Cheryl Samad & Ng Ping Ho (Majlis Perkahwinan, Resepsi)


Betul ke Cheryl Samad dah bernikah? Ya! Benar! Perkahwinan ala senyap-senyap atau tidak menghebohkan. Tiba-tiba sahaja nama Cheryl Samad disebut-sebut ekoran melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan pihak media. Memang sah, Cheryl Samad telah pun melangsungkan majlis perkahwinan resepsi dengan jejaka bernama Ng Ping Ho bulan April lalu.

Kami tidak pasti, adakah rakan-rakan Cheryl seperti Faizal Ismail & Ally Iskandar turut dijemput bersama. Mereka bertiga kerap digandingkan bersama dalam acara besar seperti Anugerah Juara Lagu.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di Holiday Villa, Subang benar-benar mengejut pihak media. Ada yang terasa hati kerana tidak dijemput. Iya’lah, segelintir pihak media memang mempunyai hubungan yang rapat dengan Cheryl.



Tarikh perkahwinan pada 30 April menjadi pilihan Cheryl Samad & Ping. Pada hujung minggu berkenaan, turut berlangsungnya majlis pertunangan Zahiril Adzim & Shera Aiyob pada 1 May.

Apa pun, kami doakan Cheryl Samad & Ping bahagia sampai ke akhir hayat. (OhBulan)

Ulasan