CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI GOSIP BERKHALWAT


Terkini Isu Kontroversi Artis Nora Danish dan Nedim Nazri Gosip Berkhalwat Di Luar Negara!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan mengenai cerita gosip artis cantik skandal Nora Danish dan anak menteri iaitu Nedim Nazri Aziz didakwa berkhalwat atau bersekedudukan terutamanya apabila ke luar negara untuk bercuti bersama-sama! Betul ke apa yang dituduh oleh beberapa peminat Nora Danish ini? Hal ini dibuktikan gambar foto yang sering dikemaskini oleh Nora Danish yang kelihatan mesra dan rapat seperti belangkas bersama-sama Nedim Nazri. Pasangan panas bercinta ini cukup kontroversi dan khabarnya akan berkahwin dalam masa terdekat apabila keluarga pasangan berdua ini tidak menghalang, malah memberi restu untuk menjalin hubungan yang lebih serius. Ikuti penjelasan Nora Danish mengenai isu gambar panasnya bersama Nedim Nazri dan gosip yang timbul diantara mereka berdua.

Percintaan Nora Danish dan Nedim Nazri Dikritik Peminat
Percintaan Nora Danish dan Nedim Nazri Dikritik Peminat
Nora Danish dan Nedim Nazri Ke Burma, Myanmar

Hubungan aktres seksi, (Gambar Foto) Nora Danish, dengan anak menteri yang bernama Nadem bukanlah perkara baru yang dihidu media mahupun peminatnya sendiri.

Pernah bercuti di Bali sebelum ini, pasangan ini dilihat menghabiskan masa bersama di Myanmar pula.

Bukan berdua sahaja, sebaliknya ia turut disertai keluarga Nora bagi melawat saudara mereka di situ.

Kehadiran Nadem di kampung keluarga Nora Danish itu pastinya menguatkan lagi desas- desus hubungan cinta yang bertaut antara mereka.

Sementelah Nora dilihat begitu terbuka memuat naik gambar kemesraan mereka menerusi laman Instagramnya. Nedim Nazri sekarang menjawat sebagai Pegawai Khas di pejabat bapanya di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Nora Danish dan Nedim Nazri Bakal Berkahwin

"Kalau ada jodoh, Insya-ALLAH. Tapi sekarang ni saya belum memikirkan ke arah itu (kahwin)!."

Demikian reaksi aktres seksi, Nora Danish mengenai hubungannya dengan seorang anak menteri yang dikenali sebagai (Gambar Foto) Nedim Nazri. Kisah kemesraan mereka sering menjadi perhatian dan juga bualan ramai memandangkan pasangan ini sering memuat naik gambar-gambar mesra mereka di laman sosial.  

Meskipun sehingga kini, pelakon Mencari Cinta dan Cuti-Cuti Cinta itu masih belum mengiakan mahupun menafikan hubungan yang terjalin antara mereka, namun dari bibit-bibit kemesraan yang dipaparkan membuatkan ramai yang menganggap mereka sudah bercinta.

Enggan terburu-buru, akui Nora pengalaman lalu membuatkannya lebih berhati-hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua. Bagaimanapun, sekiranya Yang Maha Kuasa membuka pintu hatinya, dia tidak mungkin menolak jodoh yang tiba.

"Saya tak kisah kalau orang anggap kami bercinta. Tapi buat masa ini, saya tak mahu terlalu terbuka dan menghebahkan perkara ini. Lainlah kalau dah pasti kami akan berkahwin. Ketika itu, barulah akan saya kongsikan dengan semua peminat," jelasnya.

Nora Danish dan Nedim Nazri Bercuti di Burma Myanmar
Nora Danish dan Nedim Nazri Bercuti di Burma Myanmar
Nora Danish Dalam Proses Kenal Hati Budi Nedim Nazri

Akui sedang mengenali hati budi masing-masing, Nora berkata, dia sangat selesa mendampingi Nedim. Malah sikap suka bersedekah dan sering melibatkan diri dengan kerja amal membuatkannya semakin mengagumi jejaka itu. Hubungan percintaan diantara Nora Danish dan Nedim Nazri dikatakan cukup serius untuk mendirikan rumahtangga oleh pengkritik seni.

"Kami sering bertemu dalam program-program amal. Dari situ kami mula rapat.

"Lagipun keluarga kami saling mengenali dan berkawan baik," kata bekas isteri Jejai ini.

Ditanya mengenai kemesraan Nedim dengan satu-satunya anak tunggalnya, (Gambar Foto) Putra Rayqal Ramli, kata Nora, anaknya itu sememangnya rapat dengan Nedim memandangkan mereka selalu bertemu.

"Rumah kami sangat dekat. Jadi kami selalu bertemu. Malah anak-anak kami juga selalu bermain bersama," kata Nora yang ditemui dalam majlis pra-tonton filem Lagenda Budak Hostel di Cathay Cineplex, semalam.

Nora Danish Simpati Dengan Isu Rumahtangga Adi Putra

Pernah digosipkan dengan Adi Putra, Nora turut meluahkan rasa simpati terhadap kontroversi yang menimpa aktor kacak itu.

"Sepanjang saya mengenai Adi, dia bukanlah seperti itu dan secara jujurnya saya tak percaya dengan apa yang berlaku.

"Sebagai artis, kita sering terdedah dengan cerita-cerita sensasi seperti ini. Saya juga tidak terkecuali. Namun ia sudah menjadi kebiasaan untuk saya," kata Nora.

Tambahnya, apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya, apatah lagi dia sudah menghormati Adi seperti seorang abang.

"Saya doakan terbaik untuk Adi dan keluarganya, harap mereka tabah menghadapi dugaan ini," katanya.

Berhadapan dengan dunia artis yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah, Nora berkata, dunia hiburan terlalu banyak fitnah dan kontroversi.

"Saya berharap musibah yang menimpa Adi sebagai pengajaran kepada semua orang.

"Sentiasa berhati-hati dengan sekeliling, apatah lagi telefon bimbit kerana cukup mudah untuk menganiaya seseorang dengan pantas," tegas Nora.

Nedim Nazri dan Anak Nora Danish Bermesra
Nedim Nazri dan Anak Nora Danish Bermesra
Nora Danish 'Didera Dalam Bencinta' 

Beralih mengenai karier seninya, Nora kini sibuk mempromosi filem Lagenda Budak Hostel yang menemui penonton bermula hari ini (12 September). Filem arahan Ismail Bob Hashim itu turut menampilkan Along Cham, Along Eyzendy, Epy Raja Lawak, Rahim R2, Pekin Ibrahim dan ramai lagi artis MIG.

Selain itu, Nora juga akan muncul dengan filem terbarunya, Bencinta bersama Farid Kamil dan Qi Razali, yang mengisahkan seorang isteri yang dilanda dilema apabila suaminya berlaku curang dan menderanya setiap masa.

"Kerana filem ini saya terpaksa mempelajari seni mempertahankan diri selama dua bulan.

"Ia satu tempoh yang pendek bagi saya kerana tidak pernah melakukan aksi lasak sebelum ini.

"Namun demi memenuhi watak, saya cuma belajar cara menumbuk dengan betul agar nampak lebih real dalam filem," katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam. - Sinar Harian Online.


Nora Danish Video Keek Akaun Laman Sosial


NORA DANISH 'GAMBAR INSTAGRAM PUNCA KONTROVERSI'

+Mohd Rohaizad cuma mampu mendoakan semoga pasangan yang sedang hangat bercinta Nora Danish dan Nedim Nazri berakhir ke jinjang pelamin. Isu kontroversi yang sensasi ini timbul di antara mereka berdua cukup mengusarkan keluarga masing-masing. Gambar foto yang diupload oleh Nora Danish mengenai kemesraannya bersama anak VVIP iaitu Nedim Nazri membuatkan ramai berpendapat hubungan mereka sangat rapat sehingga ada yang mendakwa gosip berkhalwat dan bersekedudukan terutamanya apabila bercuti di luar negara. Peminat berpandangan Nora Danish dan Nedim Nazri cuba melarikan diri dari mata para media yang mengejar mereka. Adakah pasangan belangkas Nora Danish dan Nedim Nazri betul-betul bersama, berkhalwat atau bersekedudukan? Penulis tidak pasti, tetapi kelihatan Nedim begitu serius dalam mengenali keluarga Nora Danish sehingga sanggup ke Burma untuk berjumpa kaum kerabat datuk neneknya di sana. #GosipNoraDanish

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

NORA DANISH DAN NEDIM NAZRI GOSIP BERKHALWAT By Mohd Rohaizad. Published: 23.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...