Bomoh palsu tipu pelanggan di Jitra, Kedah. Memang tak guna punya bomoh.. buat malu saja.. orang datang minta bantuan dia ambil kesempatan.. Saya harap orang ramai lebih berhati-hati dengan bomoh, dukun, rawatan tradisional ini.. saya tidak nafikan ada yang mampu mengubat atau merawat pesakit dengan kaedah-kaedah tradisional tetapi gejala bomoh palsu menipu semakin menjadi-jadi.. jika bawa anak perempuan sila tunggu bersama jangan biar bersendirian, jika bomoh minta juga bersendirian sila laporkan kepada polis.
Di Jitra menurut sumber maklumat Bernama, seorang bomoh berusia 36 tahun ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini yang mendapatkan rawatan di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam dekat sini Selasa lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf, berkata pelajar terbabit yang dikatakan terkena "gangguan" telah ke rumah bomoh berkenaan bersama ibu bapanya untuk rawatan susulan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf, berkata pelajar terbabit yang dikatakan terkena "gangguan" telah ke rumah bomoh berkenaan bersama ibu bapanya untuk rawatan susulan.
Menurut laporan, mangsa dirogol ketika sedang dirawat dalam sebuah bilik di rumah bomoh berkenaan, manakala ibu bapanya berada di ruang tamu.
"Selepas menyedari mangsa dirogol, keluarganya membuat laporan polis dan suspek ditahan di tempat kerjanya di kolam udang Kerpan pada petang Rabu," katanya.
Ibrahim berkata, bomoh berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.