CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

Memuatkan ...

FIZO OMAR, KAHWIN MODEL TUDUNG FAREEDA


Terkini Cerita Artis Fizo Omar Memilih Untuk Berkahwin Dengan Model Tudung Fareeda!

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan cerita artis kacak iaitu pelakon dan pengacara Fizo Omar memilih model tudung butik Fareeda yang juga anak kepada pengasas butik tersebut iaitu Mawar Abdul Karim merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Patutlah selalu nampak Fizo Omar di butik Fareeda, rupa-rupanya ada Mawar yang ingin dipetiknya. Fizo Omar akan membuat sidang media tentang mereka dan umumkan tarikh majlis pernikahan mereka berdua tidak lama lagi.

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Rancang Majlis Perkahwinan
Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Rancang Majlis Perkahwinan
Fizo Omar, Mawar Abdul Karim Bersedia Untuk Bernikah

Pernah dikaitkan dengan beberapa wanita sebelum ini, pelakon dan pengacara, (Foto) Fizo Omar, nampaknya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Adik kepada aktres Noniswara ini juga bakal mengadakan sidang media khas bagi membuat pengumuman tarikh pertunangannya dalam masa terdekat.

Majlis Pertunangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim

Pasti ramai yang sudah tahu, Fizo memilih model tudung Fareeda, (Gambar) Mawar Abdul Karim, yang juga merupakan anak pengasas kepada tudung jenama itu, sebagai calon isterinya.

Difahamkan 28 Ogos lalu, keluarga Fizo telah menghantar rombongan merisik. Tahukah anda artis Fizo Omar pernah ditipu dan dianiaya sehingga RM8 juta? - Sinar Harian.

Fizo Omar dan Mawar Bertunang
Fizo Omar dan Mawar Bertunang November Tahun Ini
Fizo Omar, Mawar Bertunang

Pelakon Fizo Omar yang bakal bertunang dengan model tudung Fareeda pada awal November depan memberitahu, dia bakal memberi kejutan khas pada sesi sidang akhbar mengenai perkahwinannya yang dirancang sekitar hujung bulan ini.

Menurutnya yang ditemui pada majlis Usahanita Hot Burger di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Kuala Lumpur baru-baru ini, kejutan itu sudah lama dirancangnya. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran kejutan itu secara terperinci.

“Apa yang boleh saya katakan, bakal ada kejutan, untuk siapa dan apa kejutannya, nantikan pada majlis sidang akhbar pengumuman pertunangan dan perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi. Nama pun kejutan, jika saya beritahu sekarang bukanlah kejutan namanya. Harap semua dapat bersabar,” katanya.

Tambahnya yang bakal bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim iatu anak kepada pemilik tudung Fareeda, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan hubungannya dengan gadis berusia 24 tahun itu.

Hubungan Percintaan Dengan Anak Pemilik Butik Fareeda

Sudah menjadi prinsipnya sejak bergelar pelakon, dia hanya berkongsi kisah kerjayanya sahaja bersama peminat.

“Saya tidak sorok, apa lagi kami akan bertunang kerana itu perkara baik. Cuma saya lebih selesa berkongsi kisah kerjaya dan kisah yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

“Namun, apabila ramai yang sudah tahu, saya kongsikan sahaja mana yang termampu,” ujarnya yang teruja dengan hari bahagianya.

Fizo Omar Terbaru Pakar Motivasi
Fizo Omar Terbaru Pakar Motivasi
Fizo Omar Kini Pakar Motivasi

Disoal tentang persiapan pertunangan, jelas Fizo, kesibukan kerjanya serta Mawar membataskan perjumpaan untuk persiapan pertunangan.

“Cincin sudah dibeli, cuma kami berdua terlalu sibuk. Jumpa pun tidak sempat, semuanya berbincang menerusi telefon sahaja.

“Kadang-kadang sebagai lelaki, saya rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa untuk memilih barang hantaran dan persiapan yang lain bersama. Mawar seorang yang sangat memahami, jadi tidak timbul sebarang masalah di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo mengakui yang dia sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang pakar motivasi pada masa hadapan.

Hot Burger Fizo Omar Luaskan Perniagaan

Bahkan, Fizo yang hangat dengan perniagaan Hot Burger juga bakal mengeluarkan buku autobiografi yang ditulisnya sendiri pada penghujung tahun ini.

“Selepas saya menjalankan perniagaan Hot Burger dan membantu orang lain, secara automatik saya rasa berminat untuk menjadi pakar motivasi dan penulis.

“Saya bukanlah pakar motivasi yang mempunyai ijazah kedoktoran tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam hidup saya sendiri.

“Mungkin pada masa hadapan saya akan sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mempertingkatkan ilmu sebagai pakar motivasi kerana saya seronok dapat memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain,” ucapnya.

Jelas Fizo, selain buku, dia juga kini ligat menulis di blognya, www.fizoomar.blogspot.com sebagai medan untuknya berkongsi pengalaman bersama peminat dan orang ramai.

“Saya tidak tahu kenapa sekarang saya suka menulis. Walaupun sibuk, saya tetap luangkan masa menulis buku autobiografi kerana saya ingin kongsi apa yang saya lalui sehingga saya berada di tahap hari ini.

“Blog pula tempat saya mengemas kini aktiviti serta apa yang berlaku di sekeliling saya. Kiranya, blog tempat saya mengasah kemahiran menulis,” terangnya yang semakin kurang berlakon. 

BIODATA FIZO OMAR PROFILE ARTIS SELEBRITI MALAYSIA


Fizo Omar Facebook Fan Page

Fizo Omar Twitter

Fizo Omar Instagram

Fizo Omar Video Keek Blog Akaun Laman Sosial


FIZO OMAR DI KEDAI KEKASIHNYA BUTIK FAREEDA

+Mohd Rohaizad rasa pelakon Fizo Omar memang benar-benar serius untuk menamatkan zaman bujangnya bersama dengan model tudung terkenal berjenama 'Fareeda'. Siapa yang tidak kenal jenama produk Fareeda kan? Jenama Fareeda cukup popular dikalangan gadis yang sukakan sesuatu yang ekslusif, sampai ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli tudung terbaru dengan gaya terkini. Kami selaku peminat mendoakan semoga Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim selamat melangsungkan majlis pertunangan dan seterusnya ke majlis pernikahan dengan jayanya. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini ya.  #FizoOmarKahwin

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

FIZO OMAR, KAHWIN MODEL TUDUNG FAREEDA By Mohd Rohaizad. Published: 1.10.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...