CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

VIDEO DARK CLOUDS, MOJO 'VIKINGDOM' OST


Terkini Video Dark Clouds - MOJO Filem 'Vikingdom' OST!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan artis kumpulan MOJO telah mengeluar single lagu terbaru iaitu 'Dark Clouds' yang merupakan OST bagi filem antarabangsa 'Vikingdom' yang dikeluarkan oleh KRU yang boleh ditonton secara online di internet YouTube. Apa yang menariknya bagi filem fantasi mitos ala viking yang terkenal dengan dewa 'Thor' ini? Filem Vikingdom mengguna teknik CGI yang canggih untuk memperlihatkan magis-magis yang terdapat dalam film tersebut. Best ke? Itu anda kena tonton sendiri jika ingin tahu, cuba tengok trailer Vikingdom. Ikuti penjelasan group MOJO mengenai lagu terbaru mereka 'Dark Clouds' untuk pasaran luar. 

Dark Clouds By MOJO Vikingdom OST
Dark Clouds By MOJO Vikingdom OST
Single Lagu Terbaru MOJO 'Dark Clouds' Vikingdom OST

Sejak single pertama mereka, Andai Ku Bercinta Lagi berjaya mendapat tempat di hati pendengar tempatan, sejak itulah nama MOJO tidak lagi asing dalam industri muzik tanah air.

Lebih membanggakan, kewujudan single itu juga membawa satu pencapaian yang membanggakan apabila mereka dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 dan seterusnya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25.

Terbaru, MOJO yang mempertaruhkan muzik Synth-Rock ini telah diberi penghormatan untuk menyampaikan lagu tema filem pasaran antarabangsa, Vikingdom yang diberi judul Dark Clouds.

Menurut vokalisnya, Aweera MOJO yang diisytihar bankrap ini, penghasilan single baru itu sedikit sebanyak dapat membantu kumpulan ini untuk terus mencuba nasib dalam pasaran antarabangsa.

Vikingdom Filem KRU Masuk Pasaran Antarabangsa
Vikingdom Filem KRU Masuk Pasaran Antarabangsa
MOJO Cuba Masuk Pasaran Antarabangsa

"Jika sebelum ini kami berjaya menempah nama di Hong Kong Asian-Pop Music Festival (HKAMF 2013), kehadiran single kali ini mungkin dapat membantu kami untuk menembusi pasaran antarabangsa.

"Tambahan pula single kali ini dalam bahasa Inggeris. Single ini juga turut diselitkan di dalam filem Vikingdom yang akan ditayangkan di lebih 80 buah negara mulai September 2013 hingga Mac 2014.

Mengulas lanjut mengenai single baru itu, Aweera memberitahu, single itu adalah merupakan lagu ciptaan Edry Abdul Halim serta liriknya dicipta oleh Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim.

"Buat masa ini single terbaru ini boleh didengar melalui laman YouTube dan pada masa yang sama, ia turut diedarkan secara digital di i-Tunes," katanya. - Sinar Harian Online.

Download Vikingdom Movie Watch Film Online Streaming Youtube Link


VIKINGDOM FILM OFFICIAL TRAILER


DARK CLOUDS - MOJO 'VIKINGDOM' OFFICIAL OST

+Mohd Rohaizad sudah tengok trailer filem Vikingdom yang dibuat oleh KRU, memang nampak menarik dan merupakan filem keluaran Malaysia yang hebat dan boleh memasuki pasaran antarabangsa. Namun demikian filem Vikingdom menggunakan teknik CGI yang terlalu banyak kerana unsur-unsur magis yang banyak digunakan dalam babak filem tersebut. Untuk OST 'Vikingdom' tidak menghampakan oleh kumpulan MOJO, semoga berjaya diucapkan kepada mereka untuk ke pasaran antarabangsa. #Vikingdom #MOJO

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

VIDEO DARK CLOUDS, MOJO 'VIKINGDOM' OST By Mohd Rohaizad. Published: 1.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...