CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

CONTACT US


Mohd Rohaizad MohdRohaizad Rohaizad


Siapa Penulis Mohdrohaizad.com

Penulis merupakan insan biasa yang berminat dalam dunia blogging. Sudah lama terlibat dalam dunia blogging dan online internet ini sejak tahun 2006 lagi. Bermacam-macam arena dunia tanpa sempadan penulis sertai untuk mendapatkan pengalaman iaitu melalui social networking, forum, blogging, shopping online, affiliate, forex dan banyak lagi yang tidak dapat penulis senaraikan. Walaubagaimanapun, disebabkan penulis mempunyai banyak kekangan dengan pelbagai tugasan atau kerja di dunia realiti maka kadang-kadang tu jarang juga aktif dalam masa tersebut sehinggalah bangkit kembali pada tahun 2011 dengan beraninya menggunakan jenama nama sendiri iaitu www.mohdrohaizad.com sebagai platform medium dalam menyebarkan info-info di dunia tanpa sempadan ini. 

Dunia Hiburan dan Isu Semasa

Penulis merupakan seorang yang sangat berminat dan ingin tahu dalam dunia seni hiburan tanah air, artis Malaysia, isu terkini yang menarik, isu luar negara, tips blogging dan sebagainya. Dunia hiburan ini luaskan? Jika sesuatu itu dapat menghiburkan para pembaca di sini, kira sudah tercapai salah satu matlamat penulis untuk berkongsi maklumat yang dapat memberikan pelbagai perasaan kepada pembaca. (Jangan emosional sudah ya!). Blog post yang terpapar hanya yang menarik perhatian penulis untuk komen tentang isu yang ingin diketengahkan dan kongsi bersama peminat. Penulis juga banyak belajar daripada ramai blogger yang lebih berpengalaman atau OTAI, terutamanya daripada kalangan orang kita sendiri. Kadang-kala disebabkan sibuk dengan tugasan kehidupan realiti membuatkan penulis sedaya-upaya untuk mengemaskini blog kegemarannya ini untuk tatapan para pembacanya. (Hmm.. ada ke yg minat blog ni?)

Kenapa Blogger? Bukan Wordpress?

Kenapa penulis memilih blogger berbanding wordpress? Penulis malas nak bayar hosting sebab blog ini sekadar meluangkan masa lapang dan eksperimen untuk melihat sejauh mana free hosting google ini pergi jauh. Cukuplah pakai domain name sahaja. Penulis pernah pakai hosting dan pelbagai plugin yang friendly SEO, memang trafik laju melimpah-limpah tetapi penulis tidak dapat maintain kerana sibuk dengan kehidupan yang mencabar ini. Mengenai blog ini, ternyata pelbagai risiko yang perlu ditanggung jika anda jarang update blog iaitu ranking blog cepat jatuh, blog jadi kurang trafiic dan banyak lagilah. Blog ini pernah mendapat ranking antara 200,000 terbaik menurut Alexa pada tahun 2011, selepas kena update Google Panda+Penguin terus drop ke 3,000,000 tambah-tambah jarang update blog sebab penulis ada hal penting dalam dunia realiti semasa tahun 2012 sehingga pertengahan 2013. So sekarang penulis aktif kembali untuk bermain blog.. nak kena guna teknik baru ni.. terpaksa guna trump card yang ada.. (Pening2 cuba nak ingat balik)

Pandangan Pembaca Blog Amat Dihargai

Diharap para pembaca diluar sana mendapat sedikit manfaat informasi daripada blog yang tidak seberapa ini. Jika ada sebarang kesilapan / kesalahan, penulis ingin memohon maaf andai ada yang tidak menyukai gaya penulisan di sini. Sebarang kritikan, komen, pendapat, nasihat dan sokongan anda amatlah dihargai untuk memperbaiki kelemahan dalam blog penulis ini. Anda diizinkan untuk mengambil apa jua bahan di dalam blog ini dengan percuma jika ia berguna untuk anda dan orang lain. Penulis tidak kisah pun kerana percaya info dunia internet ini free dan bebas untuk semua manusia. (Kalu boleh buh la link blog penulis, sikit pun jadi la.. sekurang-kurangnya penulis check di google analytics ada link penulis di web anda.. nanti penulis cuba try link balik web anda)

Hantar, Kongsi Artikel Anda

Baiklah, anda berminat untuk berkongsi pendapat, artikel yang menarik di blog ini? Anda boleh email kepada penulis berkenaan dengan artikel tersebut. Malah anda boleh memaparkan butir-butir peribadi seperti laman web, blog, produk, servis, profil facebook, twitter dan lain-lain yang berkaitan dengan diri anda. Isu yang dimuatkan mestilah milik anda atau pun sudah diolah mengikut acuan kritikan anda sendiri, mudah bukan? (Jika artikel iklan sepenuhnya memang tidak dibenarkan) Jika hanya artikel yang dihantar tanpa butiran peribadi, nama dalam email anda sahaja yang akan dipaparkan (bukan alamat email sepenuhnya untuk elak spam) kepada para pembaca. Terima kasih diucapkan kepada yang berminat, penulis akan baca dan analisis dulu sebelum post dalam blog ini.


P/s: Nama pun blog tentang hiburan, sekadar mengisi masa lapang dan jangan ambik serius sangat pulak ya. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk tu ambik fikirkan dan jangan pulak ikut.


"Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan"


Sekian, terima kasih.


www.mohdrohaizad.com

Anda boleh menghubungi penulis / contact us now: mohdrohaizad@hotmail.com

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

CONTACT US By Mohd Rohaizad. Published: 16.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...