Kelab bola sepak Cardiff City yang dimiliki oleh rakyat Malaysia bakal menjalinkan kerjasama dalam membangunkan industri bola sepak negara dengan meliputi semua aspek dari segi kemajuan dan teknologi yang berkaitan. Diharap kerjasama ini akan menguntungkan kedua-dua belah pihak sehingga berjaya mengharumkan nama negara dalam industri sukan terutamanya sukan bola sepak. Setelah negara menjadi juara Asia Tenggara.. selepas ini mungkin boleh target lebih tinggi lagi sehingga ke piala dunia ataupun piala yang bertaraf tinggi.. pembangunan yang berterusan dari akar umbi wajib dititikberatkan agar perancangan lebih fokus dalam jangka masa yang panjang. Syabas Cardiff City FC!
Kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonan kelab bola sepak dari Wales, Cardiff City, untuk menjalin kerjasama bagi membangunkan pusat pembangunan bola sepak di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan sekiranya permohonan kelab itu bersesuaian dengan kemampuan kerajaan.
Beliau berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan sekiranya permohonan kelab itu bersesuaian dengan kemampuan kerajaan.
Hadir sama ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi 1MCC, Datuk Chan Tien Ghee, dan jurulatih bola sepak kebangsaan, K Rajagobal.
Najib berkata, kerjasama tersebut memungkinkan hasrat membangunkan bakat bola sepak di negara ini tercapai kerana mereka bakal dibekalkan dengan aspek pembangunan yang menyeluruh termasuk pengetahuan untuk menjadi pemain yang berkualiti.
Beliau berkata, pelan pembangunan tersebut akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kelab Bola Sepak Cardiff City, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Bolasepak Malaysia.
"Saya mengalu-alukan langkah yang telah dimulakan oleh pengerusi 1MCC. Kerajaan akan bagi sokongan yang sebaik-baiknya supaya usaha ini mencapai tujuan ia diadakan," katanya.
Cardiff City, milik rakyat Malaysia, adalah kelab divisyen dua yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sebelum itu, Chan dalam ucapannya berkata Cardiff City berharap kerajaan akan membantu menyediakan kemudahan bagi menjayakan rancangan kelab itu untuk menubuhkan sebuah pusat pembangunan bola sepak bertujuan membantu menggilap bakat muda di negara ini.
Diketuai bekas pemain bola sepak Cardiff City, Kevin Cooper, pusat itu yang dirancang untuk beroperasi Jun depan akan turut menawarkan program untuk jurulatih tempatan dan ibu bapa bagaimana untuk mengurus dari segi diet dan etika di padang kepada anak-anak. - Bernama
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.