CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

KEMALANGAN MAUT TRAGIS INSTAFAMOUS TikTok

Seakan-akan hilang sudah sensitiviti dalam diri masyarakat masa kini, perbuatan menyebarkan aib seseorang walaupun individu itu sudah mennggal dunia dilihat semakin menjadi-jadi.Kematian seorang Instafamous, bNaaajerr atau nama sebenarnya Nur Aina Zafirah Abdul Malek, 17, bersama seorang rakan yang dikenali sebagai Muhamad Husni Muhamad Anuar, 19 pada Rabu lalu mengejutkan pengikut-pengikutnya.

Malah, sepupunya juga dalam posting di Twitter turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun Instagramnya supaya ia ditutup, sekali gus dapat mengelak daripada aiibnya terus dibuka.
Gambar Instafamous TikTok kemalangan dengan lori treler


Rata-rata tidak percaya dengan berita kematiannya sehinggakan ada yang meragui kesahihan gambar dan berita yang dimuat naik menerusi akaun Twitter @Elyshatasha yang merupakan saudara kepada Instafamous itu.

Mangsa sebelum ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai di akaun Instagram @naaajerr._ gara-gara sering memuat naik perkongsian berupa video TikTok.

Menerusi posting yang dikongsi oleh beberapa individu di laman Twitter, terdapat segelintir netizen yang menjadikan kematian mangsa sebagai bahan jenaka.

“Nak melawak tak bertempat kut. Dunia akhir zaman, netizen sekarang,” luahnya dengan rasa kesal dengan sikap individu-individu yang tidak bertanggungjawab berkenaan.

Semuanya gara-gara ayat yang ditinggalkan Naaajerr di ruangan komen Instagram miliknya, ‘nak dia meh langkah mayat aku dulu’ kira-kira seminggu sebelum kematiannya dijadikan bahan lawak.

“Dah boleh langkah dah’  dan ‘dah boleh langkah ke awak?” demikian antara komen netizen selepas mengetahui insiden kemlangan itu yang telah meragut nywanya.
Di samping itu, terdapat juga individu yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya serta mendoakan yang terbaik buat arwah.
Malah, sepupunya juga dalam posting di Twitter turut meminta orang ramai membuat laporan terhadap akaun Instagramnya supaya ia ditutup, sekali gus dapat mengelak daripada aibnya terus dibuka.
Berdasarkan carian pada Jumaat, akaun tersebut telah pun ditutup.
“Kalau tak ada benda elok nak cakap diam je dik. Syurga neraka bukan kau yang tentukan. Ya memang tak salah kita nak menegur tapi arwah dah tak ada. Lagi elok komen ‘innalillahwaiinailaihirojiun’ je kat situ.
“Kita yang hidup ni doakan jelah yang terbaik. Yang dah pergi dah tentulah pergi, kita yang hidup ni bukan selamanya hidup kan,” kongsi seorang netizen, mengingatkan tentang ajal maut seseorang.
Naaajerr menemui ajal apabila motosikal yang dinaikinya bersama seorang lelaki digilis lori treler selepas dirempuh oleh sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, berhampiran Pos Raya, Ipoh pada petang Rabu.
Sumber: MStar

Komen-komen individu yang mempersendakan kematiannya








Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

KEMALANGAN MAUT TRAGIS INSTAFAMOUS TikTok By Rohaizad. Published: 13.9.19
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...