Kinabatangan Dilanda Banjir - Ramai Dipindahkan



Bencana banjir terbaru melanda Sabah di Kinabatangan, ramai yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan dijangka akan semakin bertambah.

Seramai 756 orang dari tujuh kampung di Pengkalan Bukit Garam di sini dipindahkan akibat banjir.

Penolong Pegawai Daerah Arisin Aripin berkata, kampung yang terjejas ialah Desa Permai, Kuamut, Buang Sayang, Danau Ria, Bukit Garam, Sri Manis dan Litang.

Beliau berkata sehingga 4 petang tadi, paras air Sungai Kinabatangan ialah 10.14 meter (paras bahaya 10.30 meter).

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang dipindahkan dinasihat supaya tidak pulang ke rumah masing-masing sehingga keadaan banjir pulih sepenuhnya," katanya. - Bernama

Ulasan