CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

TAM SUHAIMI BUKAN BUDAK SEKOLAH LAGI


Terkini Artis Terkenal Watak Kanak-Kanak, Tam Suhaimi Tolak Watak Budak Sekolah.

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dikhabarkan cerita artis, pelakon lama yang terkenal memegang watak kecil, budak sekolah iaitu Tam Suhaimi sudah lama tidak berlakon kerana tidak mendapat tawaran watak yang bersesuaian dengan umurnya sudah menjangkau 30-an. Terdapat pihak yang masih menawarkan watak budak sekolah kepadanya kerana badannya yang kecil dan awet muda masih kelihatan sesuai memegang watak remaja dibangku sekolah. Namun Tam Suhaimi tolak secara baik kerana mungkin malu hendak memegang watak itu lagi? Tam masih lagi terlibat dalam dunia hiburan tetapi hanya dibelakang tabir, bukan sebagai pelakon seperti dahulu. Ikuti temubual bersama Tam Suhaimi tentang perkembangan terkininya pada tahun 2013.

Tam Suhaimi Tolak Watak Budak Sekolah
Tam Suhaimi Tolak Watak Budak Sekolah
Tam Suhaimi Enggan Berlakon Watak Budak Sekolah Lagi

Sinonim dengan filem Pak Tam Duda serta drama bersiri Cili Padi yang pernah dibintanginya sewaktu kecil dahulu, pelakon Tam Suhaimi yang memulakan karier sejak zaman kanak-kanak masih mampu bertahan sebagai pelakon sehingga sekarang.

Sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 27 tahun, pemilik nama sebenar (Gambar Foto) Nor Azemi Suhaimi itu masih lagi berlakon, meskipun memiliki kelulusan dalam bidang Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu mengakui kini dia agak jarang tampil di kaca televisyen, sebaliknya lebih menumpukan kepada kerja-kerja belakang tabir.

Bukan disebabkan kecenderungannya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon semakin berkurangan, tetapi ia lebih kepada faktor tentang tawaran yang diterimanya.

Ikuti luahan Tam sewaktu ditemu bual wartawan baru-baru ini.

Tam Suhaimi Kerjaya Belakang Tabir
Tam Suhaimi Kerjaya Belakang Tabir
Temubual Tam Suhaimi Terbaru

Kosmo!: Sekarang ini Tam kelihatan sudah agak jarang berlakon. Adakah anda sudah memperlahankan karier sebagai pelakon?

TAM SUHAIMI: Saya masih lagi meneruskan kerjaya dalam bidang seni dan kali terakhir saya muncul dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan pada bulan puasa lalu.

Tawaran berlakon masih lagi banyak yang diperolehi, cuma saya terlalu kerap mendapat watak budak sekolah. Tidak dinafikan fizikal saya bersesuaian dengan watak sebegitu, namun saya sudah tidak mampu lagi pada usia sekarang.

Sebagai seorang pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, adakah anda bersikap selektif?

Pada peringkat sekarang ini saya perlu selektif kerana adakalanya bosan apabila ditawarkan watak yang hampir sama sahaja. Kalau boleh, saya inginkan kelainan supaya dapat mempelbagaikan lagi setiap karakter yang dilakonkan.

Tidak dinafikan pembabitan saya dalam bidang lakonan sudah cukup lama, tetapi saya merasakan diri ini masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang pelakon yang baik.

Kalau tiada sebarang aktiviti lakonan, apakah aktiviti yang anda lakukan?

Sebenarnya saya banyak terbabit dengan kerja-kerja belakang tabir seperti menulis skrip dan menjadi penolong pengarah.

Setakat ini, saya pernah bekerja dengan beberapa pengarah hebat seperti Erma Fatima, Bade Haji Azmi dan Melissa Saila.

Buat peringkat awal ini saya memberi tumpuan kepada drama bersiri dan telemovie. Lagipun saya mempunyai sasaran sendiri iaitu mahu bergelar seorang pengarah.

Tam Suhaimi Sudah Lama Tidak Berlakon
Tam Suhaimi Sudah Lama Tidak Berlakon
Sekiranya anda sudah bergelar pengarah nanti, adakah anda mahu meneruskan aktiviti lakonan?

Saya berlakon sejak kanak-kanak lagi dan lakonan itu sudah sebati dalam jiwa saya. Jadi, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti berlakon.

Baru-baru ini anda bersama tiga rakan pelakon lain iaitu Sari Yanti, Intan Ladyana dan Farish Aziz bertindak sebagai penerbit untuk menghasilkan telemovie Pengancam Perkahwinan. Bagaimanakah idea berkenaan boleh timbul?

Hubungan kami berempat sudah mula akrab sejak tiga tahun lalu setelah terbabit dalam sebuah program televisyen. Kemudian masing-masing memasang impian untuk bergelar penerbit dan akhirnya ia direalisasikan menerusi telemovie ini.

Selain itu, kami telah menghantar tujuh kertas cadangan kepada sebuah stesen TV untuk penerbitan drama dan telemovie.

Sudah tentu kami berharap kesemua kertas cadangan tersebut akan mendapat kelulusan. - Kosmo!

BIODATA TAM SUHAMI PROFILE BIOGRAFI ARTIS SELEBRITI

Tam Suhaimi Wikipedia Profil

Tam Suhaimi Facebook Fan Page

Tam Suhaimi Twitter

Tam Suhaimi Instagram

Tam Suhaimi Keek Video Youtube Channel Blog Akaun Laman Sosial


TEMURAMAH TAM SUHAIMI PERKEMBANGAN TERBARU

+Mohd Rohaizad memang sudah lama tidak tengok Tam Suhaimi berlakon. Dulu-dulu tengok dia berlakon watak kanak-kanak, budak sekolah kerana ketinggian tubuh badannya seperti remaja sekolah sahaja yang sesuai ditawarkan memegang watak sedemikian. Susah juga hendak dapat watak yang sesuai untuk Tam pada masa kini. Siapa sangka umur Tam Suhaimi sebenarnya sudah pun 34 tahun, tua daripada penulis tu. Ada pihak yang masih menawarkan watak-watak budak sekolah kepadanya, memang patutlah Tam Suhaimi tolak kerana rasa diusia macam tu dia segan lakonkan watak kanak-kanak atau budak sekolah lagi. Baik beri watak kepada mereka yang umur yang bersesuaian kan? Sekurang-kurangnya dapat cungkil bakat baru, kalau muka yang sama saja keluar, bosan juga. Gosip hangat suatu ketika dahulu, Tam Suhaimi bercinta dengan Nora Danish? #TamSuhaimi

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

TAM SUHAIMI BUKAN BUDAK SEKOLAH LAGI By Mohd Rohaizad. Published: 6.10.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...