CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LAGU YUNA DALAM GAME GRAND THEFT AUTO 5


Terkini Lagu Yuna Dalam Game Grand Theft Auto 5 'GTA V'!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com mendapat berita gembira mengenai artis berbakat Yuna, lagunya diremixkan dan dimasuk dalam game permainan terkenal dan terbaru iaitu Grand Theft Auto V (GTA 5)! Permainan ini cukup popular, siapa yang tidak pernah main game ini kira bukan gamer kan? Lagu 'Live Your Life' feat Melo-X Motherland God Mix ini baru diterbitkan. Penulis sendiri main game ini sejak di bangku sekolah lagi bersama-sama rakan di cyber cafe terdekat suatu ketika dahulu. Sekarang sudah ada GTA versi yang kelima, kira banyak permintaan dari peminatnya berjuta-juta kan? Baiklah, cuba dengar lagu Yuna yang dimuatkan dalam permainan GTA 5, best ke tidak? Tidak dinafikan suara Yuna memang ada aura tersendiri, jadi tidak hairanlah kenapa pihak penerbit game ini tidak teragak-agak untuk memuatkan salah-satu lagu dalam permainan GTA terbaru mereka.

Lagu Yuna Dalam Grand Theft Auto 5
Lagu Yuna Dalam Grand Theft Auto 5
Lagu Remix Yuna Feat Melo-X

Yuna sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila lagunya, 'Live Your Live' versi remix telah digunakan sebagai salah satu lagu bagi permainan video Grand Theft Auto 5. 

Menerusi komen-komen di Youtube, ternyata lagu ciptaan Pharell Williams ini mendapat reaksi positif daripada peminat permainan video ini sekali gus nama Yuna menjadi sebutan dan mula dukenali.

Yuna Remix GTA V
Lagu Yuna Feat Melo-X Remix Dalam Game GTA V
Kepada peminat yang ingin mendengar 'Live Your Life (Melo-X Motherland God Mix) ketika bermain GTA V, bolehlah putarkan radio ke Worldwide FM ketika anda sudah di dalam kereta. Enjoy! 

Download Free Game Grand Theft Auto V (GTA 5) Torrent Link


YUNA 'LIVE YOUR LIFE' (MELO-X MOTHERLAND GOD MIX)

+Mohd Rohaizad - Buat peminat Grand Theft Auto di Malaysia tentu terkejut kan, apabila lagu remix Yuna dan Melo-X dalam game GTA V. Bukan senang lagu nyanyian rakyat Malaysia dalam game yang cukup popular ini. Penulis juga pernah main game ini sehingga habis. Bermacam-macam cheat digunakan untuk habiskan mission yang sangat mencabar. Kira kali ini tampil menarik sebab ada suara Yuna dalam game GTA siri kelima. Anda peminat game ini? Tahukah anda Yuna kesunyian di Los Angelas, Amerika Syarikat?  Tahukah anda Yuna dan Qi Razali baru putus cinta, kenapa? #GTA5 #GTAV

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LAGU YUNA DALAM GAME GRAND THEFT AUTO 5 By Mohd Rohaizad. Published: 20.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...