Gambar Banjir Di Perlis 30 Mac 2011
Berita dari Kangar melaporkan jumlah mangsa banjir di Perlis meningkat apabila 416 mangsa daripada 120 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir sehingga pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, berkata angka itu bertambah berbanding 306 mangsa pada malam tadi.
Kawasan yang dilanda banjir termasuk di kawasan Bintong, Sena dan Santan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meninjau kawasan-kawasan banjir sejak semalam dan bertemu mangsa-mangsa di beberapa pusat pemindahan.
Beliau menasihati orang ramai di kawasan banjir supaya mematuhi arahan berpindah berikutan paras air yang meningkat.
Sementara itu, data paras air sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan Sungai Korok di utara Perlis melepasi paras bahaya dengan ketinggian 29.80 meter sehingga jam 9.15 pagi ini.
Paras bahaya sungai itu ialah 29.60 meter.
Sumber rujukan:
-JPS Perlis
- BERNAMA
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.