Saya tidak pasti sama ada pelajar perempuan SMK Amanjaya, Sungai Lalang, Kulim tersebut betul-betul terjatuh atau cubaan untuk membunuh dia. Namun saya berharap benar pelajar tersebut selamat dan doakan semoga sembuh. Kadang-kala terkejut jugalah kenapa pelajar masa kini suka-suka terjun dari bangunan sekolah. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka nekad berbuat demikian? Stress? Masalah keluarga? Hamil luar nikah? Ntah la..
Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.
Dalam kejadian pada jam 6.15 pagi itu, Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.
Dalam kejadian pada jam 6.15 pagi itu, Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.
"Saya diberitahu bahawa pelajar berkenaan terjatuh dari tingkat tiga sekolah. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan.
"Setakat ini kami tidak mahu membuat apa-apa spekulasi mengenai punca kejadian dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu di sini hari ini.
Bernama difahamkan pelajar itu yang adalah anak bongsu dari tiga beradik tinggal bersama ibunya di Taman Bukit Permai, Sungai Lalang di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.