Isu Radioaktif Jepun 2011: Bencana Nuklear Paling Teruk Di Dunia



Sumber daripada Reuters melaporkan dari Tokyo, keadaan semakin huru-hara akibat kebocoran radioaktif sehingga terpaksa menggunakan kaedah lain bagi mengawal reaktor nuklear yang bocor ke laut dan mencemar tanah di Jepun.

Jepun mula mengepam gas nitrogen ke dalam reaktor nuklear yang sudah lumpuh itu, memberi tumpuan kembali kepada usaha melawan bencana nuklear paling teruk di dunia dalam tempoh 25 tahun. 

Para pekerja mula mengepam gas nitrogen di dalam reaktor nombor satu berikutan berita tentang usaha menghentikan air radioaktif dari loji lain bocor ke dalam laut. 

“Ia sesuatu yang perlu untuk menyuntik gas nitrogen ke dalam loji itu dan membuang kandungan yang boleh menyebabkan letupan hidrogen,” ujar pegawai di Tokyo Electric Power (TEPCO).

Ulasan