Isu IPTA: UM UKM USM UTM Antara Universiti Terbaik Subjek Kejuruteraan

Sumber daripada Bernama menyebut yang Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menempatkan diri di kalangan 20 universiti terbaik Asia bagi pengajian Kejuruteraan Kimia, menurut penarafan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2011 bagi subjek teknikal.

QS dalam kenyataan hari ini berkata Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara 200 universiti terbaik dunia dalam subjek kejuruteraan dan sains komputer.

Penarafan pertama mengikut subjek oleh QS itu menunjukkan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Amerika Syarikat merupakan unversiti utama dalam pengajian sains komputer dan empat bidang kejuruteraan.

Penarafan tersebut berdasarkan reputasi majikan, akademik dan kualiti penyelidikan.

OS berkata 30 lagi subjek akan diberi penarafan dalam beberapa minggu akan datang bagi membolehkan pelajar membuat pilihan bijak.

Penarafan tersebut boleh dilihat dengan melayari laman www.topuniversities.com

QS World University Ranking merupakan penarafan tahunan paling tersohor bagi 600 universiti terbaik dunia.
 
Tahniah diucapkan kepada UM UKM USM UTM kerana berjaya mengharumkan nama negara Malaysia dalam dunia penyelidikan. Diharap ipta ini akan terus menyumbangkan ilmu mereka demi pembangunan dan kebaikan kepada manusia, ipta-ipta yang tidak tersenarai antara terbaik harap berusaha lebih gigih lagi untuk menempatkan diri dalam ranking dunia dan asia.

Ulasan