CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

MISLINA MUSTAFFA MURTAD, BERBIKINI BELA ANJING


Isu Kontroversi Artis Mislina Mustaffa Murtad, Berbikini dan Bela Anjing?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com membawa isu kontroversi iaitu cerita gosip artis sensasi Mislina Mustaffa yang didakwa tidak percaya agama atau murtad keluar agama Islam berdasarkan temubualnya yang kritik tentang agama Islam semasa mengikuti kehidupan sebagai gelandangan. Malah dia juga dipercayai berbikini di pantai dan bela anjing yang diberi nama 'Atan' semasa menjadi gelandangan. Ramai yang mendakwa Mislina Mustaffa tidak sensetif dan cuba untuk mencari publisiti untuk bukunya iaitu 'Homeless by Choice'. Ikuti penjelasan artis Mislina Mustaffa berhubung dengan kes kontroversi yang timbul ini.

Mislina Mustaffa Tidak Percaya Agama Islam
Mislina Mustaffa Didakwa Tidak Percaya Agama Islam
Mislina Mustaffa Dituduh Free Thinker, Atheis

Pelakon dan aktivis teater, (Gambar Foto) Mislina Mustaffa tidak mengambil peduli tuduhan kononnya dia tidak percaya kepada agama (free thinker) sejak video wawancaranya yang mempersoalkan mengenai agama Islam tersebar sebelum ini.

Mislina, 40 tahun, berkata, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan meminta masyarakat tidak mengkritiknya tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Saya tidak pernah ambil tahu apa yang orang ingin katakan mengenai saya kerana itu tidak penting. Begitu juga dengan isu tidak percaya pada agama.

"Orang yang membuat tuduhan itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana mereka tidak layak untuk menjatuhkan hukum tanpa menyiasat perkara sebenar," jelasnya kepada wartawan.

Mislina baharu sahaja melancarkan buku pertamanya berjudul Homeless by Choice iaitu catatan tentang pengalamannya hidup tanpa rumah dan sebagai gelandangan selama 630 hari.

Buku tersebut dilancarkan oleh aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir di Publika Solaris Dutamas pada Khamis lalu.

Ia dijual dengan harga RM40.

Homeless by Choice - Mislina Mustaffa Book
Homeless by Choice - Mislina Mustaffa Book
Buku Homeless By Choice 'Mislina Mustaffa'

Dalam perkembangan sama, Mislina berkata, dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan buku tersebut yang banyak menceritakan pengalamannya sepanjang hidup tanpa rumah.

Malah kata Mislina, dia berazam untuk terus menulis selepas ini kerana ia dapat membantunya mengenali diri selain meluahkan tentang pelbagai aspek kehidupan.

"Saya sudah lama berhasrat untuk menulis sebuah buku tetapi tidak mempunyai idea tentang apa yang ingin diperkatakan.

"Pengalaman menjadi gelandangan dan tidak mempunyai rumah memberikan banyak inspirasi sehingga terbitnya buku pertama ini," katanya.

Dalam pada itu, Mislina berkata, dia akan tetap meneruskan hidup sebagai gelandangan dan tidak berhasrat untuk kembali kepada kehidupan normalnya.

Dia juga selesa dengan cara hidup sedemikian yang disifatkan banyak memberi pengajaran dan membuka kebolehan dirinya dalam melakukan sesuatu.

"Saya tidak pernah menetapkan bila saya akan kembali dengan kehidupan normal tetapi buat masa ini saya seronok dan selesa hidup tanpa rumah.

Pengalaman Tidur Tanpa Rumah Selama Dua Tahun
Pengalaman Tidur Tanpa Rumah Selama Dua Tahun
Pengalaman Tiada Rumah Selama Dua Tahun Menginsafkan

"Bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada keadaan dan saya tidak boleh memberi jaminan sampai bila akan menjalani hidup sebegini," jelasnya.

Menceritakan pengalaman hidup sebagai gelandangan, Mislina berkata, dia akan menumpang tidur di rumah kenalan atau orang yang tidak dikenali dan akan meneruskan perjalanan dari satu destinasi ke destinasi lain.

"Sepanjang dua tahun setengah ini saya tinggal di rumah kawan atau pun orang yang tidak dikenali malah pernah tidur di tepi pantai. Pengalaman itu sebenarnya tidak sukar malah cukup menginsafkan.

"Tambahan pula, apabila tidak mempunyai rumah atau harta saya mendapati diri saya tidak lagi terlalu bergantung harap kepada perkara lain tetapi kepada kemampuan diri sendiri dan saya terkejut dengan apa yang sudah saya lakukan sepanjang tempoh tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Mislina berkata, dia masih bergelar pelakon dan ramai pengarah dan pihak produksi yang menawarkan peranan dalam drama atau pun filem.

Bagaimanapun dia kini lebih selektif dengan watak yang diberikan dan hanya akan menerima beberapa projek sahaja dalam masa setahun. - MStar Online.

Mislina Mustaffa Seksi Hot Semasa Gelandangan
Gambar Mislina Mustaffa Seksi Hot Berbikini Semasa Gelandangan
BIODATA MISLINA MUSTAFFA SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI BIOGRAFI

Mislina Mustaffa Wiki Profil

Mislina Mustaffa Facebook Fan Page

Mislina Mustaffa Twitter

Mislina Mustaffa Instagram

Mislina Mustaffa Keek Blog Akaun Laman Sosial


TEMUBUAL MISLINA MUSTAFFA 'GOING HOMELESS' PART 1


TEMUBUAL MISLINA MUSTAFFA 'GOING HOMELESS' PART 2

+Mohd Rohaizad sudah lama mengikuti perkembangan terbaru 2013 mengenai artis Mislina Mustaffa yang dikategorikan antara selebriti yang cukup kontroversi dalam memperkatakan tentang hal agama Islam. Jika anda menonton video temubual Mislina Mustaffa, anda akan perasan kenapa ramai berpendapat dia dianggap sebagai tidak percaya agama atau 'Free Thinker' atau 'Atheis'. Kononnya dengan pengalaman dua tahun sebagai gelandangan sudah cukup untuk dia memperkatakan atau mempertikaikan sesuatu yang berada diluar bidang dia, contohnya dalam hal agama. Penulis tidak menafikan Mislina Mustaffa cuba untuk merasai perasaan dan memperjuangkan mereka yang tiada rumah dan bergelandangan kerana tidak mampu memiliki atau sewa rumah terutamanya di bandar-bandar besar. Bagi yang berminat untuk membaca pengalaman tentang Mislina Mustaffa sebagai gelandangan, boleh baca buku 'Homeless by Choice'. Mislina Mustaffa juga bela anjing semasa hidup bergelandangan mengikut beberapa pendapat blogger. Kenapa Mislina Mustaffa berbikini di pantai tanpa menghiraukan orang ramai? Adakah Mislina Mustaffa murtad dan keluar agama Islam? Itu belum disahkan lagi.. #MislinaMustaffa

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

MISLINA MUSTAFFA MURTAD, BERBIKINI BELA ANJING By Mohd Rohaizad. Published: 21.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...