Berita yang mengemparkan! Seorang pegawai kastam mati kononnya terjatuh dari bangunan SPRM dari tingkat tiga! Takkan bunuh diri lagi kot? Isk.. isk.. kes ni berprofil tinggi juga.. melibatkan berbilion ringgit dan orang kenamaan yang mempunyai rangkaian sehingga ke peringkat antarabangsa.. rasanya memang bersaling kait dengan kes pengubahan wang haram dan salahguna kuasa oleh orang yang berpengaruh dalam Kastam Diraja Malaysia ni.. kes ini sure akan mendapat perhatian jika diketahui oleh ramai orang.. cuba baca berita info maklumat dibawah oleh sumber wartawan kita..
Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.
Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.
Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi.
Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.
Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.
Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.