Isu Polis Mati Kepala Ditembak Kuarters PDRM



Isu kontroversi terbaru.. seorang polis ditembak mati di kepala diperkarangan kuarters Balai Polis Salak Selatan.. Sungguh pelik.. tidak pasti sama ada motif dendam atau lain-lain.. siasatan tengah dijalankan.. kita tunggu ya.. maklumat lanjut sila baca dibawa.. kemaskini akan dilakukan jika ada yang maklumat terbaru.

Di Kuala Lumpur, seorang anggota polis berpangkat konstabel dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ditemui mati dengan satu kesan tembakan di kepala, di Kuarters Balai Polis Salak Selatan di sini, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata terdahulu jiran si mati mendengar satu bunyi tembakan dilepaskan kira-kira 8 pagi.

"Kakaknya memberitahu jiran si mati bahawa pagi ini panggilannya tidak berjawab. Mereka kemudian menghubungi polis.

"Polis kemudian memecah pintu rumahnya dan menemui si mati yang hanya berseluar di dalam sebuah bilik dalam keadaan tertiarap," katanya memberitahu polis turut menemui sepucuk pistol jenis .38 berhampiran si mati.

Ku berkata, konstabel itu yang masih bujang, berasal dari Perak dan sudah lima tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia tanpa sebarang masalah disiplin.

Berdasarkan siasatan awal, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, katanya. - Bernama

Ulasan