CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

JIMMY SHANLEY KAHWIN JANDA TAYANG ISTERI BARU


Terkini Isu Kontroversi Artis Jimmy Shanley Berkahwin Dengan Janda Secara Sulit?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan cerita sensasi artis Jimmy Shanley telah dikatakan berkahwin secara rahsia dengan perempuan yang berstatus janda sebagai isteri terbarunya. Beberapa gambar ditayang kemesraan Jimmy Shanley dengan seorang wanita dipercayai isteri terbarunya tetapi enggan mengulas dan memperkenalkannya kepada wartawan media untuk dikongsikan bersama para peminatnya. Betul ke khabar angin yang tersebar mengenai status janda isteri Jimmy Shanley? Ikuti penjelasan dan perkembangan terbaru Jimmy Shanley yang banyak menyepi kerana tidak mendapat tawaran sebagai pengacara seperti beberapa tahun yang dahulu.

Jimmy Shanley Kahwin Dengan Janda Secara Sembunyi
Jimmy Shanley Kahwin Dengan Janda Secara Sembunyi
Gosip Sensasi Jimmy Shanley Kahwin Lagi

Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai khabar angin kononnya dia sudah menamatkan zaman duda dengan seorang wanita berstatus janda.

Jimmy atau nama sebenarnya (Gambar Foto) Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33 tahun, berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang jawapan kepada isu tersebut dan tidak kisah jika ada yang terus membuat spekulasi tentangnya.

"Tiada komen. Biarlah rahsia. Terpulang sama ada orang ingin kata saya sedang bercinta atau pun sudah berkahwin. Doakan yang baik-baik untuk saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Jimmy pernah mendirikan rumah tangga dengan (Gambar Foto) Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27 tahun, pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.

Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun.

Jimmy Shanley Enggan Komen Kehidupan Peribadi Kepada Media
Gambar Jimmy Shanley Kahwin Isteri Baru Enggan Komen Kehidupan Peribadi Kepada Media
Jimmy Shanley Enggan Bercerita Tentang Kehidupan Peribadi

Dalam perkembangan sama, Jimmy berkata, dia bukan serik untuk berkongsi kisah peribadinya selepas kemelut rumah tangga bersama Nursuhaila mendapat liputan luas sebaliknya memberitahu perlu menjaga hati banyak pihak.

Jelas Jimmy, dia cuma belum bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar tentang cakap-cakap mengenai dirinya dan hanya akan berbuat demikian apabila tiba masa sesuai.

"Bukan saya serik tetapi cerita tentang rumah tangga dulu baru sahaja reda dan apabila tiba masa sesuai saya sendiri akan jelaskan perkara sebenar," kata Jimmy Shanley yang kurang mendapat tawaran mengacara seperti dahulu.

Dalam pada itu, Jimmy turut enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas isteri berhubung hak lawatan anak mereka yang kini dibawah jagaan Suhaila.

Jelas Jimmy, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai perkata itu kerana bimbang ia akan disalah erti oleh orang lain sehingga menyebabkan ia menjadi kembali kecoh di dalam media.

"Sekarang ini situasi dah reda dan biarlah ia kekal begitu dan bagaimana keadaan hubungan kami atau apa sahaja isu di antara kami saya tidak mahu komen," katanya.

Terbaru Perkembangan Jimmy Shanley 2013
Terbaru Perkembangan Jimmy Shanley 2013
Terbaru Perkembangan Jimmy Shanley 2013

Dalam perkembangan lain, Jimmy berkata, dia baharu sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan di peringkat Sarjana di Universiti Terknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan berhasrat menyambung ke peringkat kedoktoran dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah pengajian sudah tamat dan jika ada rezeki saya berhasrat untuk sambung ke peringkat seterusnya kerana belajar itu tidak rugi dan alang-alang dah sampai ke peringkat Sarjana biarlah sampai habis(kedoktoran)," katanya.

Jimmy sekarang merupakan juruhebah saluran radio UFM yang boleh diikuti di Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM. - Mstar Online.

BIODATA JIMMY SHANLEY PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA



Jimmy Shanley Instagram

Jimmy Shanley Video Keek Akaun Profil Laman Sosial


JIMMY SHANLEY TEMUBUAL PERDANA MENTERI UNTUK RADIO UFM

+Mohd Rohaizad memang melihat banyak perubahan ke atas Jimmy Shanley setelah bercerai dengan bekas isterinya. Jimmy Shanley kini lebih fokus dan bersedia dengan pelbagai persiapan diri dengan berjaya menamatkan pendidikan dalam Sarjana dan mula menjadi deejay untuk radio UFM. Sudah jarang melihat kelibat Jimmy Shanley dikaca televisyen, tidak seperti suatu ketika dahulu kan? Hal ini mungkin disebabkan Jimmy Shanley mahu fokus kepada keluarga baru, dikatakan khabar angin mengenai perkahwinan Jimmy Shanley dengan seorang wanita berstatus janda secara sembunyi yang bakal diumumkan oleh dirinya selepas bersedia untuk berkongsi dengan para peminat dan media. Adakah gosip tersebut itu benar? Jimmy Shanley enggan mengulas dan tidak mahu memberi penjelasan berkenaan dengan isteri baru yang berstatus janda tersebut. #JimmyShanleyKahwin

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

JIMMY SHANLEY KAHWIN JANDA TAYANG ISTERI BARU By Mohd Rohaizad. Published: 24.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...