Rekod Pembinaan Hotel 15 Tingkat Siap Dalam Masa 6 Hari Oleh Pekerja China



Disini penulis paparkan video dari sumber youtube yang menunjukkan hotel yang dibina dari bawah sehingga ke atas dalam waktu kurang dari seminggu semasa proses pembinaan dilakukan sehingga selesai.

Ceritanya begini, beberapa orang pekerja binaan di bandar China selatan iaitu di pusat Changsha telah menyiapkan sebuah hotel 15 tingkat hanya dalam masa enam hari. Kira laju juga la la.. pertama kali dengar dan tengok.

Dalam masa enam hari itu, mereka berjaya membina hotel 15 tingkat dengan menggunakan bahan pasang siap yang mampu menahan kekuatan gempa sehingga ke peringkat 9 (richter), bangunan hotel ini dibina ditempat terpencil di bandar Changsha, lengkap dengan segala alat perkakasan dan jentera untuk membina bangunan, dari kabel ke tetingkap tiga-panel


Mereka turut menyiapkan bahan-bahan dikilang sebelum dihantar ke tempat pembinaan. Sebab tu bila tengok video diatas kita tengok bersih saja tempat pembinaan dan penggunaan tanah juga tidak perlu luas sangat. Segala kelengkapan bangunan siap dengan sepenuhnya, dalaman tidak pasti macam mana.. mungkin siap juga.
 


Hotel 15 Tingkat Siap Dalam Masa 6 Hari


Walaupun dengan siang malam bertungkus-lumus bersama hingar-bingar bising semasa pembinaan, tidak ada satu pun pekerja yang tercedera dilaporka. Malah sisa lebihan bangunan turut kurang dengan penggunaan bahan dan kelengkapan secara optimum oleh pekerja binaan. 

Caya la... bangunan macam ini rasanya bajet tidak besar dan mampu menjimatkan kos, ini memang bagus untuk perniagaan dalam dunia pembinaan bagi siapkan bangunan dekat tempat yang dilanda bencana, akibat gempa bumi seperti di Jepun dan negara lain.

Ulasan