Halaman

CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

20 Okt 2019

PROVOKASI CHAUVANISMA CINA MALAYSIA MELAMPAU

Hentikan Provokasi Chauvinis Melampau

Dr Iskandar Hasan Tan


Dalam era kepimpinan Mao Ze Dong, Han Chauvinisma tidak dibenarkan kerana menghalang perpaduan lima bangsa utama di China. Tetapi sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Normal Baru, fahaman Han Chauvinisma kembali hidup semula terutama di wilayah tertentu seperti Hong Kong. Fahaman Han Chauvinisma ini sebenarnya bermula dengan kejatuhan Dinasti Qing. Parti Kuomintang yang memerintah China pada masa itu menyemarakkan fahaman ini untuk meningkatkan kesetiaan dan keunggulan bangsa Han. Apabila Parti Komunis China mengambil alih China daripada Parti Kuomintang pada 1949. Fahaman Han Cahuvinisma ini diharamkan kerana membawa ideologi penguasaan feudalis kapital ke atas ekonomi China. Ini menghalang kemajuan dan pembangunan China. Melalui keterbukaan dasar ekonomi Normal Baru yang dilaksanakan oleh Presiden Xi Jin Ping menyebabkan golongan ekstremis di wilayah luar China ingin menghidupkan semula Han Chauvinisma. Golongan ini kini cuba menguasai Hong Kong dengan slogan kebebasan dan fahaman kapitalis. Bagi mereka idea sosialis boleh diterima mengikut dogma pemikiran Sun Yat Sen bukannya mengikut dogma pemikiran Mao atau Deng Xiao Peng. Ini disebabkan cara pemerintahan komunis yang agak keras terhadap golongan opportunis kapitalis disebabkan keterbukaan dasar ekonomi Normal Baru. Tetapi China menggunakan pendekatan diplomasi ke atas Hong Kong sejak berlakunya rusuhan dan demonstrasi selepas belajar daripada peristiwa Tainamen 1990. 

Apa yang menarik ialah golongan ini telah melebarkan pengaruhnya ke atas politik Cina Malaysia. Dalam fahaman Han Chauvinisma, bangsa-bangsa lain dianggap tidak berintegriti dan kurang layak dari segi keintelektualan ekonomi dan sosial. Kemajuan ekonomi dan sosial di China adalah kerana kehebatan dan keintelektualan bangsa Han yang berjaya membangunkan China dalam masa 30 tahun menjadi kuasa ekonomi dunia. Di Malaysia menjadi pilihan golongan ini kerana, etnik Cina diberikan ruang dan peluang yang setara dari segi ekonomi dan politik. Walaupun terdapat kekangan disebabkan dasar kerajaan terdahulu yang memberikan keutamaan ke atas etnik pribumi. Tetapi ini tidak menghalang penguasaan politik dan ekonomi oleh etnik Cina. Hal ini berlaku kerana betapa lemahnya perpecahan kuasa poltik pribumi yang bergantung kepada politik Cina untuk kelangsungan hidup dalam Pilihanraya Umum. Manakala dari segi ekonomi, keusahawanan anak pribumi masih rendah. Situasi ini berlaku disebabkan sebahagian besar anak-anak pribumi memilih makan gaji walaupun berpendidikan tinggi. Akhirnya terperangkap dalam psikologi ekonomi Hamba dan Tuan. Ekonomi yang telah dikuasai oleh etnik Cina Malaysia sejak merdeka kurang mampu ditembusi oleh etnik pribumi. Walaupun bantuan kerajaan terdahulu kurang berkesan kerana mencipta golongan elitis ekonomi dan politik. Bukannya melebarkan dan memesatkan lelehan ekonomi kepada rakyat marhean. Akibatnya, negara semakin membangun tetapi generasi etnik pribumi yang makan gaji akhirnya menerima ketuanan ekonomi etnik Cina Malaysia

Kelemahan ekonomi etnik pribumi menyebabkan kebergantungan kepada kerajaan. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan akan menentukan sokongan undi mereka. Apa yang berlaku adalah dasar kerajaan yang telah berubah daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi moden digital telah menyebabkan beberapa dasar kurang popular dalam kalangan etnik pribumi. Ini tambah pula dengan perang persepsi dalam politik baru dan akhirnya dominasi parti etnik pribumi telah beralih. Peralihan sokongan ke atas etnik bukan pribumi khususnya etnik Cina amat penting dalam kemenangan pilihanraya umum. Mahu tidak mahu tuntutan dan desakan etnik bukan pribumi terpaksa dipenuhi termasuklah perlanggaran ke atas kontrak sosial. Ada kalanya tindakan provokasi pelanggaran kontrak social tidak dianggap jenayah. Ini menyebabkan golongan chauvinis ini semakin berani mempersoalkan apa yang telah dipersetujui sejak merdeka. Kemelut ini menggambarkan mereka kebal terhadap apa yang dilakukan oleh mereka. Undang-undang Rule Of Law hanya selektif dan tidak keseluruhan bagi menjamin keharmonian dan keamanan ini tidak digugat oleh golongan Chauvinis. Di China, golongan Han chauvinis tidak dilayan walaupun China masa kini mengamalkan keterbukaan. Tetapi di negara ini, golongan Chavinis semakin berani di atas nama kebebasan bersuara. Adakah pemerintah hanya mengharapkan sokongan kelompok-kelompok minoriti tertentu dan bukannya sokongan majoriti masyarakat negara ini. Andai kata inilah hala tuju negara ini adalah sukar untuk majoriti menerima minority jika berlakunya peralihan kuasa dalam Pilihanraya Umum Ke15 nanti

Kelemahan-kelemahan ini telah diambil kesempatan oleh golongan chauvinis sama ada golongan chauvinis bangsa mahupun agama oleh etnik bukan pribumi. Integrasi perpaduan hanya dilihat pada kulit sahaja tetapi pada isinya tidak. Situasi ini didorong kurang pengawalan perundangan ke atas golongan-golongan chauvinis menyebabkan berlaku kerosakan hubungan etnik di negara ini. Sepatutnya mana-mana parti yang menguasai kerajaan hari ini perlu meletakkan garis sempadan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat. Contohnya buku komik inisiatif jalur dan laluan. Isunya sudah tiba masanya kerajaan menetapkan satu garis panduan yang jelas kepada ahli-ahli politik untuk berubah menjadi parti pemerintah dan bukannya terikut sikap lama. Hubungan etnik perlu dijaga dan pada masa yang sama kemakmuran dari segi agihan kekayaan perlu adil kepada majoriti masyarakat negara ini. Walaupun dianggap normal oleh sebahagian kecil masyarakat tidak semestinya diterima oleh masyarakat majoriti negara ini. Sensitiviti masyarakat perlu diutamakan untuk keharmonian negara ini.



Sumber: Dr Iskandar Hasan Tan

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

PROVOKASI CHAUVANISMA CINA MALAYSIA MELAMPAU By Rohaizad. Published: 20.10.19
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...