CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

STESEN RADIO TOLONG BAYARKAN HUTANG PENDENGAR


Terkini Tawaran Stesen Radio Suria FM Akan Tolong Bayarkan Hutang Para Pendengarnya!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan stesen radio Suria FM telah menawarkan para pendengarnya dengan tolong membayar hutang-hutang bil bagi yang bertuah! Pihak radio Suria FM telah menyediakan RM50,000 untuk melaksanakan misi tolong bayar hutang pendengar-pendegar radio yang setia apabila berjaya menjawab beberapa soalan sebelum pihak radio tolong bayarkan apa jua bil anda. Mana hendak cari pihak radio tolong bayarkan bil-bil anda kan? Sekurang-kurangnya jika berjaya, lepas selesai juga bil untuk sebulan. Ingin cuba nasib? Sila ikuti laman web rasmi radio Suria FM untuk maklumat lanjut dan isi borangnya.

Suria FM Tawar Bayar Hutang Pendengar Radio
Suria FM Tawar Bayar Hutang Pendengar Radio
Suria FM Sediakan Bajet Untuk Bayar Hutang Pendengar Setia

Stesen radio Suria FM mengeluarkan bajet sebanyak RM50,000 demi membantu pendengar-pendengar bertuah membayar hutang menerusi kempen 'Suria Bayarkan'.

Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, bantuan hutang yang dibuat termasuklah bil utiliti, telefon, kad kredit termasuklah bil membeli belah.

"Idea ini sengaja dicetuskan selepas mendapat keluhan pedengar mengenai hutang bil yang perlu dijelaskan.

"Jadi bagi menghargai para pendengar, kami sengaja mengeluarkan sejumlah bajet untuk membantu sesiapa yang bertuah dengan nilai pelaburan kami sebanyak RM50,000," katanya yang ditemui pada acara Hari ABC (A Bit Charity) di The Square, Publika pada Sabtu.

Stesen Radio Pertama Tolong Bayar Hutang Pendengar Radio
Stesen Radio Pertama Tolong Bayar Hutang Pendengar Radio
Isi Borang Di Suria FM Untuk Bayar Bil-Bil Pendengar

Tambah Adiwati, kempen tersebut akan bermula 2 September ini dan berakhir pada 29 September 2013 dimana para pendengar perlu mengisi borang dan memuat naik gambar bil-bil yang mahu kami jelaskan di laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.

Kemudian, pendengar perlu mengikut segmen Ceria Pagi, Ceria Suria atau Santai Ceria dan Ceria Petang untuk mendengar jika nama diumumkan oleh penyampai. Dan pendengar diberi masa 15 minit untuk menelefon Suria FM menerusi talian 03-77242115 dengan mejawab soalan ringkas berkaitan stesen radio tersebut.

Sementara itu, mengenai Hari ABC, ia merupakan sebuah acara kebajikan mengutip dana bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak yatim Al-Nasuha dan Angels Childrens Home di bawah Kumpulan Radio The Star iaitu Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM.

"Pada mulanya kami menyasarkan sebanyak RM23,000 kutipan menerusi pembelian kupon oleh pengunjung dan Alhamdulillah kami berjaya mengumpul lebih daripada sasaran iaitu RM27,000.

Hari ABC Kumpul Dana Kebajikan Anak Yatim Oleh Radio Suria FM
Hari ABC Kumpul Dana Kebajikan Anak Yatim Oleh Radio Suria FM
Hari ABC Kumpul Dana Kebajikan Anak Yatim

"Walaupun hujan lebat, tetapi dianggarkan lebih 5,000 pengunjung yang hadir memeriahkan acara ini," ujar Adiwati.

Dalam pada itu, penyampai-penyampai empat radio berkenaan turut menghiburkan pengunjung dengan persembahan khas masing-masing.

Pelbagai aktiviti menatik turut berlangsung seperti jualan amal dan acara permainan.

Selain itu, barisan artis seperti Prema Yin, ferhad, Nadhira, Reshmoun, Shawn Lee dan Chelsia Ng turut memeriahkan acara dengan persembahan mantap mereka. - Mstar Online.


VIDEO 'APO KONO EH JANG' SECARA LIVE DI SURIA FM

+Mohd Rohaizad seperti ingin mencuba isi borang dan upload bil-bil yang tertunggak di Suria FM. Dengan inisiatif radio yang pertama akan tolong bayarkan hutang-hutang anda! Mana hendak cari kan? Bagi yang berminat boleh ke laman web rasmi radio Suria FM untuk mengetahui syarat-syarat lebih lanjut semasa mengisi borang untuk radio tolong bayarkan hutang bil-bil tertunggak anda. #SuriaFM #RadioBayarHutang

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

STESEN RADIO TOLONG BAYARKAN HUTANG PENDENGAR By Mohd Rohaizad. Published: 1.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...