelasnya seperti yang dilaporkan portal hiburan.

Yasmin Hani Kecewa Peminat Pandang Negatif Isu Perutnya

Dalam pada itu Hani juga meluahkan rasa sedihnya terhadap segelintir masyarakat yang sering berfikiran negatif saja dan suka membuka aib orang lain.

Kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan?  Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini,” luah Yasmin lagi.

“Saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri. Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja,” ujar isteri kepada pemuzik, Sha’arin Razali ini lagi. - Malaysian Digest.

BIODATA YASMIN HANI RICHARDSON SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI


YASMIN HANI MELETOP TEMUBUAL ARTIS

+Mohd Rohaizad mencari maklumat mengenai gaya yang dibuat oleh Yasmin Hani, style ini memang popular di barat dimana wanita-wanita yang hamil atau mengandung ini menunjukkan perut mereka dicorak warna dengan pelbagai kreativiti pelukisnya. Gaya ini dipanggil maternity dress oleh ibu-ibu yang mengandung menayang perut mereka dengan gaya seni terseniri. Namun di Malaysia, tidak semua dapat menerima budaya ini kerana tidak bercorak ketimuran dan dilarang oleh agama. Jangan tiru gaya Yasmin Hani bagi perempuan yang mengandung ya. #YasminHani @YasminHani

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

ISU YASMIN HANI TAYANG PERUT BUNTING By Mohd Rohaizad. Published: 19.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...