Zahiril Adzim Dan Shera Aiyob Tunang 1 Mei 2011



Berita terbaru diterima Zahirl Adzim yang kini popular dengan drama bersiri Juvana bakal bertunang dengan Shera Aiyob pada tahun ini. Nampaknya tahun ini banyak pula artis muda yang mahu melangkah ke gerbang perkahwinan. Pelakon popular Zahiril Adzim juga sedang menuju ke arah itu dan kemungkinan besar akan bernikah pada tahun ini juga.

Setelah sekian lama mengenali pengacara TV3, Shera Aiyob, pasangan itu akan mengikat tali pertunangan pada 1 Mei ini. Majlisnya akan diadakan di rumah keluarga Shera di Ipoh, Perak.



Selamat bertunang diucapkan kepada mereka. Semoga pertunangan ini dilalui dengan aman dan mencapai hasrat ke jenjang pelamin nanti. Tahniah!

Kalau dah saling mempercayai elok benarlah diikat dengan satu ikatan yang pasti. Kalau dan sah jadi tunangan orang, baik Zahiril atau Shera tak akan diganggu oleh orang lain lagi.-Mangga

Ulasan