CARI BIODATA PROFILE, CERITA ARTIS

LIVE STREAMING - MEKAH


Online Live Streaming Solat Di Mekah, Masjidil Haram.



Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami membawakan siaran langsung khas daripada Masjidil Haram, Makkah untuk semua penonton setia kami terutamanya kepada yang beragama Islam dan juga yang tidak beragama Islam. Ayuh sama-sama kita penuhi malam kita dengan amal ibadah dan perkara yang mulia.

Siaran Langsung Solat Tarawih daripada Masjidil Haram akan bermula sekitar jam 1.30 pagi setiap hari sepanjang Ramadhan. Beza masa antara Malaysia dan Arab Saudi adalah selama lebih kurang 6 jam.

YA ALLAH, Berkatilah kami dalam Ramadhan tahun ini dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan yang akan datang. YA ALLAH, berilah kami peluang untuk menziarahi Masjidil Haram ini dan juga Masjid Nabawi yang mana terdapat jasad suci Nabi Muhammad SAW di dalamnya. Ya ALLAH, perkenankanlah!

Semoga, dengan kehadiran Ramadhan ini dapatlah sama-sama kita menambah pahala dan amal kita berbanding bulan-bulan selain Ramadhan. InsyaALLAH, semoga kita menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat!

Bagi yang berminat untuk menonton atau melihat solat tarawih di Mekah secara online melalui live streaming yang bawa khas untuk semua umat Islam. Klik play untuk menonton atau mendengar bacaan imam di Masjidil Haram.


VIDEO LIVE SOLAT IN MAKKAH

Jika Anda Suka Dengan Artikel Ini, Mohon Share Di Laman Sosial dan Blog Dengan Klik Button Di Bawah. Jika Berminat Untuk Link Dengan Blog Hiburan Ini, Sila Komen dan Letak Link Web Blog Anda. Nanti Penulis Cuba Blogwalking. Terima Kasih.

LIVE STREAMING - MEKAH By Mohd Rohaizad. Published: 11.8.13
Rating5.0 ★★★★★ © 6889 reviews. based on Microformats review aggregate



Terima kasih atas kunjungan Anda



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...