Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyarankan golongan yang berkemampuan di negara ini digalak mewujudkan perpustakaan di rumah kediaman mereka dan mengisinya dengan buku dan karya-karya yang berharga untuk dibaca oleh generasi kini dan masa depan.

"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina perpustakaan mengandungi buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal dermakan buku kepada perpustakaan untuk orang ramai," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir turut meluangkan masa menandatangani karya beliau ''A Doctor in the House'' yang dibeli pengunjung di pesta yang bermula hari ini itu. Mengulas isu berbeza, Dr Mahathir berkata kerajaan perlu menimbang keperluan masyarakat Cina di negara ini termasuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak bagi meraih sokongan mereka.
Ini kerana kata Dr Mahathir, sebagai komuniti yang berorientasikan perniagaan, kaum Cina memerlukan peluang yang banyak dan berterusan bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa masyarakat Cina tidak pernah menyokong Barisan Nasional (BN).
"Sebelum ini, komuniti Cina memberi sokongan teguh kepada BN seperti ketika pilihan raya umum 1999 yang membantu parti memerintah memperoleh majoriti dua pertiga," katanya. -Bernama
Ulasan
Catat Ulasan
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.