Apabila Nazri Aziz bersuara.. memang nampak lantang.. selalunya la.. tetapi disebalik kelantangannya membuatkannya menjadi antara menteri Malaysia yang TOP 5 kebanggangannya terserlah.. beliau ni memang kalau keluar statement tidak kira sapa dah hatta negarawan kita Tun Dr. Mahathir Mohamad pun dia pelekeh seolah-olah dia tak pernah kenal atau belajar sejarah, ingat lagi semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi? orang yang sama ni juga la duk kat jabatan tu.. Hah sekarang.. Wan Azizah tidak layak kenal pasti Anwar Ibrahim? Nak suruh siapa tolong kenal pasti? Takkan si Saiful tu kot? Ayuh!! baca dibawah oleh liputan wartawan kita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.
Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.
Semalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.
"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya,” kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.
BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.
"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.

"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja.
“Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih," katanya.
"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.