CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

WAN NOR AZLIN ANAK DERHAKA, DISAMAN BAPA


Terkini Isu Kontroversi Pelakon Wan Nor Azlin Digelar Anak Derhaka dan Disaman Oleh Bapanya Sendiri Kerana Harta!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikejutkan dengan cerita gosip hangat tentang pergaduhan artis Wan Nor Azlin dan bapanya sehingga digelar anak derhaka dan disaman oleh ayahnya sendiri mengenai kes harta diheret ke mahkamah. Sebelum ini kes kontroversi Wan Nor Azlin tidak henti-henti dirundung masalah iaitu skandal video seks bersama bekas suami, dikejar hutang ah long, kes masalah keluarga sendiri dan banyak lagi. Ikuti tembual wartawan bersama Wan Nor Azlin yang tetap degil dan tidak kisah peminat gelarnya anak derhaka kerana bergaduh bersama keluarga sendiri sehingga ke kandang mahkamah untuk menyelesaikan kemelut mereka anak-beranak.

Wan Nor Azlin Anak Derhaka dan Disaman Bapa Sendiri
Wan Nor Azlin Anak Derhaka dan Disaman Bapa Sendiri
Gosip Hangat Wan Nor Azlin Disaman Bapa Kerana Rumah

Permasalahan yang melanda pelakon (Gambar) Wan Nor Azlin seperti tiada kesudahannya. Setelah kes dengan bekas suaminya berakhir, kini dia berhadapan pula konflik dengan bapanya kandungnya sendiri, (Foto) Wan Mohd. Husain.

Semuanya berpunca daripada pemilikan sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur apabila bapanya menfailkan saman pada 5 Februari lalu kerana dia enggan keluar daripada rumah berkenaan yang diduduki tidak sampai setahun.

Pelakon itu meluahkan dia tidak kisah dengan segala tanggapan serong masyarakat terhadapnya, meskipun ada yang mahu melabelkannya sebagai anak derhaka.

Ujarnya, segala konflik yang timbul itu merupakan masalah dalaman keluarga. Disebabkan itu dia lebih banyak mendiamkan diri dan enggan memburukkan lagi keadaan.

Ikuti luahan Wan Nor Azlin seterusnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri Mencintamu baru-baru ini.

Gambar Wan Nor Azlin dan Bapanya Dalam Kes Saman
Gambar Wan Nor Azlin dan Bapanya Dalam Kes Saman
Penjelasan Wan Nor Azlin Kes Rebut Harta

Kosmo!: Apabila kisah pergeseran dengan bapa menjadi bualan ramai, adakah ia memberi impak kepada kehidupan anda?

WAN NOR AZLIN: Berkenaan dengan isu ini, impak yang paling ketara sudah tentu melibatkan maruah keluarga. Orang luar boleh bercakap apa sahaja yang disukai, tetapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang berlaku. Apapun label yang diberikan kepada saya sekarang, ia langsung tidak menjadi kudis dalam kehidupan saya. Semuanya ini saya anggap sebagai ujian yang agak berat daripada Allah.

Apakah perkara yang membuatkan anda berasa kecewa?

Secara jujur saya kecewa apabila mengenangkan nasib ketiga-tiga anak saya berbanding diri sendiri. Bayangkanlah, kami tinggal di rumah tanpa bekalan air dan elektrik selama lapan bulan. Lagipun salah seorang anak saya sebelum ini bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sudah tentu sukar untuk dia membuat ulang kaji pelajaran dalam keadaan selesa.

Keluarga Wan Nor Azlin dan Anak-Anak Selepas Bercerai
Keluarga Wan Nor Azlin dan Anak-Anak Selepas Bercerai
Bagaimanakah pula dengan impak terhadap kerjaya lakonan?

Setakat ini tawaran berlakon masih lagi banyak, namun kerisauan itu tetap ada. Tidak dinafikan saya bimbang kalau ada penerbit atau pengarah yang enggan mengambil saya berlakon lagi. Sebelum ini saya pernah melalui zaman kejatuhan kerana kontroversi yang melanda, sehinggakan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Lakonan juga merupakan periuk nasi dan punca rezeki untuk menyara anak-anak.

Mengapakah anda berat membuka mulut apabila diminta memberi komen terhadap permasalahan yang timbul?

Pertama sekali saya telah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Selain itu, saya tidak mahu isu dengan bapa kandung diperbesar-besarkan sehingga menjadi bualan ramai. Tambahan pula masyarakat akan tetap beranggapan seorang bapa betul manakala anak pula bersalah. Cuma, saya berharap supaya orang ramai tidak terus menjatuhkan hukum sebelum mengetahui keadaan dan situasi sebenar.

Skandal Video Seks Wan Nor Azlin Bersama Bekas Suami
Isu Skandal Video Seks Wan Nor Azlin Bersama Bekas Suami
Selain mahkamah, tiadakah jalan lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya?

Itu sahaja jalan yang ada kerana memang tiada pilihan lain yang boleh dilakukan. Lagipun saya hanya inginkan kos perbelanjaan menambah baik rumah tersebut berjumlah RM64,000 dapat dikembalikan semula.

Wang itu sangat penting kerana saya boleh menggunakannya membeli rumah lain atau menyewa untuk tempat saya dan anak-anak berteduh. Sebagai seorang ibu tunggal, saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak-anak.

Adakah anda tidak mahu berbaik-baik semula dengan bapa?

Apa pun yang terjadi dia tetap bapa kandung saya sampai bila-bila. Namun begitu, perkara yang paling mengecewakan saya apabila dia terus berubah setelah berkahwin lain. Ketika masih hidup bersama arwah ibu saya dahulu, sikapnya amat berlainan berbanding sekarang. Itulah yang membuatkan saya masih lagi terus tertanya-tanya dengan perubahan sikapnya itu. - Kosmo!

BIODATA WAN NOR AZLIN SEKSI HOT PROFILE ARTIS SELEBRITI

Wan Nor Azlin Wiki Profil

Wan Nor Azlin Facebook Fan Page

Wan Nor Azlin Twitter

Wan Nor Azlin Instagram

Wan Nor Azlin Video Keek Blog Akaun Laman Sosial


PENGAKUAN WAN NOR AZLIN YANG TERDESAK

+Mohd Rohaizad lama tidak dengar cerita gosip sensasi mengenai artis Wan Nor Azlin, dulu heboh satu Malaysia tentang kes skandal video seks bersama suami tersebar. Kes ah long mencari Wan Nor Azlin sehingga diugut dengan pelbagai cara. Terbaru Wan Nor Azlin dilabelkan sebagai anak derhaka kerana disaman oleh bapanya sendiri berkenaan dengan harta iaitu rumah yang diduduki sekarang milik ayahnya. Wan Nor Azlin telah diheret ke mahkamah kerana enggan keluar dari rumah yang diduduki bersama anak-anaknya. Difahamkan Wan Nor Azlin terpaksa berlakon kembali untuk menyara kehidupannya yang terumbang-ambing selepas bercerai. lebih mengejutkan Wan Nor Azlin tidak kisah digelar anak derhaka oleh orang ramai kerana kesulitan hidupnya memaksa berbuat demikian. Masalah keluarga pun terpaksa dibawa ke kes mahkamah kerana rundingan secara peribadi tidak mencapai kata putus kerana Wan Nor Azlin tetap tidak berganjak untuk keluar rumah milik bapanya. Apa kesudahan kes ini? Bagi penulis, Wan Nor Azlin sudah tentu memikir kesan baik dan buruk berkenaan isu ini, dan keputusannya dijangkan Wan Nor Azlin akan diheret keluar dari rumah tersebut jika terus ingkar oleh arahan mahkamah nanti. #WanNorAzlinAnakDerhaka

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

WAN NOR AZLIN ANAK DERHAKA, DISAMAN BAPA By Mohd Rohaizad. Published: 28.9.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...