CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

WAN MAIMUNAH HIDUP SUSAH TIADA TAWARAN BERLAKON


Terkini Isu Kontroversi Artis Veteran Wan Maimunah Hidup Dalam Kesusahan Kerana Tiada Tawaran Berlakon, Dipinggirkan?

Blog Hiburan Mohdrohaizad.com dimaklumkan cerita artis lama yang cukup terkenal memegang watak sebagai ibu iaitu Wan Maimunah sudah lama tidak berlakon kerana tiada tawaran oleh pihak produksi sehingga kehidupannya dalam kesusahan. Ada peminat yang terkejut apabila artis ini seolah-olah hidup seperti merempat kerana ketiadaan wang. Untuk berniaga, tiada modal kerana tawaran berlakon tidak mencurah-curah seperti dahulu. Nak kata Wan Maimunah sakit, tidak pula kerana beliau sendiri menafikannya dan akui masih sihat walafiat. Kini Wan Maimunah dan keluarga cuba untuk berniaga di pasar malam tetapi tiada modal, diharap persatuan artis dapat membantu beliau. Mungkin Zed Zaidi iaitu presiden SENIMAN boleh menjadi hero dalam isu ini?

Wan Maimunah Hidup Merempat Tiada Tawaran Berlakon
Wan Maimunah Hidup Merempat Tiada Tawaran Berlakon
Terkini Wan Maimunah Merempat Kesempitan Hidup

Apa sudah jadi? Itulah soalan yang pertama terpacul di mulut kami selepas mendapat tahu mengenai perkembangan terbaru mengenai pelakon serba boleh, (Gambar Foto) Wan Maimunah.

Dengarnya, hidup pelakon ini sudah semakin susah dan khidmatnya kini dikhabarkan tidak lagi diperlukan oleh mana-mana pihak produksi tempatan. Malah, kami dapat tahu, Wan Maimunah yang lebih mesra disapa ibu itu juga sudah pun tidak ingat drama terakhir yang dilakonkannya. Dalam erti kata lain, dia sudah lama tidak berlakon.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ibu sudah tidak lagi menerima sebarang tawaran walaupun masih lagi sihat dan boleh berlakon sama seperti dulu. Malah, kami diberitahu lagi, ibu kini hanya meniaga di hadapan rumahnya saja demi mencari nafkah sesuap nasi.

Wan Maimunah Artis Veteran Serba Boleh Tetapi Dipinggirkan
Wan Maimunah Artis Veteran Serba Boleh Tetapi Dipinggirkan
Harap Persatuan Artis Bantu Wan Maimunah

Lebih menyedihkan, niat ibu untuk berniaga di pasar malam juga tidak kesampaian disebabkan dia tidak mempunyai wang untuk dijadikan modal. Yang penting, dari kisah ini, Murai Batu rasa pihak SENIMAN perlu membantu menyelesaikan ceritera sedih yang melanda Wan Maimunah.

Setahu kami, masih ramai lagi anak seni tempatan perlu bantuan dan mengalami masalah lebih teruk lagi tanpa disedari orang lain. Mungkin perkara sebegini tidak akan jadi kalau sistem hiburan tempatan sistematik dan berlaku adil. - Portal Murai.

BIODATA WAN MAIMUNAH PROFILE BIOGRAFI ARTIS SELEBRITI


Wan Maimunah Facebook Fan Page

Wan Maimunah Twitter

Wan Maimunah Instagram

Wan Maimunah Video Keek Akaun Laman Sosial


WAN MAIMUNAH - 'ALMARI BARU' FILEM PENDEK SEMPENA HARI RAYA 

+Mohd Rohaizad kasihan dengan nasib sesetengah artis tempatan yang seolah-olah seperti hilang pendapatan utama setelah tiada lagi tawaran berlakon seperti dahulu. Begitulah yang terjadi kepada artis veteran serba boleh, pelakon Wan Maimunah, siapa yang tidak kenal beliau? Pelakon yang selalu memegang watak ibu ini boleh memegang pelbagai watak baik atau jahat dengan bagus. Bagi peminat tempatan mesti sudah lama tidak lihat Wan Maimunah berlakon kan? Mungkin persatuan-persatuan artis yang banyak tu boleh membantu beliau. Mungkin sudah perlu pihak yang bertanggungjawab ini membela nasib mereka yang seangkatan untuk membuat cadangan supaya EPF dicarumkan dan dimasukkan ke dalam kontrak ketika artis berlakon. Ini untuk masa depan mereka juga terutamanya yang sudah tua dan tidak seaktif semasa mereka muda. sekurang-kurangnya ada juga duit simpanan mereka di hari tua atau masa kesusahan. Jadikan isu ini sebagai pengajaran kepada artis-artis muda untuk belajar menyimpan duit dari awal. Langit tidak selalu cerah kan? Ada artis yang lupa diri semasa glamour dan top. Dunia ibarat roda, hari ini kau di atas, esok lusa pasti dibawah. #WanMaimunahHidupSusah

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

WAN MAIMUNAH HIDUP SUSAH TIADA TAWARAN BERLAKON By Mohd Rohaizad. Published: 2.10.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...