Isu Bencana: Gempa Bumi 6.5 Skala Richter Di Mexico April 2011



AFP menyebut di Mexico City, terdapata satu gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter menggegarkan kawasan selatan dan tengah Mexico semalam, menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke jalan raya.

Pusat gempa terletak berhampiran bandar Las Choapas, kira-kira 600 kilometer ke tenggara Mexico City.
Bangunan di bandar itu dilaporkan bergegar selama beberapa saat dan orang ramai lari ke jalan raya, sementara pelajar sekolah berkumpul di taman permainan.

Gabenor Javier Duarte de Ochoa bagaimanapun berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku berhampiran pusat gempa atau di bandar-bandar utama di negara ini.

Ulasan