CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

TEGAR HISAP GAM, ROKOK SEBELUM JADI ARTIS


Terkini Isu Kontroversi Tegar Septian Hisap Gam, Rokok Sebelum Menjadi Artis!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan berita tentang artis kanak-kanak yang terkenal dalam lagu 'Aku Yang Dulu' iaitu Tegar Septian pernah menghisap gam, merokok dan mengemis sebagai penghibur jalanan sebelum menjadi artis popular dan  terkenal kerana bakat luar biasa dalam bidang nyanyian, yang dikesan melalui video YouTube yang dimuatkan oleh penonton yang teruja dengan kelunakan suaranya. Kehidupan di bandar-bandar Indonesia sangat mencabar terutamanya golongan bawahan yang hidup dengan cara mengemis dan menjadi penghibur jalanan kerana tidak mampu bekerja secara biasa. Tidak banyak pekerjaan yang dapat dibuat, malah kanak-kanak ramai yang tidak boleh ke sekolah disebabkan ibubapa yang tidak mempunyai wang untuk membayar yuran persekolahan anak-anak mereka. Disebabkan dibawah umur, kebanyakan budak-budak ini memilih kerjaya pengemis, penghibur jalanan, jual suratkhabar di atas jalanraya adalah seperti lumrah kebiasaan di Indonesia. Adakah situasi begini berlaku di Malaysia? Sudah tentu tidak, tetapi budaya lepak dan merempit pula yang menjadi masalah kepada masyarakat sehingga banyak yang mati sia-sia.. Aduh.. apa aku merepek ini. Ikuti tembual bersama Tegar Septian terbaru mengenai ceritanya ini.

Tegar Hisap Gam Merokok Sebelum Jadi Artis
Tegar Hisap Gam Merokok Sebelum Jadi Artis
Fenomena Tegar Septian Lagu 'Aku Yang Dulu'

(Gambar Foto) Tegar Septian si bintang cilik dari Subang, Indonesia yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Aku Yang Dulu, Tegar berkata, dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui sepanjang menjadi pengamen (penyanyi) jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman. Malah kerja Tegar sebagai pengemis jalanan merupakan kerjayanya sebelum dikesan di dalam video YouTube.

Dek kerana hidupnya yang serba kekurangan, dia terpaksa berhenti sekolah, tinggal dirumah yang hanya berukuran 4x6 meter bersama kedua orang tua serta tiga adiknya. Rutin hariannya, menyanyi dan meminta sedekah di kota Jakarta demi sesuap nasi untuk keluarga.

"Saya jadi pengamen jalanan sejak umur 7 tahun. Kalau sekali ngamen, bisa (boleh) dapat hingga 100,000 rupiah. Tapi pernah juga balik dengan tangan kosong. Tapi kalau dapat wang ngamen, saya buat beli gam dan rokok. Dulu saya suka hidu gam. Saya suka ke siber kafe bersama teman-teman. Hidup di jalanan memang bebas. 

"Tapi sekarang hidup saya sudah jauh berubah. Saya sudah dapat beli rumah dan beli motor. Tapi saya juga cadang mahu beli motor lagi. Saya sudah tidak hidu gam lagi. Sudah berhenti merokok. Saya juga rindu sama teman-teman.

Nasib Pengemis Tegar Septian Berubah Menjadi Terkenal

"Saya tidak pernah sangka nasib saya berubah begini dan saya jadi penyanyi. Capek (penat) juga ya, jadi orang kaya, tapi... ya, Alhamdulillah", petah Tegar berkata-kata saat diajak oleh pihak media berkongsikan tentang perubahan hidupnya kini. 

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 12 tahun, ditemui sewaktu sesi Lepak Santai Tegar & Media, bertempat di Restoran Istana Bambu, petang semalam. 

Daripada seorang pengemis namun dengan bakat luarbiasa yang dimilikinya, ternyata tuah menyebelahi anak sulung dari empat beradik ini. Berbekal kemerduan suaranya, keupayaan bermain piano selain ukelele dan boleh buat magis lantas Tegar sekarang diangkat oleh rakyat Indonesia sebagai seorang penghibur muda yang memiliki masa depan cerah. Malah namanya juga cukup popular di Malaysia. 

Tegar Septian Terima Kritikan Peminat Untuk Majukan Diri
Tegar Septian Terima Kritikan Peminat Untuk Majukan Diri
Tegar Septian Kanak-Kanak Berbakat dan Serba-Boleh

Sementara itu menurut pengurus Tegar iaitu Alfas Hermasyah, dalam ramai-ramai kanak-kanak yang bergelar penyanyi jalanan, dia tertarik dengan Tegar bukan saja kerana bakat serba boleh kanak-kanak itu. Tetapi kerana Tegar juga seorang yang senang menerima kritikan dan mempunyai kesungguhan untuk memajukan diri.  

"Sewaktu saya jumpa dia, dia berusia 9 tahun. Waktu itu hidupnya memang sangat bebas. Tapi mujur dia belum terus terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang lebih buruk seperti menghisap dadah. Selepas membawanya tinggal bersama saya, Tegar diberikan rawatan bagi membuang tabiat menghidu gam dan merokok. 

"Kebetulan saya memang belajar dalam jurusan psikologi jadi saya gunakan pendekatan tersebut  untuk membantunya berubah. Selama tiga bulan, Allhamdulillah dia berubah. Sekarang dia sudah bersih sepenuhnya. Tidak lagi hidu gam dan merokok. Malah kalau dia lihat saya merokok, dia pula yang akan menasihati saya. 

"Selepas memperbaiki imejnya, saya bawa dia ke label muzik. Selain bakatnya, Tegar seorang budak yang baik, boleh menerima kritikan dan ada kesungguhan untuk memajukan diri", kata Alfas yang juga merangkap sebagai bapa angkat Tegar. 

Tegar Septian Si Pengemis Kini Menjadi Artis Popular
Tegar Septian Si Pengemis Kini Menjadi Artis Popular
Album Tegar Septian Berada Di Pasaran Malaysia

Tegar sekarang bernaung di bawah label Harpa Records di Indonesia. Sementara di Malaysia dia bernaung di bawah syarikat Rusa Music. Album sulung Tegar berjudul Tegar and Sahabat sudah pun berada di pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Ogos.

Selain itu, wakil Harpa Records, Donald Dewa Kusumo yang turut hadir memberitahu, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah novel juga filem tentang Tegar. Penggambaran filem tersebut dijangka akan dimulakan pada bulan hadapan. - Malaysian Digest.

BIODATA TEGAR SEPTIAN PROFILE ARTIS SELEBRITI INDONESIA

Nama Penuh: Tegar Septian
Tempat Lahir : Pemalang, Jawa Tengah
Tarikh Lahir : 19 September 2001
Bilangan Adik Beradik : Empat Orang (anak pertama)



Tegar Septian Twitter, Instagram, Keek, Blog Akaun Laman Sosial


TEGAR SEPTIAN LAGU 'PENGAMEN JALANAN' SEBELUM TERKENAL

+Mohd Rohaizad percaya nasib setiap manusia berbeza, ada yang kaya, miskin, hodoh, kacak, cantik dan bermacam-macam lagi tetapi matlamatnya tetap sama kan? Begitulah nasib si Tegar Septian yang hanya menjadi pengemis jalanan suatu ketika dahulu untuk sesuap nasi untuk setiap hari, kini dia sudah menjadi kaya dan terkenal kerana mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia hiburan. Bagaimana pula dengan bakat kanak-kanak di Malaysia? Kebanyakannya hanya berakhir dalam rancangan realiti kerana kepentingan dan keuntungan pihak penerbit program sahaja. Mereka bukan benar-benar mencari bakat yang boleh diketengahkan untuk generasi akan datang. Tetapi hanya mengeksploitasi keadaan dan masa terkini untuk mengaut kemewahan secara pantas. #TegarSeptian #PenghiburJalanan #PengemisJalanan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

TEGAR HISAP GAM, ROKOK SEBELUM JADI ARTIS By Mohd Rohaizad. Published: 22.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...