Pertama sekali sebagai peminat kami ucapkan 'TAHNIAH' kepada Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, yang mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.
Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.
Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihatSelain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.
Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.
Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang. (MStar)
Gambar Anak Kedua Rita & Aidil - Airit Rafqa Arjuna
Pasangan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 35 tahun, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 24 tahun menerima kehadiran cahayamata keduanya apabila Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court Jumaat lalu.
Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang. Kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.
Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.
Hubungan Rita dan suaminya berdepan dengan cabaran awal tahun ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat hubungan pasangan suami isteri ini. Kelibat Rita juga tidak kelihatan di majlis perkahwinan iparnya, Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah baru-baru ini.
Ulasan
Catat Komen
PERINGATAN: Mohd Rohaizad [Dot] Com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan merupakan pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Oleh itu, berhati-hati bila anda hendak komen.